ALAT LATIHAN SENAMAN | MOVERS AND PACKERS MALAYSIA | MOVERS PEMINDAHAN ALATAN SENAMAN


Alatan latihan senaman atau ‘Exercise Machine’ merujuk kepada peralatan yang diguna pakai dalam melakukan senaman atau latihan fizikal. Fungsi utama alatan ini adalah memberi tekanan (resistance) kepada badan untuk menerima rintangan berdasarkan bebanan yang sesuai dalam menjalani latihan fizikal. Setiap peralatan adalah direka khas untuk kesesuaian sesuatu aktiviti latihan fizikal dan boleh dilaraskan bebanan mengikut kesesuaian pengguna. Beberapa alatan senaman yang sering kita lihat di televisyen atau pusat kecergasan (gimnasium) merupakan alatan latihan kecergasan dan alatan latihan bebanan. Alat-alat ini berbeza penggunaannya sama ada untuk di rumah atau di gimnasium.


  1. Alatan Latihan Kecergasan (Fitness Training Machine)
Alatan Latihan kecergasan atau lebih dikenali sebagai alatan kardio direka khas untuk memberi tekanan dalam bentuk pergerakan yang berulang-ulang dan menggunakan sistem jarak dan masa. Alatan Latihan Kecergasan lebih memberi impak kepada sistem kardiovaskular atau sistem pernafasan. Direka khas untuk berfungsi mengikut pergerakan asas manusia. Antara contoh alatan kardio yang sering kita lihat adalah seperti Treadmill, Basikal atau Bike (Recumbent, Upright, Spinning) dan Elliptical (cross trainer).

Treadmill secara umumnya digunakan untuk berjalan atau berlari setempat seara statik.
Cadangan pengunaan :
o    Tempoh latihan 10 minit- 30 minit (bergantung tahap keupayaan individu)
o    Larian sederhana laju (6-7 km/h)
o    Tiga hingga empat kali seminggu
o    Pengguna yang mempunyai masalah lutut tidak digalakkan berlari mengunakan treadmill.



Recumbent bike merupakan basikal statik dan disokong oleh pelapik belakang.

Cadangan pengunaan :
o    Tempoh latihan 25 minit- 40 minit
o    Kayuhan sederhana laju (10-12 km/h)
o    Tiga hingga empat kali seminggu



Upright bike merupakan basikal statik.
Cadangan pengunaan :
o    Tempoh latihan 25 minit- 40 minit
o    Kayuhan sederhana laju (10-12 km/h)
o    Tiga hingga empat kali seminggu



Spinning  bike merupakan basikal statik (manual)
Cadangan pengunaan :
o    Tempoh latihan 25 minit- 40 minit
o    Kayuhan sederhana laju, pemberat flywheel35%-45%
o    Dua hingga tiga kali seminggu



Cross Trainer/Elliptical merupakan alatan kecergasan statik yang menggabungkan pergerakan menyerupai pengguna mendaki anak tangga, berjalan dan berlari tanpa memberi tekanan yang tinggi pada sendi.
Cadangan pengunaan :
o    Tempoh latihan 25 minit- 40 minit
o    Kayuhan sederhana laju (5 – 6 kmh)
o    Tiga hingga empat kali seminggu



3.    Alatan Latihan Bebanan (Strength Resistance Training Machine)
Alatan Bebanan atau Strength Machine lebih memberi tekanan bebanan kepada pengguna melalui ‘stack’ pemberat yang boleh dilaras mengikut kesesuaian pengguna. Menggunakan sistem ukuran berat (kg/lbs) sebagai indikasi latihan bebanan. Menggunakan konsep daya tarikan pengguna menarik pemberat stack melawan graviti. Kebanyakan alatan latihan bebanan menggunakan pin untuk mengunci pemberat ‘stack’ mengikut keperluan, namun terdapat alatan juga yang menggunakan plat pemberat (Weight Plate Loaded Machine). Secara umumnya, ia terbahagi kepada dua kategori iaitu Single Station dan Multi Station.


