(DONE) PENGHANTARAN BARANG | MOVERS UNTUK BARANG PEJABAT



Penghantaran barang pejabat atau barangan untuk "event". Baru-baru ni kami telah berjaya membantu sebuah syarikat di Petaling Jaya untuk menghantar barang-barang mereka ke Pusing, Perak. Barangnya tersebut akan digunakan untuk program training yang akan diadakan oleh Syarikat tersebut.

Kami akan menjalankan satu program training tidak lama lagi. Kami memerlukan khidmat lori untuk menghantar barangan keperluan program dengan selamat sebelum program di jalankan. Demikian kata-kata pegawai yang bertugas syarikat tersebut kepada team AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Barangan yang akan dihantar adalah beberapa biji mesin, komputer dan juga beberapa alatan lain. 



Sebelum pegawai bertugas menghubungi team AM PRO MOVERS, beliau telah membuat survey ke beberapa syarikat lori sewa dan movers. Beliau juga telah bersetuju untuk menggunakan khidmat daripada salah sebuah syarikat lori sewa. Namun begitu, syarikat tersebut tidak dapat melaksanakan penghantaran diatas faktor keselamatan dan kekurangan pengalaman. Syarikat tersebut khuatir akan berlaku sesuatu yang tidak dijangkan semasa proses penghantaran. Ini adalah disebabkan oleh barangan yang akan dihantar mempunyai "high value" yang tinggi. Sehari dari tarikh penghataran salah seorang pekerja beliau telah mencadang AM PRO MOVERS kepada beliau. Beliau juga telah meneliti hasil kerja dan pengalaman AM PRO MOVERS melalui aplikasi facebook dan juga blog. Perkongsian gambar, pengalaman dan juga gambar kerja di aplikasi facebook telah mendorong beliau untuk memilih AM PRO MOVERS untuk menghantar barangan beliau.



Setelah melihat dan mengkaji pelbagai syarikat mover, beliau telah membuat keputusan untuk memilih AM PRO MOVER sebagai medium penghantaran barangan mereka ke Ipoh, Perak. Disebabkan oleh barangan beliau yang mempunyai high value kami juga perlu berhati-hati semasa penghantaran. Oleh itu, sebagai mover yang dah berpengalaman dalam mengendalikan penghantaran barang kami mencadangkan beliau agar mengabil polisi insurans bagi melindungan mesin-mesin beliau. Seteal berbincang secara bersama diantara pihak syarikat beliau dan team kami beliau telah bersetuju untuk mengambil insurans untuk melindungan mesin-mesin tersebut. Insurans yang digunakan adalah bagi melindungi barangan tersebut. Sekiranya belaku sebarang kejadian yang tidak diingini, pihak syarikat boleh membuat tuntutan keatas pihak insurans bagi menuntut ganti rugi. 

Untuk proses penghantaran team AM PRO MOVERS telah membuat persiapan rapi, kami akan menggunakan pallet untuk memberi kedudukan yang stabil bagi meletakkan mesin-mesin tersebut. Bagi mengelakkan mesin begerak semasa dalam perjalanan team AM PRO MOVERS menggunakan rachet tie untuk mengikat mesin agar tidak bergerak semasa dalam perjalanan. Mesin dan komputer akan dibalut menggunakan bubble wrap dan juga strech film bagi melindungi kesan calar atau rosak  semasa dalam perjalanan. Setiap mesin akan dilabel mengikut nama untuk memudahkan proses unpacking nanti dan juga untuk mengelakkan kekeliruan. Untuk barang kelengkapan seperti tertikus dan juga barangan lain team AM PRO MOVERS meletakkan di dalam kotak untuk memudahkan proses mengangkat dan mengelakkan kehilangan barangan tersebut.


Akhirnya beliau amat berpuas hati akan khidmat dari AM PRO MOVERS, terserlah wajah kegembiraan beliau apabila mesin-mesin berjaya dihantar sebelum program bermula dan mesin tersebut dalam keadaan baik dan boleh di gunakan tanpa masalah. Beliau juga amat berpuas hati dengan team kami yang profesional dan juga mesra. Beliau akan meggunakan perkhidmatan kami untuk penghantran yang seterusnya. 



