Tak selesa dengan kawasan tempat tinggal dan rasa tak selamat dengan keadaan sekeliling. Ini adalah sebab kenapa Tuan Fazli nak berpindah dari rumah lama ke rumah baru. Tuan Fazli telah menghubungi team AM PRO MOVERS dan menyatakan bahawa beliau ingin berpindah dalam masa yang terdekat dalam yang sama beliau juga perlu menyelesaikan tugas beliau sebagai pegawai beruniform. Selain itu, isteri beliau juga merupakan seorang yang berkerjaya dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengemas rumah.
Beliau juga perlu menguruskan hal berkaitan dengan penukaran sekolah anak beliau. Setelah memahami segala permasalahan beliau, team AM PRO MOVERS telah mencadangkan agar beliau pindah dengan pakej PREMIUM MOVERS AND PACKERS dari AM PRO MOVERS. Melalui pakej ini, beliau tidak perlu mengemas, mengangkat, membalut atau berfikir macam untuk memindahkan barang beliau. Team AM PRO MOVERS akan membantu beliau dari rumah lama ke rumah baru tanpa beliau perlu mengeluarkan setitik peluh pun. Akhirnya beliau telah menerima cadangan kami untuk menggunakan pakej PREMIUM MOVERS AND PACKERS.
![]() |
Team AM PRO MOVERS di kediaman lama Tuan Fazli |
![]() |
Keadaan rumah Tuan Fazli sebelum di kemas |
![]() |
Team AM PRO MOVERS membalut mesin basuh agar tidak tercalar semasa proses perpindahan |
Kumpulan kedua pula, ditugaskan untuk berada diruang tamu rumah. Team ini ditugaskan untuk megemasa perabot dah juga pelbagai peralatan yang berada di ruang tamu. Untuk almari, bagi mengurangkan ruangan lori, kami telah membuka dan akan memasangnya semula sesudah sampai di rumah baru.
![]() |
Team AM PRO MOVERS membuka katil anak Tuan Fazli |
Team Ketiga akan mengemas bahagian bilik tidur. Rumah Tuan Fadzli mempunyai 3 biji bilik yang perlu dikemaskan. Segala peralatan seperti baju akan diletakkan di dalam kotak dan di label mengikut kegunaan barangan tersebut. Ini akan lebih menyenangkan tuan rumah untuk mengenal pasti barangan mereka di rumah baru nanti.
Setelah hampir 8 jam mengemas, membungkus dan mengangkat peralatan rumah Tuan Fazli, akhirnya keseluruhan barangan telah berjaya di letakkan di dalam lori. Sebelum meninggalkan rumah lama beliau, team kami juga akan membuat pembersihkan keseluruhan rumah. Kami akan memastikan rumah lama ditinggalkan dalam keadaan bersih dah kemas. Setelah selesai proses pembersihan, team kami meneruskan perjalan ke rumah baru beliau yang terletak tidak jauh dri rumah lama.
![]() |
Team AM PRO MOVERS menggunakan strech film perabot yang tidak perlu dibuka |
Selain itu, Tuan Fazli juga mempunyai 3 biji penghawa dingin yang perlu dibuka dan dipasang semula di rumah baru beliau. Team AM PRO MOVERS juga mempunyai kepakaran untuk buka, servis dan pasang semula penghawa dingin. Team kami buka dirumah lama, servis terlebih dahulu dan pasang semula di rumah baru beliau.
![]() |
Penghawa dingin Tuan Fazli sedang diservis sebelum dipasang dirumah baru |
![]() |
Proses pemasangan pengahawa dingin |
Setelah tiba di rumah baru, team kami akan menurunkan barangan ke rumah tuan Fazli, sekaligus team kami akan menyusun peralatan rumah mengikut permintaan beliau. Kami terus menyusun segala peralatan termasuklah pinggan mangkuk, baju, sofa, tv. Untuk perabot yang telah di buka akan dipasang semula terlebih dahulu.
![]() |
Keadaan rumah lama Tuan Fazli sebelum Team AM PRO MOVERS bergerak ke rumah baru |
![]() |
Keadaan rumah lama Tuan Fazli sebelum Team AM PRO MOVERS bergerak ke rumah baru |
![]() |
Tuan Fazli bersama Team Laeder AM PRO MOVERS |
Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-
Whatsapp:
Instagram:
Facebook:
Website:
AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS
No comments:
Post a Comment