Multi station adalah alatan latihan bebanan yang terdiri daripada gabungan beberapa alat single station dan memerlukan ruang latihan yang besar serta boleh menampung sehingga lima  hingga enam pengguna dalam satu masa. Menggunakan pemberat ’stack’ sebagai bahan bebanan.
Cadangan pengunaan :
o    Kekerapan latihan 15 – 20 ulangan x 3 atau 4 set
o    Fasa : sederhana berat
o    Tiga kali seminggu


Single Station Strength Machine merupakan alatan latihan bebanan yang khusus direka berdasarkan pergerakan otot – otot besar yang khusus. Setiap satu alat ini hanya mensasarkan satu pergerakan otot besar tertentu sahaja.
Cadangan pengunaan :
o    Kekerapan latihan 15 – 20 ulangan x 3 atau 4 set
o    Fasa : sederhana berat
o    Tiga kali seminggu


Weight Plate Loaded Machine menggunakan plat pemberat yang dimasukkan ke ruangan bar     pada setiap bahagian.
Cadangan pengunaan :
o    Kekerapan latihan 15 – 20 ulangan x 3 atau 4 set
o    Fasa : sederhana berat
o    Tiga kali seminggu



Sekiranya dirumah anda terdapat alatan senaman ini, bayangkan macam mana anda ingin memastikan pindah semua alatan senaman anda dibawa dengan selamat.  Untuk mengangkatnya semestinya kita memerlukan tenaga kerja yang ramai. Ini adalah kerana muatannya yang terlalu berat. Selain  daripada itu, anda juga boleh membuka peralatan tersebut tetapi anda memrlukan perlatan dan pekerja yang mempunyai kemahiran dengan alatan senaman. Mesti peningkan, jangan risau pindah rumah dengan Am Pro Movers semua barangan anda akan selamat dibawa termasuklah alatan senaman anda. Dibawah adalah antara alatan senaman yang pernah kami pindahkan.














.
.

Kredit to myhealth online
Bahagian pendidikan kesihatan 


Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan lori dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang tertera di bawah:-




BENEFICIAL, PREFERRED, TRUSTED

[JOB DONE] PINDAH RUMAH SUBANG | PINDAH RUMAH CYBERJAYA | PINDAHKAN BARANG BESAR-BESAR DAN GABAK-GABAK

[JOB DONE] SUBANG - CYBERJAYA

Pindah rumah jika melibatkan barang-barang yang bersaiz besar agak merumitkan. Ini adalah kerana barang-barang yang bersaiz besar sudah semestinya memerlukan tenaga kerja yang ramai. Sebelum pindah rumah perancangan terlebih awal adalah amat digalakkan. Sekiranya anda merancang untuk pindah rumah anda disarankan untuk membuat checklist terlebih dahulu. Ini adalah untuk memastikan bahawa anda tidak tertinggal sesuatu yang penting.

https://www.facebook.com/apmt.com.my/?ref=aymt_homepage_panel&eid=ARA6kG1fCiBoraBLgCTw9OzO3EljbAgnVOQg-4lswREJukpnCOKvolCQfk74wUdSnmaA038wQu195EI_
Proses menbungkus tilam


Berlainan pula dengan Tuan Razlee, beliau telah suka melihat hasil kerja berdasarkan pengalaman kawan-kwan atau sanak saudara yang mempunyai pengalaman pindah rumah. Untuk pindah rumah Tuan Razlee, beliau telah memilih Am Pro Movers Transpoatation setelah beliau melihat pengalaman pindah rumah adik beliau. Beliau tanpa berfikir panjang telah mengambil keputusan untuk menggunakan servis dari Am Pro Movers Transportation. Untuk pindah rumah beliau, beliau telah mengambil pakej Premium Movers and Packers. Kerana beliau tidak sempat untuk mengemas segala peralatan rumah beliau.

https://www.facebook.com/apmt.com.my/?ref=aymt_homepage_panel&eid=ARA6kG1fCiBoraBLgCTw9OzO3EljbAgnVOQg-4lswREJukpnCOKvolCQfk74wUdSnmaA038wQu195EI_
Proses membuka peralatan bebanan

Tuan Razlee akan berpindah dari Subang Jaya ke Cyberjaya. Namun begitu, Tuan Razlee juga mempunyai satu lagi rumah yang terletak berhampiran dengan rumah beliau dia subang jaya.  Beliau berhasrat untuk memindahkan barangan dirumah tersebut ke Cyberjaya juga. Oleh itu, kami telah mengatur strategi menyiapkan kerja-kerja dirumah beliau di subang jaya terlebih dahulu dan akan terus menghartarnya ke rumah baru cyberjaya. Pada keesokkan harinya kami akan lebih menumpukan rumah beliau yang lagi satu dan akan terus menghantarnya ke rumah baru. Disana nanti kami akan menyusun barangan  dan unpack kesemua barangan rumah beliau.