(DONE) PINDAH RUMAH TANPA BERPELUH | PAKAR PINDAH RUMAH AMPANG



Baru-baru ni Tuan Abdul Rahman, 55 merancang untuk berpindah dari Pulapol Kuala Lumpur ke Rawang. Beliau akan bersara dalam tempoh yang terdekat. Untuk berpindah di dalam usia emas, beliau sudah semestinya beliau tidak mampu untuk mengangkat barang-barang yang berat dan banyak. Beliau tidak mempunyai saudara -mara yang terdekat dan anak-anaknya juga tinggal luar dari Kuala Lumpur untuk membantu proses mengangkat barang. Oleh itu, beliau memerlukan bantuan dari segi tenaga kerja untuk memudahkan perpindahan beliau.  Beliau juya memerlukan khidmat lori untuk menghantar barangan beliau ke rumah baru. Beliau juga tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengemas barangan beliau kerana masih berkhidmat.


       Sebulan sebelum perpindahan beliau mula membuat "survey"  melalui kenalan yang pernah berpindah, facebook dan juga google. Beliau telah membuat "survey" di facebook dan juga google untuk meneliti dan memilih beberapa movers dan khidmat lori sewa yang bersesuaian dengan permintaan dan kehendak beliau. Beliau telah mengambil masa beberapa hari untuk memilih movers yang bersesuai.  Beliau mementingkan perancangan awal agar perpindahan beliau dapat berjalan dengan lacar dan tepat pada masanya. 


       Setelah meneliti beberapa movers dan lori sewa  beliau telah membuat keputusan untuk memilih AM PRO MOVERS TRANSPORTATION sebagai medium untuk perpindahan beliau. Beliau yakin dengan perkhidmatan dari pihak kami setelah melihat hasil kerja dan juga testimoni daripada pelanggang terdahulu melalui facebook https://www.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/?ref=aymt_homepage_panel. Beliau telah melihat macam mana proses kami melindungi perabot dan barangan berharga cusromer terdahulu. Ini adalah kerana kebanyakkan barangan dan pekakas rumah beliau kebanyakkan barangan kaca. Kebanyakkan barangan beliau juga mempunyai memori  yang tersendiri semasa beliau berkhidmat. Selain itu, pemilihan AM PRO MOVERS TRANSPORTATION juga adalah galakkan daripada sahabat beliau yang juga pernah menggunakan perkhidmatan daripada AM PRO MOVERS TRANSPORTATION


       Kami telah dipilih oleh beliau kerana beliau yakin dengan perkhidmatan daripada pihak kami. Beliau telah melihat beberapa gambar hasil kerja team AM PRO MOVERS mengendalikan proses pindah rumah. Belaiu yakin dengan peralatan dan kepakaran team kami. Beliau juga percaya kami akan melindungi barangan kaca beliau dengan sebaik mungkin tanpa melibatkan sebarang kerosakan atau calar. Kami di AM PRO MOVERS TRANSPORTATION adalah pakar dalam pindah rumah. Tuan Abdul Aziz memilih kami kerana yakin boleh mengendalikan proses pindah rumah tanpa beliau perlu berbuat apa-apa. Dalam keadaan isteri beliau yang tidak sihat kami akan membantu pindah rumah beliau dengan sebaik mungkin.


