MOVERS AND PACKERS NILAI | MOVERS AND PACKERS SEPANG | PINDAH RUMAH GOYANG KAKI


Mr Rolland akan berpindah dari Nilai ke Sepang. Ini adalah kerana beliau telah ditukarkan tempat kerja. Kedua-dua jenis rumah beliau adalah rumah landed. Jadi ia akan lebih memudahkan lagi proses perpindahan rumah beliau. Jenis rumah teres atau semi D akan lebih mempercepatkan proses pemindahan berbanding rumah condominium, flat atau apartment. 


Untuk pindah rumah Mr Rolland, beliau request team kami untuk buka, pasang dan servis air cond, buka dan pasang almari yang bersaiz XL, XXL dan juga katil yang bersaiz king dan juga double deckers. Selain itu, beliau juga request untuk team AM PRO MOVERS buka dan pasang semula 2 unit pemanas air dan 1 unit cooker hood (penyedut asap). 


https://www.facebook.com/apmt.com.my
Proses mengemas dan membuka katil 



Perpindahan rumah Mr Rolland , beliau hanya mengambil basic package sahaja iaitu untuk servis untuk loading dan unloading sahaja. Tetapi beliau telah mengambil servis tambahan untuk servis aircond, buka pasang almari, buka pasang pemanas air dan penyedup asap dapur memasak beliau.


https://www.facebook.com/apmt.com.my
Proses membalut tilam menggunakan strech film


Seperti biasa sebelum perpindahan beliau, team AM PRO MOVERS pakar pindah rumah anda telah menyediakan pelbagai peralatan lengkap untuk memudahkan proses pindah rumah beliau. Antara barang yang disediakan adalah strech film atau plastik boleh regang untuk membalut beberapa barangan perabot, almari dan juga sofa rumah beliau. Ini adalah untuk melindungi perabot beliau dari sebarang kesan calar atau rosak semasa proses penghantaran barang dari rumah lama ke rumah baru.  Untuk barangan seperti televisyen dan peti ais,  team AM PRO MOVERS menggunakan bubble wrap atau pembalut gelembung untuk melindunginya dari sebarang kesan calar balar. 

https://www.facebook.com/apmt.com.my
Proses membuka pemanas air 


https://www.facebook.com/apmt.com.my
Proses memasang semula pemanas air di rumah baru 


Unutuk proses servis, buka dan pasang aircond peralatan lengkap amat penting. Antara peralatan yang diperlukan adalah drill, corldess dan pelbagai peralatan untuk membuka dan memasang semula aircond. Untuk pemanas air pula kami akan buka dan pasang semula di rumah baru beliau. 


https://www.facebook.com/apmt.com.my
Proses memasang ampaian naju di rumah baru

https://www.facebook.com/apmt.com.my
Proses memasang semula cooker hood di rumah baru

Semasa pindah rumah beliau, seperti biasa kami akan bertolak seawal 8.00 pagi untuk memastikan team AM PRO MOVERS sampai tepat pada masanya. Untuk pindah rumah Mr Rolland kami telah menghantar seramai 4 orang krew untuk melancarkan proses pindah rumah beliau. Seperti biasa dua orang crew ditugaskan untuk buka dan pasang pemanas air, buka dan pasang cooker hood dan untuk servis, buka dan pasang air cond. Selain itu, 2 orang crew ditugas untuk loading barang-barang seperti peti ais, tv , sofa, barang dapur dan lain-lain.

https://www.facebook.com/apmt.com.my
Proses memasang semula katil yang telah di buka di rumah lama


https://www.facebook.com/apmt.com.my
Proses memasang semula katil yang telah di buka di rumah lama

Dalam pukul 10.00malam team kami telah siap sepenuhnya proses unloading di rumah baru Mr Rolland. Dalam masa yang sama proses untuk memasang semula cooker hood dan pemanas air. Mr rolland amat berpuas hati kerana semua permintaan beliau dapat kami tunaikan dengan jayanya. Selain itu, kami juuga telah memberikan basic house cleaning untuk rumah lama beliau di Nilai. 



https://www.facebook.com/apmt.com.my
Ruang tamu di rumah lama yang telah dibersihkan

https://www.facebook.com/apmt.com.my
Ruang tamu di rumah lama yang telah dibersihkan

https://www.facebook.com/apmt.com.my
Ruang dapur di rumah lama yang telah dibersihkan


Ahkhirnya semua proses pindah rumah beliau berjaya kami siapkan kurang dari 24 jam. Beliau amat gembira kerana kami telah membantu pindah rumah beliau. "Thanks a lot" , demikian kata-kata beliau kepada team AM PRO MOVERS . 




