Showing posts with label pindah kuala lumpuh. Show all posts
Showing posts with label pindah kuala lumpuh. Show all posts

TIPS UNPACK BARANG PINDAH RUMAH

 Proses pemunggahan barang pindah salah satu aktiviti yang mengujakan tetapi pada masa yang sama

sangat memenatkan. Lebih memenatkan lagi sekiranya kita memunggah semua barang pindah pada

masa yang sama dan akhirnya tiada satu pun berjaya dikemaskan. Jadi kali ini kami ingin memberi tips

bagaimana untuk unpack barang-barang pindah supaya proses punggah barang menjadi lebih teratur.


1. Mengemas dan mencuci setiap ruang dan bilik

Sebelum punggah barang pindah, kemas dan cucilah setiap bilik dan ruang terlebih dahulu.

Kawasan yang bersih akan memudahkan proses anda menyusun dan mengemas barang. Cuba

bayangkan sekiranya anda ingin meletakkan meja di satu ruang tetapi ada sampah dan berhabuk

pula.



2. Mula dengan barang bilik mandi

Barang untuk bilik mandi adalah yang paling mudah dan sedikit sekaligus memakan masa yang

sikit untuk dikemas. Hanya letakkan sabun mandi, ubat gigi, berus gigi, shampoo, dan pembersih

muka. Mudah bukan?



3. Menyusun perabot, almari baju dan kabinet

Setelah mengemas bilik, anda boleh mula menyusun barang-barang perabot. Tetapi menyusun

perabot yang besar dan berat akan mengambil masa yang lama, jadi anda boleh menggunakan

perkhidmatan movers untuk menyusun barang perabot mengikut kehendak anda tanpa anda

mengeluarkan setitik peluh pun.



4. Mengemas baju, pinggan mangkuk dan lain-lain

Setelah segala perabot dan kabinet sudah ditempatkan, mudah untuk anda susun baju, pinggan

mangkuk dan perkakas lain. Sekiranya anda merasakan terlalu banyak yang perlu dikemaskan

hingga tak menang tangan dibuatnya, jangan khuatir, movers turut menyediakan perkhidmatan

menyusun barang-barang anda!



5. Mengatur barang perhiasan rumah

Akhir sekali anda boleh mula mengatur barang-barang perhiasan seperti jam, gambar gantung,

pasu-pasu bunga, langsir dan sebagainya. Karpet akan menjadi perhiasan terakhir untuk anda

bentangkan. Sekarang anda boleh menarik nafas lega dan berehat.



5 SEBAB KENAPA BERPINDAH RUMAH

 Setiap manusia akan mengalami perubahan dalam hidup. Perubahan dalam hidup ini berlaku dari kita kecil hingga dewasa. Salah satu perubahan yang kebanyakan alami adalah berpindah ke tempat baru. Pindah rumah adalah salah satu momen yang besar dalam kehidupan seseorang kerana ia melibatkan proses yang rumit dan banyak perkara yang perlu dinilai sebelum membuat keputusan akhir untuk berpindah. Tambahan lagi, setiap orang ada alasan yang berbeza untuk berpindah rumah. Pernahkah anda terfikir mengapa orang buat keputusan untuk berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain? Mari kita lihat apakah sebab orang berpindah ke rumah baru.

1.   1.  Kediaman rumah lama yang kecil

Rumah yang kecil tidak semestinya bermakna rumah itu tidak selesa tetapi mempunyai ruang rumah yang lebih besar semestinya memberi impak yang bagus kepada sesetengah orang. Pasangan suami isteri yang bertambah jumlah anak semestinya memerlukan rumah yang lebih luas kerana bila semakin ramai manusia di dalam sesuatu ruang, ruang itu akan terasa kecil dan boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada penginap. Jadi berpindah ke rumah baru yang lebih besar adalah penyelesaiannya!


2.    2. Ingin mempunyai rumah sendiri

Semua manusia berimpian untuk mempunyai kediaman milik sendiri. Bila memiliki rumah sendiri, kita bebas untuk hidup dengan cara kita dan menghias rumah mengikut citarasa sendiri. Memiliki rumah sendiri juga membuktikan seseorang itu boleh berdikari. Jadi apabila seseorang itu sudah stabil dari segi kewangan dan faham tanggungjawab yang perlu digalas, tidak mustahil untuk dia memilih untuk berpindah ke rumah baru.


3.   3.  Hubungan kejiranan

Lumrah untuk manusia bersosial antara satu sama lain. Jadi suasana kejiranan itu penting jika berpilih untuk pindah. Sekiranya jiran-jiran di sekeliling yang hanya mementingkan diri sendiri seperti membuat bising setiap hari, membuang sampah di kawasan rumah kita, atau ada konflik dengan jiran, jadi tidak pelik untuk seseorang membuat keputusan untuk berpindah ke rumah baru.


4 . Tawaran kerja baru

Apabila tempat kerja baru jauh dari rumah yang diduduki sekarang, pasti orang akan membuat keputusan untuk berpindah rumah yang lebih dekat. Berpindah ke rumah baru yang lebih dengan tempat kerja pasti dapat mengurangkan stress. Mereka sudah tentu tidak mahu pening kepala melalui perjalanan yang jauh ke tempat kerja, lebih-lebih lagi bila terpaksa menghadapi jam setiap hari.

5.    5. Persaraan

Bersara turut menjadi salah satu faktor orang berpindah rumah. Inilah masa untuk mereka berehat dan meluangkan lebih masa dengan keluarga. Jadi mereka memilih untuk berpindah ke kawasan baru tanpa perlu memikirkan tentang pekerjaan lagi!



Sekiranya anda antara yang memilih untuk berpindah kerana sebab-sebab di atas, jangan lupa untuk pilih servis pengangkutan barang pindah yang terbaik supaya barang-barang anda boleh sampai dengan selamat!

Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION.  Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-

Whatsapp:

http://www.wasap.my/60102630050

http://www.wasap.my/60102630050

http://www.wasap.my/60102630050


Instagram:

https://www.instagram.com/ampromovers/?hl=en

https://www.instagram.com/ampromovers/?hl=en

https://www.instagram.com/ampromovers/?hl=en

 

Facebook:

https://www.facebook.com/apmt.com.my

https://www.facebook.com/apmt.com.my

https://www.facebook.com/apmt.com.my

 

Website:

https://apmt.com.my/

https://apmt.com.my/

https://apmt.com.my/