       Setelah beliau menghubungi team AM PRO MOVERS TRANSPORTATION beliau telah bersetju untuk  mengambil premium package dari pihak kami. Premium package adalah pakej yang beliau tidak perlu berbuat apa-apa, dari A sampai Z kami akan siapkan proses pindah rumah beliau. Kami akan menyediakan 4 orang tenaga kerja untuk memudahkan proses pindah rumah. Beliau tidak perlu mengemas barangan beliau. Team kami  akan meletakkan ke semua barangan beliau ke dalam kotak dan setiap kotak akan di labelkan mengikut fungsi dan keguanaan. Ini adalah untuk memudahkan beliau semasa di rumah baru nanti. Semasa hari perpindahan team AM PRO MOVERS TRANSPORTATION telah sampai pada rumah beliau pada masa yang tepat. Kami mengemas kesemua peralatan dapur, mengemas pakaian dan sebagainya. Dari sekecil-kecil barang beliau telah kami kemaskan. Untuk barangan kaca dan perabot beliau kami telah menggunakan strech film untuk melindungi barang daripada sebarang kesan calar atau kerosakan semasa proses perpindahan berlaku. Selain itu, kami juga telah membersihkan rumah lama beliau setelah kesemua barangan barangan beliau diangkat. Setelah tiba di rumah baru, kami juga akan membantu beliau untuk mengemas dan menyusun atur barangan beliau beliau. Kami akan menyusun barangan beliau mengikut permintaan beliau dan juga isteri. Perpindahan beliau telah berjaya disiapkan kurang dari 24jam. 

Buka pasang katil | Pakar Buka Pasang Katil | Mover Pindah Rumah



Buka pasang katil | Pakar Buka Pasang Katil | Mover Pindah Rumah 


Setiap rumah mempunyai bilik tidur. Setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya 2 atau 3 bilik tidur dan setiap bilik semestinya mempunyai katil yang berbeza saiz dan fungsinya. Jika kita merancang untuk pindah rumah, katil yang menjadi tempat untuk kita

Antara jenis katil yang biasa digunakan adalah:-
-Katil Queen/King 
-Katil Single/Bujang
-Katil double decker/dua tingkat


Selain daripada saiz katil yang berbeza, setiap kali juga akan diperbuat dari bahan yang berlainan. Kebiasaanya katil akan diperbuat daripada kayu atau besi/keluli yang mempunyai berat yang berbeza.

Sekiranya anda merancang untuk pindah rumah sudah semestinya anda akan membawa katil anda bersama. Saiz katil yang agak besar akan menggunakan ruangan lori yang lebih besar. Ini akan menyebabkan anda akan kerugian. Ini adalah kerana, anda perlu menyewa lori yang lebih besar dan anda perlu menanggung kos yang tinggi.

Oleh itu, sekiranya perpindahan yang melibatkan katil yang gedabak besar atau king size, team mover yang bertindak sebagai medium penghantaran barangan anda ke rumah baru anda akan buka dan pasang katil anda. Team APMT mempunyai peralatan yang lengkap untuk buka dan pasang katil anda. Buka dan pasang katil tidak akan mengambil masa yang yang lama. 




Team kami mempunyai peralatan yang lengkap untuk proses buka dan pasang

Baru-baru ini, kami telah menyelesaikan masalah pindah rumah Puan Mei, beliau mempunyai katil yang agak besar. Jadi kami telah menasihati beliau untuk buka dan pasang katil tersebut untuk menjimatkan ruangan lori. Beliau bersetuju dengan cadangan daripada pihak kami. Proses untuk buka katil beliau tidak mengambil masa yang lama. Jika, anda mempunyai katil IKEA sudah semestinya katil tersebut mempunyai skru yang banyak. Anda akan menjadi pening apabila memasangnya nanti. Jangan risau kami boleh selesaikan untuk anda. 





Proses untuk membuka katil

Selain itu,buka dan pasang katil boleh menjimatkan ruangan lori. Ia juga boleh menyelamatkan katil anda daripada rosak atau tercalar akibat tergeser dan sebagainya. Puan Mei amat berpuas hati kerana katil beliau tidak rosak atau calar dan berjaya di pasang semula di rumah baru beliau. 




Proses memasang semula katil


Puan Mei amat berpuas hati dengan perkhidmatan daripada team APMT. Kami juga amat berbesar hati kerana dapat membantu Puan Mei. 


Boleh hubungi kami untuk mendapatkan pekhidmatan movers, lori pindah rumah, lori sewa melalui:-


Langkah Keselamatan Ketika Mengangkat Barang Berat/Kotak


LANGKAH KESELAMATAN KETIKA MENGANGKAT BARANG BERAT/KOTAK

Untuk mengangkat barang yang berat/kotak kita perlu menggunakan langkah-langkah yang betul. Langkah keselamatan yang betul perlulah diambil untuk mengelakkan sebarang kecederaan atau kemalangan. 