TIPS CARA MENJAGA AIRCOND RUMAH ANDA | MOVERS AND PACKERS AMPANG | MOVERS AND PACKERS MALAYSIA

Pindah rumah mestilah nak bawa semua barangan rumah anda kan.?? Termasuklah aircond rumah anda. Untuk anda yang tidak pernah servis aircond sendiri mesti tidak tahu cara-cara untuk servis aircond dengan cara yang paling mudah dan ringkas sahaja. 

Pertama sekali, aircond rumah dipanggil Aircond Split Unit. Indoor Unit dan Outdoor Unit.

Aircond Split Unit

Aircond mempunyai 4 bahagian utama antaranya adalah

  • Pemampat (compressor) (outdoor)
  • Pemeluap (condender) (outdoor)
  • Injap Pengembang (Thermal Expansion Valve, TXV) (indoor) *Untuk aircond rumah, tiada TXV, yang ada adalah Cooling Coil.
  • Penyejat (Evaporator) (indoor)




Apa yang ada pada INDOOR UNIT dan OUTDOOR UNIT?

Komponen basis yang ada pada Indoor Unit adalah:-

  • Filter
  • Blower
  • Copper Finn / Aluminium Finn
Komponen basis yang ada pada Outdoor Unit adalah

  • Fan
  • Copper Finn / Aluminium Finn
  • Compressor


CARA MENJAGA / SERVIS AIRCOND RUMAH ANDA

INDOOR UNIT

1. FILTER / PENAPIS UDARA



Penjagaan filter. Perkara ini sangat - sangat mudah. Tapi yang mudah inilah orang susah nak jaga dan buat. Sebab itu, jika rumah anda tidak sejuk, cuba anda lihat keadaan filter anda. Macam mana keadaannya. Penapis anda tersumbat, kotor atau tidak. Kalau kotor, besihkannya menggunakan air.





Caranya begini. Ambil filter, cuci dengan air, ketuk - ketuk untuk buang air, pasang. Kerja hanya mengambil masa 3 minit sahaja. 3minit ini mampu memanjangkan hayat aircond anda.


Tapi, apa yang anda akan dapat jika menjaga filter? Anda akan dapat Copper Finn yang berkilat dan bersih. Apa yang akan jadi bila copper finn bersih. Kena baca laaaaa. Hehehe


2. COPPER FINN / ALUMINIUM FINN / SIRIP - SIRIP

Tujuan Sirip aircond ini adalah untuk membebaskan hawa sejuk yang akan ditarik oleh blower. Sirip ini sangat nipis dan lembut seperti helaian buku.


Tips penjagaan copper finn adalah dengan membersihkan dengan menggunakan berus cat atau berus gigi. Jaga - jaga, finn itu tajam dan lembut. Pastikan anda berhati - hati ketika melakukan kerja dengan memakai glove. 



3. BLOWER

Anda tahu atau tidak, blower ini apa? Blower adalah blow angin. Macam tiup angin dari mulut. Haaa. Tahu dah kan. Sama juga seperti kipas.





Jadi, apa kaitannya blower dengan penjimatan elektrik?

Apa akan terjadi apabila kipas banyak habuk? Efficiency kurang. Kipas menjadi berat dan angin akan kurang. Apa akan jadi apabila kipas menjadi berat dan angin kurang? Anda akan menaikkan kelajuan kipas. Apa akan jadi apabila anda menaikkan kelajuan kipas? Bil Elektrik tinggi laaa.

Sama juga seperti blower. Apa akan jadi apabila blower banyak habuk? Efficiency kurang. Blower menjadi berat dan angin akan kurang. Apa akan jadi apabila blower menjadi berat dan angin kurang? Anda akan menaikkan kelajuan blower. Apa akan jadi apabila anda menaikkan kelajuan blower? Bil Elektrik tinggi laaa.

