(DONE) PIANO MOVER | PIANO MOVER AMPANG | PAKAR PINDAH RUMAH ANDA


MOVERS PIANO, tidak semua movers akan menyediakan khidmat memindahkan piano. Ini adalah piano merupakan diantara alat muzik yang mempunyai high value. Jadi piano mover memerlukan mover yang berpengalaman dari segi mengendali dan juga kelengkapan.  Piano adalah sejenis alat muzik yang di gunakan untuk hiburan. Tidak semua dalam kalangan kita akan mempunyai piano. 



       Kami mendapat booking dari Tuan Shah, untuk memindahkan piano beliau. Beliau telah memilih kami sebagai medium pindah rumah dan piano beliau setelah melihat page AM PRO MOVERS TRANSPORTATION di  https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/. Beliau yakin dengan team kami setelah melihat proses kerja melalui beberapa gambar yang dikongsikan melalui page kami. Setelah mendapat panggilan daripada beliau. Kami bercadang untuk site rumah beliau. Kami ingin melihat sendiri keadaan rumah dan piano beliau. Seperti yang di janjikan kami berjaya sampai ke rumah beliau. Setelah hampir 2 jam perbincangan diantara team AM PRO MOVERS dan beliau, beliau telah bersetuju untuk memilih special wrapping package. Kami akan memberikan special wrapping untuk piano dan juga perabot/pekakas rumah beliau. Untuk pindah rumah belia juga akan menggunakan sepcial wrapping package.



       Untuk pemindahan piano beliau team AM PRO MOVERS akan membuat special wrapping. Ini adalah kerana sifat piano yang di berbuat dari kayu. Ini adalah untuk mengelakkan kesan calar atau sebarang kerosakan semasa proses perpindahan nanti. Untuk special wrapping piano team AM PRO MOVERS akan menggunakan strech film, bubble wrap dan juga corrugated paper. Semua peralatan tersebut akan digunakan untuk membalut piano. Balutan yang tebal untuk melindungi permukaan piano dari sebarang pelanggaran semasa dalam perjalanan ke rumah baru. Untuk proses menghantar piano kami akan menggunakan lori hydraulic tailgate. Ini adalah kerana berat piano yang hampir mencecah kepada 200 kg, adalah lebih baik menggunakan hydraulic tailgate untuk tujuan mengangkat piano ke dalam lori. 




     Seperti yang dijanjikan, tibalah hari pindah rumah beliau. Team AM PRO MOVERS telah sampai tepat pada masanya. Kami juga telah membawa peralatan yang lengkap untuk pindah piano beliau. Rumah beliau adalah rumah teres dua tingkat, jadi ini akan lebih menyenangkan team kami untuk memindahkan piano. Untuk proses membalut piano, team AM PRO MOVERS akan mengenakan beberapa lapisan balutan yang berbeza. Untuk lapisan pertama pada permukaan piano, team AM PRO MOVERS menggunakan strech film atau pembalut plastik mudah regang untuk mengelakkan dari tercalar, kotor dan juga berhabuk. Tetapi harus diingat pembalut plastic boleh memerangkap kelembapan yang boleh merosakkan perabot/kayu. Oleh itu, kita disarankan agar memastikan perabot dalam keadaan betut-betul kering sebelum dibalut.  Untuk lapisan kedua team AM PRO MOVERS menggunakan bubble wrap (pembungkus gelembung) dan diikuti lapisan ketiga iaitu menggunakan corrugated paper . Pembungkus gelembung digunakan untuk barang yang mudah pecah dan ianya boleh mengisi ruang kosong disekeliling barang untuk mengelakkan barang pecah semasa transit. Untuk lapisan keempat atau terakhir, kami mengunakan strech film untuk membalut keseluruhan piano. Hampir satu jam proses membalut piano dapat diselesaikan. Seterusnya adalah proses mengangkat piano ke lori dan seterusnya di hantar ke rumah baru Tuan Shah.




       Akhirnya, proses memindahkan piano Tuan Shah berjaya dilakukan tanpa kesan calar balar yang ditinggalkan. Belaiu juga amat berpuas hati dengan bantuan dari team AM PRO MOVERS. Terserlah wajah kegembiraan di riak wajah beliau. Kami juga amat berbesar hati dan gembira dengan layanan dari beliau semasa proses pindah rumah beliau. Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Jangan risau kami akan buat yang terbaik untuk membantu pindah rumah anda.