Dalam aktiviti pindah rumah langkah keselamatan amat penting. Kita semestinya tahu, semasa pindah rumah kesemua barangan dan pekakas rumah yang kecil atau besar, ringan atau berat, semuanya perlu di pindahkan. Terdapat sesetengah rumah yang mempunyai perabot yang yang diperbuat daripada kayu jati, barangan ini sememangnya mempunyai bebanan yang sangat besar. 

Antara langkah keselamatan yang anda perlu ambil adalah:-

1) Pemakaian kasut
Pemakaian kasut amatlah penting untuk mengelakkan sebarang kecederaan terhadap kaki anda. Kita hendaklah mengenakan pemakain kasut yang stabil dan selesa dan bukannya selipar atau sandal. 

2) Mendapatkan bantuan
Sekiranya barang yang hendak diangkat adalah terlalu berat, anda perlu mendapatkan bantuan daripada orang lain. Elakkan daripada mengangkat barang berat secara berseorangan. 

3) Menggunakan peralatan lain
Sekiranya barangan anda terlalu berat, anda perlu menggunakan peralatan lain untuk mengalihkannya. Antara peralatan lain yang boleh digunakan adalah troli. Terdapat pelbagai jenis troli dan juga kegunaannya. 

Langkah yang betul untuk mengangkat kotak:-
-Bengkokkan kaki dan berikan tumpuan pada tengah badan dan otot
-Dekatkan jarak badan dengan kotak yang hendak diangkat
-Kedua-dua tangan mestilah memegang sisi kotak dan mestilah diangkat secara perlahan-lahan.
-Kotak mestilah diangkat searas dengan perut dan badan mestilah tegak serta menghala ke tempat yang di tuju. 

Langkah yang salah untuk mengangkat barang:-
-Memusingkan pinggang ketika membawa barang berat
-Mengankat barang secara cepat dan mendadak
-Mengangkat kotak melebihi paras dada
-Memakai kasut tumit tinggi

Kesan mengangkat barang yang salah:-
Cara mengangkat barang yang salah akan memberikan kesan yang negatif kepada kita. Antaranya adalah menyebabkan pinggang kita lenguh atau gangguan ligament serta tulang belakang. 



Untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan anda boleh menghubungi kami melalui:-

Tips pemilihan kotak semasa indah rumah | Mover Ampang | Mover Shah Alam



PEMILIHAN KOTAK UNTUK PINDAH RUMAH 


Saiz kotak yang macam mana??

Jenis kotak?

Berapa banyak kotak yang diperlukan??

Kotak adalah amat penting untuk tujuan pindah rumah anda. Biasanya hampir kesemua alatan rumah akan dimasukkan kedalam kotak untuk memudahkan proses memindahkan barang dari rumah ke lori.

Saiz kotak memainkan peranan yang penting, salah pilih saiz kotak atau salah muat barang, kotak akan pecah ataupun barang-barang anda yang pecah.


Sebelum berpindah, kita sebagai tuan rumah perlulah mengemas barangan terlebih dahulu. Selepas itu, asingkan barangan tersebut mengikut fungsi atau sifat fizikal barang tersebut. Sebagai contoh barang plastic seperti bekas makanan atau cawan minuman hendaklah diletakkan di tempat yang sama. Kita sebagai tuan rumah perlu menyusun atau mengemasnya dengan lebih teliti agar tidak merumitkan semasa di rumah baru nanti. Selain itu, untuk memudahkan kita semasa di rumah baru, setiap kotak hendaklah di label terlebih dahulu.


Kotak yang biasa digunakan adalah yang bersaiz kecil, medium dan juga besar.