Haaa. Nampak kan. Nampak dah kan hubung kaitannya kan. Jadi, mari bersihkan blower.

Cara nak membersihkan blower adalah dengan membuka dahulu louver. Kemudian ambil berus cat yang panjang bulunya, kemudian bersihakan perlahan - lahan. Buat sampai bersih dan puas hati.

Kalau anda tidak tahu membuka louver atau blower, ambil sahaja berus cat, cuci perlahan - lahan. Layan kan aja.


OUTDOOR UNIT


Macam mana nak bersihkan Outdoor Unit. Anda haruslah membuka casing outdoor unit. Cabut semua skru dan togelkan satu persatu casingnya. Tahniah, anda telah berjaya.


1. FAN
Cuci fan dengan berus sabut. Senang sahaja



2. COPPER FIN / ALUMINIUM FINN / SIRIP - SIRIP

Untuk bahagian luar, tujuan sirip ini adalah untuk membebaskan haba panas secepatnya yang terhasil dari compressor.

Copper finn lembut dan tajam. Hati - hati semasa melakukan kerja pembersihan. Ambil gayng yang ada sedikit air dan berus sabut, kemudian cuci fin sehingga nampak bersih.



Pastikan, air tidak masuk ke bahagian elektrik dan board elektronik. Kalau terkena, sia - sia sahaja buat kerja ni. Mahal tuu board elektronik.



3. COMPRESSOR


Anda tidak perlu membuka compressor, biarkan sahaja compressor itu. Bagaimana compressor berfungi?

Compressor ini akan dapat signal dari thermostat. Thermostat yang akan mengawal suhu bilik anda. Contoh anda setkan 18 degree Celcius, compressor akan terus running untuk maintainkan temperature 18 degree C. Apabila telah sampai 18 C, thermostat akan berikan signal kepada compressor supaya tidak running.

Jika suhu sudah 19C, thermostat akan memberikan semula signal kepada compressor untuk running.

Sebab itu, anda harus menutup pintu bilik semasa menggunakan aircond. Ini untuk mengelakkan kehilangan suhu sejuk.

Antara paling banyak menggunaan tenaga elektrik adalah COMPRESSOR

PROSEDUR PERTUKARAN SEKOLAH | MOVERS AND PACKERS SELANGOR | MOVERS AND PACKERS KUALA LUMPUR


PROSES PERTUKARAN SEKOLAH


Bila tiba hujung tahun saja, tentu ramai di kalangan ibu ayah yang berpindah tempat kerja baru atau berpindah ke rumah baru kan? 

Ramai ibu bapa mengeluh bila proses nak pindahkan anak dari satu sekolah ke sekolah yang lain. Sebenarnya senang saja, kalau tahu prosedur, walaupun penat, tapi sekurang-kurangnya sekali saja buat dan selesaikan.





Anda akan menyukarkan diri anda dan juga pihak sekolah, andainya anda memindahkan anak anda hanya dengan proses di Jabatan Pelajaran. Anda perlu melalui pihak sekolah dahulu, jika tidak mahu sebarang kesulitan yang lain timbul. Kerana untuk pengetahuan anda, tak semua Pejabat pelajaran rajin nak memaklumkan pada pihak sekolah. Andalah yang bernasib malang, kerana apabila pihak sekolah tidak dimaklumkan, maklumat anak anda akan tergantung statusnya disekolah lama, dan anda mungkin akan menerima surat buang sekolah dari sekolah lama. 


Pertama, ambil borang pindah dari sekolah, sila jangan lompat langkah ini. Apabila anda mengambil borang pindah dari sekolah, mengisi maklumat-maklumat anda, satu senarai semak untuk mengambil dokumen-dokumen anak anda disekolah juga akan disertakan. Dan dalam masa yang sama, waktu ini, pihak kerani akan menyediakan surat permohonan pindah yang perlu anda bawa ke Jabatan Pelajaran Daerah.