https://www.facebook.com/apmt.com.my/?ref=aymt_homepage_panel&eid=ARA6kG1fCiBoraBLgCTw9OzO3EljbAgnVOQg-4lswREJukpnCOKvolCQfk74wUdSnmaA038wQu195EI_
Menyusun semula perabot diruma baru


Semasa pindah rumah beliau, team Am Pro Movers telah bergerak ke rumah beliau dari pukul 7.30 pagi. Ini adalah untuk memastikan kami sampai di rumah beliau lebih awal. Rumah beliau adalah jenis rumah kondominum. Untuk anda yang dah biasa dengan rumah kondo semestinya anda tahu. Pihak kontrak tidak dibenarkan berada di kawasan kondominium selepas pukul 5.00 petang. Oleh itu, masa amat penting kami perlu menyiapkan proses mengemas, membalut, mengangkat siap semuanya sebelum pukul 5.00 petang. Untuk pindah rumah Tuan Razlee kami memerlukan 6 roll strech film / plastik boleh regang , 20 biji kota, bubble wrap 50 meter, corrugated paper 50 meter, cordless untuk buka dan pasang semula perabot seperti katil dan juga almari. Namun begitu kami juga menyediakan kotak terpakai untuk menyimpan barangan rumah beliau. 

https://www.facebook.com/apmt.com.my/?ref=aymt_homepage_panel&eid=ARA6kG1fCiBoraBLgCTw9OzO3EljbAgnVOQg-4lswREJukpnCOKvolCQfk74wUdSnmaA038wQu195EI_
Unloading di Cyberjaya

Semasa pindah rumah beliau kami telah menghantar seramai 4 orang krew movers terdiri dari seorang ketua dan 3 orang krew. Mereka telah ditugaskan mengikut kemahiran masing-masing. Seorang krew telah ditugaskan untuk mengemas barang yang terdapat dibahagian dapur. Krew dibahagian dapur biasanya akan mengemas atau packing kesemua peralatan yang terdapat didapur seperti pinggan mangkuk, sudu, garpu, makanan kering yang akan dibawa. Kesemua barangan tersebut akan diletakkan didalam kotak dan disusan dengan cara yang betul untuk memastikan tidak barang yang pecah atau rosak. Di rumah tersebut juga terdapat peti ais, ketuhar elekrik dan pelbagai lagi barangan elektrik. Barangan tersebut akan dibalut menggunakan strech film, namun begitu, sebelum dibalut barang tersebut juga akan di lap terlebih dahulu. Untuk perslstsn seperti peti ais dan jua mesin basuh, kami akan memberikan extra perlindungan. Kami akan membalutnya dengan strech film terlebih dahulu, diikiuti dengan bubble wrap dan lapisan terakhir akan dibalut menggunakan corrugated paper.

https://www.facebook.com/apmt.com.my/?ref=aymt_homepage_panel&eid=ARA6kG1fCiBoraBLgCTw9OzO3EljbAgnVOQg-4lswREJukpnCOKvolCQfk74wUdSnmaA038wQu195EI_
Unpacking di rumah cyberjaya


Untuk perabot yang bersaiz besar juga kami membalutnya menggunakan bubble wrap dan juga wrapping. Ini adalah untuk melindungi perabot anda semasa proses penghantaran. Setelah kesemua barang yang dah siap dilbalut dan dikemas, akan terus dibawa turun dan disusun di dalam lori. Dengan penglibatan seramai 4 orang crew mover, rumah Tuan Razlee di Subang telah berjaya dikemaskan. Dalam pukul 3.00 petang team Am Pro Movers telah bertolak ke rumah baru Tuan Razlee yang berada di cyberjaya. Di Cyberjaya rumah adalah jenis rumah banglo dan ini amat memudahkan urusan menurunkan barang-barang. Hampir 3 jam sahaja kami mengambil masa untuk menurunkan barangan tersebut. Disana kami akan membuka dan menyusun semula barangan tersebut mengikut permintaan customer.

Pada keesokan harinya, team krew Am Pro Movers akan memindahkan pula barang-barang yang terdapat dirumah beliau yang satu lagi. Dirumah tersebut hanya terdapat barang-barang untuk senaman sahaja seperti alatan latihan bebanan dan juga alat latihan kecergasan. Barang ini perlu dibuka dan dipasang semula dirumah baru tersebut. Kami berjaya megeluarkan dan menghantar barangan tersebut dalam masa 5 jam sahaja.