Kotak kecil biasanya digunakan untuk meletakkan barangan yang berat atau mudah pecah. Ini adalah kerana saiz kotak yang agak kecil memudahkan proses untuk mengangkat barang. Selain itu, saiz kotak yang kecil adalah lebih mudah untuk di bawa dan mengurangkan risiko kerosakan barang. 

https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/?ref=aymt_homepage_panel

Kotak yang sederhana besar atau medium adalah menjadi pilihan untuk pindah rumah. Ini adalah kerana saiz yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Ini lebih sesuai untuk membawa peralatan kecil dan juga perkakas rumah yang lain. Kita juga boleh menggunakan surat khabar lama untuk membalut barangan untuk mengurangkan risiko barangan akan pecah atau calar. 

https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/?ref=aymt_homepage_panel

Kotak bersaiz besar adalah untuk mengangkat barang yang beratnya ringan dan sederhana seperti pakaian atau bantal.  Saiz barang yang besar boleh dimasukkan ke dalam kotak yang besar. Untuk barangan yang berat seperti peralatan elektrik memerlukan kotak yang lebih tebal dan keras unutk menampung beban yang berat. 

https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/?ref=aymt_homepage_panel

Untuk menjimatkan kos anda boleh mendapatkan kotak terpakai di kedai elektronik atau kedai serbaneka. Selain itu, kami di AM PRO MOVERS juga menyediakan kotak yang sesuai untuk pindah rumah anda. 


Untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan anda boleh menghubungi kami melalui:-



Tips pemilihan lori | Movers Ampang | Mengenali Saiz Lori Yang Betul

PANDUAN MEMILIH SAIZ LORI YANG BERSESUAIAN

Anda merancang untuk berpindah?? Memerlukan lori untuk medium perpindahan anda??

Jom kenali saiz lori yang bersesuaian untuk aktiviti pindah rumah anda.

Kebanyakkan daripada kita tidak mengambil tahu saiz lori yang sesuai kecuali mereka yang pernah melakukan aktiviti pindah rumah.  Terdapat dua jenis lori yang biasa digunakan iaitu lori canvas dan juga lori bonded. Dari segi saiz pula, saiz lori yang digunakan untuk perpindahan adalah berbeza mengikut jenis barangan. Sekiranya barang-barang yang dipindahkan adalah bersaiz besar dan banyak boleh menggunakan lori 5tan. 

Terdapat 4 saiz lori yang biasanya digunakan untuk aktiviti pindah rumah:-



Lori 1 tan
-Lori 1 tan adalah 10 kaki panjang. Lori 1 tan adalah bersesuai untuk perpindahan secara kecil-kecilan atau melibatkan barang yang sedikit. Contonya untuk perpindahan yang melibatkan katil, almari, meja dan loose item yang disimpan didalam kotak. Sekiranya anda mempunyai almari 6kaki, 7kaki dan 8kaki ianya perlu di buka dan pasang semula kerana ianya tidak dapat dimuatkan dengan menggunakan lori 1 tan. Jika anda mempunyai tilam atau katil bersaiz king, lori 1 tan confirm tidak muat. Sofa 3 + 2 + 1 seater juga akan mengambil separuh dari ruang lori. 

https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/?ref=aymt_homepage_panel



Lori 2 tan
-Lori 2 tan adalah 12 kaki panjang biasanya digunakan unutuk memindahkan barang keluarga kecil atau rumah kecil yang mempunyai bilangan barangan yang sedikit. 

https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/?ref=aymt_homepage_panel

Lori 3 tan
-Lori 3 tan adalah 14 kaki panjang. Untuk perpindahan yang melibatkan rumah apartment atau banglo yang mempunyai perabot yang banyak lori 3 tan adalah lebih sesuai. Lori ini adalah sesuai unutk membawa barangan yang agak berat dan besar. 

Lori 5 tan
-Lori 5 tan adalah 17 kaki panjang adalah sesuai untuk perpindahan yang melibatkan rumah teres dua tingkat atau perpindahan keluarga yang besar. 


https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/?ref=aymt_homepage_panel

Dari segi tenaga kerja pula, lori 1 tan biasanya memerlukan 2 orang tenaga kerja sahaja tetapi sekiranya perpindahan yang melibatkan lori 3 tan keatas tenaga kerja yang diperlukan adalah 3-4 orang. Memilih saiz lori adalah amat penting untuk mengelakkan sebarang semasa perpindahan atau sebarang cas tersembunyi yang akan dikenakan. 

Untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan anda boleh menghubungi kami melalui:-

Mover Pindah Rumah | Mover Pakar Pindah Rumah Ampang | Mover Shah Alam


Pindah rumah ?? Ada pelbagai sebab kenapa kita nak berhijrah dari satu tempat ke satu tempat?
Antara sebabnya adalah di tukarkan tempat kerja atau bersara.

Baru-baru ni kami telah berjaya menyelesaikan masalah perpindahan Tn Aziz yang baru sahaja menamatkan perkhidmatan dalam sektor kerajaan. Oleh, kerana itulah beliau ingin berpindah dari kuaters yang didiaminya ke rumah beliau.

Tn Aziz telah menghubungi team APMT untuk menyelesaikan masalah pindah rumah beliau ini. Beliau ingin berpindah ke rumah baru sebelum dari tarikh persaraan beliau. Oleh itu, kami akan menyelesaikan masalah pindah rumah beliau sebaik mungkin. 

Beliau telah membuat permintaan kepada team kami untuk menghantar barangan beliau ke dua tempat yang berbeza dan juga pada hari yang berbeza. Ini adalah di sebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan. Kami amat memahami masalah beliau ini. Masalah pindah rumah akan menyebabkan kita dalam tekanan keran memikirkannya. Tambahan pula, bagi kita yang pertama kali melakukan perpindahan. Jadi kita perlu merangcannya dengan lebih teratur dan profesional. 



https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/?ref=aymt_homepage_panel


Aktiviti perpindahan memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk mengankat barang dari rumah lama ke rumah baru. Kami amat memahami permasalah beliau. Walaupun kita mempunyai anak-anak, tetapi setiap daripda mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing.  Tenaga kerja yang ramai akan memudahkan proses pindah rumah anda. Jika kita mempunyai saudara-mara yang tinggal berdekatan, tidak semestinya mereka mampu menolong kita. Oleh itu, kita memerlukan satu team yang lengkap untuk memastikan proses pindah rumah adalah berjalan dengan lancar dan tenang. 


https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/?ref=aymt_homepage_panel


Team APMT mempunyai tenaga kerja yang cukup membantu proses pindah rumah beliau. Benda yang paling penting dalam mengendalikan proses pindah rumah, kami team APMT perlu betul-betul memahami akan kehendak dan keperluan beliau. Beliau memerlukan tenaga kerja untuk mengankat barang dari rumah lama ke rumah baru, beliau juga memerlukan lori sebagai medium perpindahan beliau. Selain itu, beliau juga risau akan barangan seperti peti ais, television, meja kaca dan beberapa barangan yang diperbuat daripada kaca. Oleh itu, kami memncadangkan agar beliau menggunakan "strech film" untuk melindungi barangan beliau daripada sebarang calar atau rosak. Selain itu, kami juga akan memastikan semua barangan beliau akan dihantar tepat pada masanya. 


https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/?ref=aymt_homepage_panel


Semasa hari perpindahan, team APMT telah sampai ke rumah beliau mengikut masa yang telah dijanjikan. Team telah mengangkat kesemua barangan beliau untuk di hantar ke rumah baru. Kami juga telah membalut/membungkus peralatan kaca, almari dan juga peti ais. Kami telah melakukan sebaik mungkin agar perpindahan beliau dilaksanakan dengan sebaik mungkin.


https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/?ref=aymt_homepage_panel

Akhirnya kesemua barangan beliau telah berjaya kami pindahkan ke rumah lama tanpa berlakunya sebarang kerosakan ke atas barangan beliau. Beliau sangat berpuas hati dengan perkhidmatan kami. Kami juga amat berpuas hati sekiranya kami beliau berpuas hati. Kami melihat terlakarnya riak wajah yang cukup gembira, keran proses pindah rumah beliau berja dilakukan tanpa beliau mengeluarkan setitik peluh. " GOOD JOB TEAM", demikian kata-kata beliau.