Kedua, Minta anak anda ambil semua dokumen-dokumen dia dari guru-guru yang berkenaan:

Guru Kelas:Fail profile pelajar, buku rawatan kesihatan, kad kemajuan (bergantung pada sesetengah sekolah)

Guru Sejarah: Folio Sejarah
Guru Geografi: Folio Geografi
Guru K.Hidup: Folio Kemahiran Hidup
Guru Bahasa Inggeris: Ujian PLBS
Guru Bahasa Melayu: Ujiam PLBS
Guru P.Islam: Borang PAFA
Guru Sains: Fail PEKA

Lengkap kesemua ini, bermaksud anda telah memberi kerjasama yang baik pada pihak sekolah.


DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN OLEH IBUBAPA/PENJAGA KEPADA PIHAK SEKOLAH LAMA :-

(1) 1 Borang Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Oleh Murid Warganegara [ P.U.(A) 275 Jadual Ketiga ] (diisi ibubapa/penjaga)
(2) 1 Salinan surat beranak
(3) 1 Salinan IC ibubapa/penjaga
(4) 1 Salinan surat nikah
(5) 1 Surat hak jaga anak (kes cerai)
(6) 1 Surat anak angkat (jika anak angkat)
(7) 1 Bil air/letrik/cukai pintu (sah alamat terkini)

DOKUMEN YANG PIHAK SEKOLAH PROSES DAN DIKEMUKAKAN OLEH IBUBAPA/PENJAGA KEPADA PPD/JPN :-

(1) 4 Salinan Borang P.U.(A) 275 Jadual Ketiga (diisi pihak sekolah lama)
dan semua salinan (2) ,(3), (4) ,(5) ,(6), dan (7) seperti di atas yang telah disahkan oleh Guru Besar sekolah lama.

DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN OLEH IBUBAPA/PENJAGA KEPADA PIHAK SEKOLAH BARU :-

(1) 1 Salinan Borang P.U.(A) 275 Jadual Ketiga (diluluskan oleh PPD/JPN)

(2) Fail Peribadi Murid yang mengandungi :-
   - Salinan Keputusan Peperiksaan Terakhir
   - Buku Rekod Profil Pentaksiran Sekolah
   - Buku Rekod Kesihatan Murid
   - Kad Rawatan Perkhidmatan Pergigian
   - Buku Rekod Pencapaian Murid Program j-Qaf
   - Sijil-sijil Pengiktirafan 

(3) Semua salinan (2),(3),(4),(5),(6) dan (7) seperti di atas yang telah disahkan oleh Guru Besar sekolah lama.




Ketiga, setelah surat permohonan pindah dari pihak sekolah siap, sila ambil dari kerani, pastikan ambil dalam kadar segera, supaya surat anda tidak hilang. Bawa surat ni ke Jabatan pelajaran, unit sekolah menengah, bagi yang sekolah menengah. Dan..anda akan diarahkan mengisi borang, sekolah mana anda kehendaki.



Keempat, sila hubungi sekolah yang dikehendaki atau datang sendiri kesekolah itu, untuk memastikan sekolah ini mempunyai kekosongan dan anak anda boleh ditempatkan disini. Sekiranya pengetua mengatakan anak anda boleh diterima, maklumkan kembali kepada pihak Jabatan.



Kelima, maklumkan kepada pihak sekolah lama, yang anak anda telah diterima masuk kesekolah yang baru, pihak sekolah akan menyediakan surat makluman perpindahan beserta senarai semak dokumen yang dibawa ke sekolah baru.



Sekian, selamat mengharungi hidup baru disekolah baru...hehe. Tolong awasi anak anda, kerana kes buli pelajar baru adalah perkara biasa di semua sekolah di Malaysia. Dan meadaptasi situasi baru disekolah, bukan lah perkara mudah bagi pelajar, ada pelajar yang kecundang pada tahap ini dan menjadi remaja yang bermasalah hanya kerana kes perpindahan sekolah.



Harap maklum, prosedur ini tepat 100% untuk sekolah menengah, setiap dokumen mungkin berbeza mengikut tahap menengah rendah dan menengah atas. Namun prosedur dari Sekolah ke Jabatan Pelajaran adalah prosedur tetap yang harus dilalui, kecualilah kalau anda adalah Ketua Jabatan Pelajaran Negeri.


Credit to :- blog hikayat cikgu terlampau


Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION.  Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-