Akhirnya dalam masa 2 hari team Am Pro Movers berjaya memindahkan barangan Tuan Razlee dari dua rumah ke rumah barunya di Cyberjaya. Tuan Razlee amat gembira kerana berjaya membantu memudahkan urusan pindah rumah beliau ini. Alhamdulillah kami dapat memberikan wajah cerai kepada Tuan Razlee.

https://www.facebook.com/apmt.com.my/?ref=aymt_homepage_panel&eid=ARA6kG1fCiBoraBLgCTw9OzO3EljbAgnVOQg-4lswREJukpnCOKvolCQfk74wUdSnmaA038wQu195EI_


https://www.facebook.com/apmt.com.my/?ref=aymt_homepage_panel&eid=ARA6kG1fCiBoraBLgCTw9OzO3EljbAgnVOQg-4lswREJukpnCOKvolCQfk74wUdSnmaA038wQu195EI_



Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan lori dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang tertera di bawah:-



"BENEFICIAL, PREFERRED, TRUSTED"

MOVERS SELANGOR | NAK MASUK RUMAH BARU CARA ISLAM

Pindah rumah bukan perkara biasa , banyak perkara yang perlu dititik beratkan. Antara perkara yang boleh buat, lori untuk pindah rumah, macam mana nak kemas, cara nak masuk rumah baru, nak buat bacaan doa selamat (bagi orang islam sahaja).
Disaat anda melangkah masuk ke rumah baru, mesti akan terdetik perasaan bangga atau sedih kerana ini adalah hasil titik peluh anda selama ini.  Tetapi tahukan anda bila melangkah masuk ke rumah baru bukan sahaja cuci dan bersihkan rumah je yang perlu. Banyak lagi perkara yang patut di buat. Ianya bertujuaan untuk menghalau makhluk halus yang mungkin berada di dalam rumah. Ini adalh salah satu cara untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. 

Jadi boleh amalkan 5 cara ajaran islam apabila memasuki rumah baru atau rumah lama di tinggalkan.
1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sebagai Al‐‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.



2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al‐Baqarah.” Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al‐Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.



3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al‐Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al‐Quran.” (hadis riwayat Al‐Baihaqi)



4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al‐Fatihah sebanyak satu kali, surah Al‐Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.



5. Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut‐sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.
Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al‐Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al‐Ikhlas, Al‐Falaq dan Al‐Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan‐lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.




Kredit to Rileklah blog
.
.
Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan lori dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang tertera di bawah:-



BENEFICIAL, PREFERRED, TRUSTED

MASA YANG SESUAI UNTUK PINDAH RUMAH | MOVERS AMPANG | MOVERS AND PACKERS ROFESIONAL AMPANG

[ MASA PINDAH RUMAH ]
.
.
Bagi Kakak-Kakak, Abang-Abang Yang Merancang Untuk Pindah Rumah. Antara Masa Yang Sesuai Untuk Pindah Rumah Adalah:
.
.
Hujung Minggu (Sabtu / Ahad)

-Antara waktu yang sesuai untuk pindah rumah adalah pada hari sabtu atau ahad. Ketika ini anda akan berada dirumah dan boleh membuat pemantauan. Jika anda mempunyai anak atau saudara mara terdekat, mereka juga boleh membantu secara gotong royong.

Hujung minggu antara sabtu dan ahad akan menjadi pilihan untuk pindah rumah. Selain dari keluar, anda boleh menggunakan menghabiskan masa bersama keluarga untuk mengemas segala barangan rumah sebelum hari pindah rumah nanti.


.
Cuti Umum (Public Holiday)

-Selain meluangkan masa bersama keluarga, pada hari cuti umum juga menjadi pilihan untuk pindah rumah. Selain balik kampung , bercuti atau berjalan anda juga boleh memililh hari pindah rumah anda pada hari cuti umum. Tetapi untuk anda yang tinggal di rumah jenis kondominium atau apartment yang mempunyai management, hari cuti umum lori tidak dibernakkan untuk memasuki kawasan kediaman. Oleh itu, terpaksalah anda pindah rumah pada hari bekerja.



-Cuti Sekolah

Selain itu, cuti sekolah juga menjadi pilihan untuk pindah rumah kerana ketika inilah anak-anak berada dirumah dan boleh membantu ibu bapa mengemas rumah.



.
-Hari Bekerja

Selain pada hari cuti juga menjadi pilihan untuk pindah rumah, terutamanya bagi mereka yang tinggal kawasan apartment dan kondominium. Ini adalah kerana terdapat halangan dari pihak pengurusan bangunan sekiranya berpindah pada hari cuti.

.
.
Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan lori dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang tertera di bawah:-




"BENEFICIAL, PREFERRED, TRUSTED"

10 PERKARA WAJIB SEBELUM SEWAKAN RUMAH | MOVERS AND PACKERS SEMENAJUNG MALAYSIA | PENYEWA DARI NERAKA

Sekarang ramai orang bercita-cita untuk mempunyai rumah sendiri. Dan tidak lupa juga orang yang terpaksa menyewa kerana masih tidak mempunyai rumah sendiri. Dan pemilik rumah boleh menambah pendapatan melalui hasil sewaan rumah. Namun begitu, bukan senang untuk pemilik rumah menangani pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi akibat daripada sikap penyewa yang tidak bertanggungjawab.  Namun begitu, tidak semua penyewa mempunyai sifat begitu.


Antara masalah yang sering dilakukan oleh penyewa adalah sewa rumah tertunggak berbulan-bulan, rumah rosak, tunggakan bil air dan elektrik tapi penyewa telah lari. Semuanya sudah semestinya akan ditanggung sepenuhnya pemilik rumah. Oleh itu, sebelum menyewakan rumah, pemilik rumah juga akan ambil mudah semasa proses memilih penyewa. Jangan asalkan ada penyewa sahaja. Salah memilih penyewa, pemilik yang akan menanggung bebanannya.




10 PERKARA WAJIB ANDA PERLU LAKUKAN UNTUK ELAK DARI PENYEWA NERAKA


1. Memilih penyewa ibarat majikan memilih pekerja. Semasa iklan mencari penyewa sertakan juga ciri-ciri penyewa yang anda kehendaki seperti jujur, pembersih, tiada rekod jenayah, menepati masa dan mempunyai pekerjaan yang tetap. 



2. Pastikan anda mengetahui pekerjaan penyewa. Lebih bagus, sekiranya anda mempunyai alamat tempat kerja, bukan bertujuan untuk menjadi tuan rumah yang cerewet tetapi ini adalah langkat berjaga-jaga bagi melindungi rumah yang bakal disewa. Perlu ada perasaan sangsi dengan penyewa. Contohnya, bakal penyewa memberitahu bekerja sebagai pegawai bank tetapi kad pekerja dirahsiakan.



3. Sediakan borang yang perlu diisi seperti kita pergi interview. Melalui maklumat peribadi bakal penyewa ini, tuan rumah juga boleh membuat proses penapisan sebelum menyerahkan kunci kepada penyewa. Selain itu, melalui borang tersebut, kita juga mempunyai maklumat tempat kerja, majikan dan juga pendapatan bakal penyewa. Melalui ini juga tuan rumah boleh tahu samada penyewa mampu atau tidak untuk membayar sewa berdasarkan pendapatan tersebut.



4. Pekerjaan yang dianggap berisiko bagi bank juga akan dianggap berisiko bagi bagi tuan rumah. Ini adalah kemungkinan pendapatan yang tidak menentu. 



5. Sebagai tuan rumah , anda perlu memastikan perjanjian penyewaan adalah komprehensif  bagi melindungi tuan rumah dan hendaklah dimantikan setem



6. Pastikan penyewa membayar deposit seperti yang dinyatakan dan memberikan bukti pembayaran sebelum anda menyerakan kunci rumah kepada penyewa



7. Ambil gambar rumah sebelum penyewa masuk ke dalam rumah. Ini boleh dijadikan bukti sekiranya terdapat sebarang kerosakan di dalam rumah akibat dari kecuaian penyewa.



8. Perkara seterusnya adalah tuan rumah perlu membuat penerangan terlebih dahulu kepada pihak penyewa apa perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa tinggal di dalam rumah tersebut



9. Apabila semua perkara diatas telah dilakukan , seterusnya berdoalah semua anda diberikan rezeki yang melimpah dan juga berdoa supaya penyewa juga dimudahkan pintu rezeki dan boleh membayar sewa on time



10. Apabila dah buat semua perkara diatasa, kadang-kadang boleh terkena jugak. Dah check semua benda, bisness semua ok, rupanya penyewa ada bisness jual tepung secara sambilan. Jadi terpaksa la rumah diseal dan bersedialah untuk dipanggil polis.


Kredit to: Impiana Blog


Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan lori dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang tertera di bawah:-




BENEFICIAL, PREFERRED, TRUSTED