LANGKAH KESELAMATAN KETIKA MENGANGKAT BARANG BERAT/KOTAK
Untuk mengangkat barang yang berat/kotak kita perlu menggunakan langkah-langkah yang betul. Langkah keselamatan yang betul perlulah diambil untuk mengelakkan sebarang kecederaan atau kemalangan.
Dalam aktiviti pindah rumah langkah keselamatan amat penting. Kita semestinya tahu, semasa pindah rumah kesemua barangan dan pekakas rumah yang kecil atau besar, ringan atau berat, semuanya perlu di pindahkan. Terdapat sesetengah rumah yang mempunyai perabot yang yang diperbuat daripada kayu jati, barangan ini sememangnya mempunyai bebanan yang sangat besar.
Antara langkah keselamatan yang anda perlu ambil adalah:-
1) Pemakaian kasut
Pemakaian kasut amatlah penting untuk mengelakkan sebarang kecederaan terhadap kaki anda. Kita hendaklah mengenakan pemakain kasut yang stabil dan selesa dan bukannya selipar atau sandal.
2) Mendapatkan bantuan
Sekiranya barang yang hendak diangkat adalah terlalu berat, anda perlu mendapatkan bantuan daripada orang lain. Elakkan daripada mengangkat barang berat secara berseorangan.
3) Menggunakan peralatan lain
Sekiranya barangan anda terlalu berat, anda perlu menggunakan peralatan lain untuk mengalihkannya. Antara peralatan lain yang boleh digunakan adalah troli. Terdapat pelbagai jenis troli dan juga kegunaannya.
Langkah yang betul untuk mengangkat kotak:-
-Bengkokkan kaki dan berikan tumpuan pada tengah badan dan otot
-Dekatkan jarak badan dengan kotak yang hendak diangkat
-Kedua-dua tangan mestilah memegang sisi kotak dan mestilah diangkat secara perlahan-lahan.
-Kotak mestilah diangkat searas dengan perut dan badan mestilah tegak serta menghala ke tempat yang di tuju.
Langkah yang salah untuk mengangkat barang:-
-Memusingkan pinggang ketika membawa barang berat
-Mengankat barang secara cepat dan mendadak
-Mengangkat kotak melebihi paras dada
-Memakai kasut tumit tinggi
Kesan mengangkat barang yang salah:-
Cara mengangkat barang yang salah akan memberikan kesan yang negatif kepada kita. Antaranya adalah menyebabkan pinggang kita lenguh atau gangguan ligament serta tulang belakang.
Untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan anda boleh menghubungi kami melalui:-
Whatsapp:
Instagram:
Facebook:
Website: