TIPS PEMILIHAN PERABOT RUMAH | MOVERS AND PACKERS | MOVERS AND PACKERS AMPANG |

[TIPS MEMBELI PERABOT RUMAH] 




Am Pro Movers Transportation nak kongsi Tips Membeli Perabot Rumah memang agak memeningkan kepala kalau tiada ilmu asas dalam aspek pemilihan perabot. Lebih-lebih lagi jika kita memiliki ruang yang agak terhad, pemilihan perabot haruslah sesuai supaya suasana dalam rumah anda lebih kemas & tersusun.

Perkara penting yang perlu diberi perhatian sebelum memilih perabot rumah adalah memastikan beberapa asas seperti menentukan penampilan, memfokuskan kepada gaya dan citarasa kepada ruang-ruang tertentu, mengenal pasti bentuk aktiviti yang boleh kita buat di ruang tersebut serta fungsi perabot yang bakal kita beli.

Sebagai rujukan, di bawah ini kami Movers and Packers bawakan beberapa tip dan panduan penting yang perlu anda tahu dalam pemilihan perabot samada untuk kediaman atau ruang pejabat anda. Tip ini merangkumi beberapa aspek penting seperti saiz ruang, konsep, kualiti, harga, warna, bajet serta kos penghantaran yang akan dikenakan.

01. Pilih Perabot Sesuai Dengan Konsep
Konsep hiasan dalaman untuk sesebuah ruang adalah sangat penting sebelum anda memilih perabot. Tidak dapat dinafikan, dengan memilih konsep terlebih dulu memudahkan kita untuk menentukan perabot yang manakah paling sesuai dengan konsep yang kita bawa. Contoh konsep yang boleh menjadi pilihan anda termasuk lah konsep moden, tradisional, alam semula jadi, kontemporari,minimalis dan banyak lagi. 
Nota : Perabot moden tidak sesuai dengan konsep tradisional.

02. Ukur Perabot Mengikut Keluasan Rumah
Sebelum membeli perabot, kita juga perlu mengambil kira saiz ruang. Seeloknya sebelum ke kedai perabot, kita boleh mengambil ukuran ruang. Setelah mendapat ukuran, boleh lah ke kedai perabot yang berdekatan.Jangan lupa pula untuk ukur perabot sesuai dengan saiz ruang kita tadi. Cuba tanya dengan tauke kedai perabot tadi, ada ke pita ukur untuk anda guna. Biasanya pita ukur ada disediakan di kedai-kedai perabot.




03. Jenis dan Kualiti Kayu
Sebagai pengguna, kita berhak untuk tahu kualiti sesuatu product begitu juga dengan perabot. Penting untuk kita tanya material yang digunakan untuk buat perabot tersebut. Contohnya jenis kayu, ini menentukan jangka hayat perabot. Elakkan membeli perabot yang dibuat dari habuk kayu. Memang tak dinafikan ianya murah, tapi bagaimana dengan kualiti produk?.

04. Berkaki Lebih Baik
Fikirkan fungsi perabot dalam aktiviti harian kita. Pemilihan perabot yang berkaki adalah lebih baik kerana memudahkan kerja kita untuk membersihkan habuk terutamanya di lantai. Selain itu juga, perabot yang berkaki lebuh mudah untuk dialih atau diangkat berbanding dengan perabot yang tidak berkaki.

5. Warna
Warna juga memainkan pesanan yang cukup penting dalam pemilihan perabot rumah. Cuba padankan warna perabot dengan lain-lain warna dalam ruang . Pemilihan warna perabot yang tidak sesuai akan mencacatkan lagi suasana dalam ruang itu sendiri.




6. Harga Mengikut Bajet
Dengan ekonomi sekarang, kita perlu hati-hati berbelanja. Jika boleh, kaji dulu harga yang sesuai dengan poket anda. Jika mampu keluarkan bajet lebih sedikit, boleh pilih perabot yang berkualiti yang taman untuk jangka masa yang lama.

7. Kos penghantaran
Kos penghantaran juga perlu diambil kira sebelum membeli perabot. Kadang-kadang ada kedai perabot yang kenakan  caj ekstra untuk kos penghantaran. Cuba pilih kedai perabot yang menawarkan kos penghantaran percuma.



2 comments:

  1. Thanks a lot for the opportunity to read such interesting information! Hochtechnologien haben ihren Weg in unser Leben ziemlich fest gemacht..
    Our Other and in next Other next Other 2 Other Thanks!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete