TIPS PINDAH RUMAH 6.0 | BILA DAH UPAH MOVERS, PERLU KE TUAN RUMAH MENGEMAS JUGA??? | MOVERS MALAYSIA | PINDAH RUMAH MALAYSIA |

TIPS PINDAH RUMAH 6.0

BILA DAH UPAH MOVERS, PERLU KE TUAN RUMAH MENGEMAS JUGA???


Senantiasa berlaku persoalan di dalam fikiran team kami di mana apabila mereka perlu mengemas barangan anda tetapi tidak termaktub dalam sebut harga untuk mereka membantu anda mengemas. Di sini, ingin saya jelaskan, untuk anda yang mengambil FULL PACKING sahaja yang akan boleh goyang kaki dan tidak membantu langsung dalam perpindahan anda sendiri. Team Kami akan bantu anda bagi mengemas keseluruhan barangan anda. Akan tetapi. sebagai seorang tuan rumah yang prihatin dan menjaga barangan sendiri, anda digalakkan untuk turut serta menguruskan barangan anda juga.

Bukan membantu untuk mengemas tetapi lebih kepada membantu mengarahkan barangan mana yang hendak disimpan dan barangan mana yang dibawa ke rumah baru. Saya juga ada berkongsi tips di mana tuan rumah perlu menyimpan dokumen peribadi dan barangan-barangan berharga di tempat yang sesuai dan di mana hanya tuan rumah sahaja yang tahu. Ingat, simpan barangan anda di tempat yang selamat sebelum dan selepas pindah rumah.


Tapi bagi mereka yang menggunakan pakej basic iaitu mengambil movers untuk membantu anda loading/unloading, anda sendiri perlu mengemas barangan anda sehingga selesai. Selalu berlaku salah faham dimana para pelangggan kami tidak habis mengemas ataupun menunggu kami datang untuk membantu mereka melakukan kerja-kerja perpindahan. Ada juga pelanggan yang tidak memulakan langsung proses mengemas sehinggalah kami datang untuk loading/unloading. Team kami terpaksa menunggu pelanggan kami habis mengemas dan barulah mereka akan memulakan proses pemunggahan.


Perkara-perkara seperti ini la yang akan melambatkan proses perpindahan anda. Pastikan anda siap mengemas jika anda tidak menggunakan pakej FULL PACKING ataupun pakej yang tidak memerlukan anda untuk packing. Bukan apa, ianya akan melambatkan proses perpindahan anda dan menjadikan tempoh perpindahan dari satu hari kepada mungkin lebih dari sehari atau pun ianya mungkin memakan masa sehingga pagi.

Okay sekian terima kasih.

-Luahan Hati Seorang  Movers-

.
.
Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION.  Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-

AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS

JOB DONE: ADVANCED PACKING UNTUK LOOSE ITEMS SAHAJA | MOVERS MALAYSIA | MOVERS SELANGOR | MOVERS SHAH ALAM | MOVERS PUTRAJAYA | MOVERS CYBERJAYA | MOVERS PETALING JAYA

JOB DONE: ADVANCED PACKING UNTUK LOOSE ITEMS SAHAJA



PETALING JAYA ----> TELUK PANGLIMA GARANG


Dengan sarat mengandung anak kedua, Puan Ameira perlu menyelesaikan urusan perpindahan beliau sekeluarga memandangkan beliau hendak menyelesaikan semuanya dan selamat melahirkan cahaya mata kedua di tempat baru iaitu Teluk Panglima Garang. Beliau dan suami sangat sibuk dan untuk menguruskan kesemua barang memang memerlukan tenaga kerja yang ramai. Walaupun mempunyai pembantu rumah, tenaga kerja untuk menguruskan satu rumah pasti tidak mampu diuruskan oleh satu kudrat sahaja.

Puan Ameira dan suami bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan Am Pro Movers memandangkan barangan loose seperti pakaian dan pinggan mangkuk sangat banyak dan perlu diuruskan dengan teliti. Bekalan makanan yang boleh dibawa akan dibawa ke rumah baru, baju pula akan diasingkan dimana terdapat pakaian yang akan dihantar ke kampung dan ada yang akan dibawa ke rumah baru. Pinggan mangkuk kaca yang perlu disimpan dengan berhati-hati bagi mengelakkan ianya pecah atau pun sumbing sepanjang perjalanan ke rumah baru. 


Puan Ameira sekeluarga mempunyai almari pakaian yang agak banyak dan pakaian yang boleh dikatakan agak banyak. Hal ini kerana beliau menjual pakaian secara online, makanya simpanan pakaian beliau sangat banyak dan perlu diuruskan dengan teliti. 


Barang-barang besar yang perlu dibawa tidaklah terlalu banyak, cuma almari, katil single, baby court, peti ais dan juga treadmill. Hal ini kerana kebanyakkan barangan sudah dibeli dan sudah sedia di rumah baru. Untuk loose items, kami menyediakan 40 Kotak dan juga 6 Shrink Wrap untuk membalut barangan beliau. selain itu, kami juga menyediakan 30 meter Bubble Wrap bagi membalut pinggan mangkuk dan peti ais beliau. Tenaga kerja yang kami berikan ialah seramai 4 orang, di mana 2 orang memang khas untuk membantu mengemas barangan dapur. dan 2 orang lagi untuk menguruskan barangan di bilik-bilik tidur.



Alhamdulillah semuanya selamat di selesaikan dan movers berakhir pada pukul 12 tengah malam di Teluk Panglima Garang. Satu pengamalan yang amat bermakna untuk team dan Puan Ameira sendiri di mana beliau dapat menyelesaikan pepindahan dalam masa yang dijanjikan. 


.
.
.
Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION.  Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-


AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS

Cara Pertukaran dan Penempatan Murid Sekolah Rendah


Cara Pertukaran dan Penempatan Murid Sekolah Rendah


Bila tiba hujung tahun saja, tentu ramai di kalangan ibu ayah yang berpindah tempat kerja baru atau berpindah ke rumah baru kan? Saya pun tak terkecuali dengan mengambil peluang cuti sekolah hujung tahun untuk berpindah. Pada hemat saya, cuti hujung tahun yang panjang dan anak-anak sudah tamat sesi persekolahan adalah masa yang paling sesuai untuk berpindah rumah dan uruskan hal pertukaran sekolah. 

Ok, actually entri kali ini adalah mengenai cara atau prosedur pertukaran dan penempatan anak ke sekolah baru . Memandangkan ini kali pertama saya perlu uruskan hal tukar sekolah anak sulung, banyak yang saya tak tahu dan perlu cari di internet dan bertanya kawan-kawan. Contohnya, apa dokumen yang perlu dikemukakan ke sekolah lama, dokumen penting yang perlu diserahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) /JPN, dan dokumen yang perlu anda serahkan ke sekolah baru. 

Proses permohonan pertukaran sekolah ini sebenarnya tak adalah rumit sangat. Mungkin macam kes anak saya, dia hanya bertukar ke sekolah di daerah berlainan namun masih dalam negeri Selangor. Jadi, prosesnya berjalan tanpa sebarang masalah dan selesai dalam tempoh seminggu saja. 

Berbalik pada proses awal yang saya lakukan ialah dengan call dahulu sekolah baru yang ingin dipohon untuk bertanya mengenai status kekosongan pelajar. Sebenarnya bila anda ke PPD pun anda boleh check statusnya, cuma saya nak pastikan sama ada sekolah itu ada kenakan syarat lain untuk mendapat tempat belajar di sekolah mereka iaitu seperti perlu menduduki ujian terlebih dahulu dan sebagainya.

Setelah puas hati dengan sekolah yang hendak dipohon, barulah saya pergi ke pejabat sekolah lama untuk mengisi borang permohonan untuk bertukar sekolah [ Borang P.U.(A)275 Jadual Ketiga ]. Selepas dah isi, hantar semula borang ini ke pejabat sekolah lama untuk ditaip semula oleh kerani sekolah. Biasanya hanya ambil masa 2 hari saja untuk kerani menyiapkannya dan mereka akan call anda untuk datang mengambil semula borang ini bersama-sama dengan dokumen lain yang telah disahkan oleh Guru Besar.

4 salinan borang PUA 275 itu tadi perlu diserahkan kepada pihak yang berkenaan (perlu ikut turutan ya) :-

(1) 4 salinan perlu diserahkan kepada PPD untuk pengesahan kelulusan permohonan pertukaran sekolah baru. Satu salinan disimpan oleh PPD.

(2) Satu salinan diserahkan ke sekolah baru.

(3) Satu salinan diserahkan semula ke sekolah lama.

(4) Satu salinan disimpan oleh anda, ibubapa/penjaga.


Di bawah ini saya ringkaskan dokumen yang perlu anda kemukakan kepada 1) pihak sekolah lama, 2) kepada PPD/JPN, dan 3) kepada pihak sekolah baru.

DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN OLEH IBUBAPA/PENJAGA KEPADA PIHAK SEKOLAH LAMA :-

(1) 1 Borang Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Oleh Murid Warganegara [ P.U.(A) 275 Jadual Ketiga ] (diisi ibubapa/penjaga)
(2) 1 Salinan surat beranak
(3) 1 Salinan IC ibubapa/penjaga
(4) 1 Salinan surat nikah
(5) 1 Surat hak jaga anak (kes cerai)
(6) 1 Surat anak angkat (jika anak angkat)
(7) 1 Bil air/letrik/cukai pintu (sah alamat terkini)

DOKUMEN YANG PIHAK SEKOLAH PROSES DAN DIKEMUKAKAN OLEH IBUBAPA/PENJAGA KEPADA PPD/JPN :-

(1) 4 Salinan Borang P.U.(A) 275 Jadual Ketiga (diisi pihak sekolah lama)
dan semua salinan (2) ,(3), (4) ,(5) ,(6), dan (7) seperti di atas yang telah disahkan oleh Guru Besar sekolah lama.

DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN OLEH IBUBAPA/PENJAGA KEPADA PIHAK SEKOLAH BARU :-

(1) 1 Salinan Borang P.U.(A) 275 Jadual Ketiga (diluluskan oleh PPD/JPN)

(2) Fail Peribadi Murid yang mengandungi :-
   - Salinan Keputusan Peperiksaan Terakhir
   - Buku Rekod Profil Pentaksiran Sekolah
   - Buku Rekod Kesihatan Murid
   - Kad Rawatan Perkhidmatan Pergigian
   - Buku Rekod Pencapaian Murid Program j-Qaf
   - Sijil-sijil Pengiktirafan 

(3) Semua salinan (2),(3),(4),(5),(6) dan (7) seperti di atas yang telah disahkan oleh Guru Besar sekolah lama.

Selepas memastikan semua dokumen sudah lengkap, barulah anda boleh ke sekolah baru untuk urusan pendaftaran anak. Urusan ini perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari dari tarikh diluluskan permohonan oleh PPD/JPN. Tidak boleh daftarkan terlalu awal memandangkan tarikh anak sulung mula daftar sekolah baru adalah pada hari pertama persekolahan tahun hadapan, iaitu 2 Jan 2018. Jadi, saya dan suami ambil keputusan untuk hadir ke sekolah baru pada 19 Dis 2017 untuk buat pendaftaran dan penempatan kelas. .

Di sekolah, kerani akan suruh anda isi borang maklumat anak, ibubapa/penjaga, dan berapa tanggungan keluarga. Mereka juga akan meneliti keputusan peperiksaan anak dan anda akan dapat tahu kelas anak anda pada masa itu juga. Alhamdulillah, syukur anak saya ditempatkan di kelas yang baik untuk darjah 2 tahun depan. 

Baiklah, akhir sekali nasihat dari saya, buatlah persediaan awal dan lengkapkan dokumen terlebih dahulu sebelum hantar ke PPD dan sekolah untuk pengesahan supaya anda tak perlu berulang-alik kerana tertinggal dokumen penting. Harap entri ini dapat membantu ibu ayah di luar sana yang tengah pening nak uruskan hal pertukaran sekolah rendah anak anda. Semoga Allah permudahkan segala urusan kalian hendaknya. Aamiin.


Credit To: 
 Aretie Alias 

MASIH INGAT TIPS PEMILIHAN MOVERS? HARI NI KITA AKAN SAMBUNG LAGI DENGAN LEBIH BANYAK TIPS DAN CARA-CARA MEMILIH MOVERS

MASIH INGAT TIPS PEMILIHAN MOVERS? HARI NI KITA AKAN SAMBUNG LAGI DENGAN LEBIH BANYAK TIPS DAN CARA-CARA MEMILIH MOVERS.

Seperti yang anda sedia maklum, pemilihan movers hendaklah dilakukan dengan betul dan kita sendiri yakin dengan syarikat movers tersebut. Anda boleh review dan bandingkan sendiri movers dengan melihat pada kualiti dan hasil kerja mereka.

Sooo hari ni saya akan sambung TIPS PEMILIHAN MOVERS. Jom kita mulakan!

1. Dapatkan Nasihat Dari Movers

Seorang penganggar yang datang ke rumah anda atau yang berurusan secara atas talian seperti whatsapp, perlu melakukan estimation dengan teliti, bukan dengan cepat dan tergesa-gesa mengeluarkan sebut harga/quotation. Penganggar yang baik adalah apabila meraka bertanya kepada anda barang-barang yang akan dibawa ke rumah baru dan juga memerhatikan keseluruhan barang dengan penuh teliti bagi memastikan barangan anda dilindungi dan muat dibawa ke dalam lori yang disediakan.

Oleh itu, anda sebagai tuan rumah, perlu memastikan barangan yang akan dibawa dan dibuang. Kenalpasti barangan anda dan boleh meminta bantuan movers untuk membawa barangan yang tidak ingin digunakan ke badan amal untuk disedekahkan.

2. Deposit Yang Tinggi

Jangan membayar deposit yang tinggi untuk movers anda. Movers profesional tidak akan meminta deposit yang tinggi sebelum kerja perpindahan selesai dijalankan. Hal ini kerana, apabila anda membayar kesemuanya sekali sebelum proses perpindahan, kawalan terhadap movers itu sendiri tiada dan mereka boleh melakukan kerja-kerja perpindahan anda dengan sewenangnya tanpa perlu membuat dengan teliti dek kerana bayaran telah diterima sepenuhnya.


3. Elakkan Berurusan Dengan Movers/Syarikat yang Kerap Menukar Nama.

Sesetengah syarikat selalu menukar nama bagi mengelakkan mereka ditahan dek kerana kerap mendapat aduan dari pengguna. Jadi mereka kerap menukar nama bagi mengelakkan daripada ditangkap. Jadi sebagai pengguna, pastikan syarikat movers tersebut mempunyai alamat syarikat yang lengkap dan details mengenai insurans dan perlesenan. Pekerja mereka harus menjawab telefon dengan nama syarikat yang lengkap, jika tidak, anda boleh bertanya kepada mereka untuk mendapatkan pengesahan.


4. Dapatkan Pendapat / Pandangan Dari Keluarga atau Sahabat Anda

Jika dikalangan keluarga anda tidak mempunyai maklumat mengenai movers, anda boleh mulakan dengan mencari sebanyak mungkin movers dan mengkaji mereka dengan melihat pada laman sosial sedia ada mereka dan juga boleh menghubungi mereka untuk bertanya mengenai pengalaman movers mereka. Mulakan dengan membandingkan kualiti kerja dan kemudian harga mereka. Ingat, MAHAL
TIDAK SEMESTINYA BAGUS DAN MURAH TIDAK SEMESTINYA TIDAK BERKUALITI. Kumpulkan sebanyak mungkin maklumat mengenai movers tersebut dan lihat sendiri review daripada para pelanggan mereka.


Haaa amacam tips kali ni? Membantu anda atau pun tidak? Jangan Lupa Untuk Terus Bersama Saya Untuk Tips Yang Lebih Menarik!
.
.
.
Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION.  Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-


AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS