SERVIS KERETA
Perkara
yang paling penting untuk hampa semua lakukan ialah membuat jadual servis
kereta lebih awal kerana kebiasaannya pada Hari Raya slot untuk servis kereta
penuh. Bagi mengelakkan kereta hampa daripada meragam atau tersadai di tepi
jalan akibat tayar pancit atau kehabisan air bateri, hampa mestilah membuat persediaan
terhadap kereta hampa semua terlebih dahulu. Jadi ini adalah perkara yang
paling mustahak dilakukan bagi melancarkan perjalanan hampa semua pulang ke
kampung.
TUTUP SUIS
Sebelum
keluar dari rumah, Cik Admin nak pesan yang hampa semua mestilah periksa semua
suis di setiap sudut di dalam rumah hampa dan memastikan setiap plug di cabut
dari soketnya. Ini bukan sahaja menjimatkan elektrik malahan dapat mencegah
berlakunya perkara yang tidak diingini seperti litar pintas yang boleh
menyebabkan kebakaran.
TUTUP KEPALA TONG GAS
La
ni masih ramai yang masih menggunakan tong gas silinder untuk memasak dirumah. Jadi
sebelum balik kampung atau keluar daripada rumah, ada eloknya hampa semua
memeriksa kepala gas dan menutup kepala gas agar risiko kebakaran dapat dicegah
sewaktu hampa semua balik ke kampung.
TUTUP PAIP/PILI AIR
Periksa
semua paip atau pili air di rumah anda dan pastikan telah ditutup sebelum anda
keluar rumah. Jika rumah hampa da kolah mandi, kosongkan air di dalamnya dan
semua tempat yang ada takungan air di dalam rumah dan di luar rumah dibersihkan
dan dikeringkan untuk mengelakkan daripada nyamuk aedes daripada membiak.
MENYIMPAN SEMUA BARANG YANG BERHARGA
DI TEMPAT SELAMAT
Cik
Admin ada satu cadangan jika hampa mempunyai barang kemas, wang tunai, komputer
riba dan seangkatan dengannya lebih baik hampa semua simpan di dalam peti besi.
Tapi pada era yang canggih ni Cik Admin rasa hampa semua boleh simpan
barang-barang berharga hampa semua dekat tempat lain selain dari peti besi. Sebab
Cik Admin kata lagu tu sebab orang la ni bijak pandai, mereka tahu ja kat mana
atau bagaimana nak buka peti besi tu.
KUNCI SEMUA PAGAR DAN PINTU
Hampa
semua perlu memastikan semua pintu dan pagar dikunci, dan ada baiknya juga jika
pintu rumah hampa mempunyai sistem kunci berganda sekiranya hampa semua tak da
sebarang sistem penggera keselamatan. Lepas tu hampa semua jangan p letak kunci
kat bawah alas kaki ka, dalam pasu ka, belakang pintu ka dengan alasan takut
terlupa bawak kunci balik nanti apabila balik dari kampung. Kalau boleh bawa
lah kunci bersama-sama dengan hampa ke mana hampa pergi. Ini kerana apabila
hampa letak kunci di tempat-tempat yang lagu tu ia akan memudahkan perompak
atau pencuri memasuki rumah hampa semua.
BUKA LAMPU SEBELUM TINGGALKAN RUMAH
Mungkin
hampa semua fikir dengan buka lampu, ia adalah satu pembaziran. Tetapi keadah
ini adalah sangat membantu! Mungkin hampa boleh pasang lampu automatik di mana
ia akan terbuka dan tertutup secara automatik mengikut masa yang telah hampa
tetapkan. Jadi hampa semua tak perlu risau jika hampa meninggalkan rumah dalam
jangka masa yang panjang.
BERSIHKAN SAMPAH
Penting
untuk hampa semua untuk membuang sampah sebelum keluar dari rumah bagi
mengelakkan daripada tidak berulat dan bau yang menyenangkan di dalam rumah.
TELEFON BIMBIT DAN GAJET
Sebelum
hampa semua memulakan perjalanan, hampa semua perlu memastikan telefon anda
telah dicas penuh kerana dalam dalam perjalanan pulang ke kampung kita tak tahu
apa perkara yang akan berlaku dan jika berlakunya perkara yang tidak diingini
hampa boleh hampa menghubungi pihak lain untuk membantu hampa. Bagi mereka yang
mempunyai anak-anak kecil, gajet dapat menghiburkan atau mengalihkan perhatian
mereka dan hampa boleh menumpukan perhatian hampa di dalam pemanduan.
JANGAN LUPA BAWA BAJU RAYA
Jangan
meraung di pagi raya kerana terlupa membawa baju Raya! Raya setahun sekali dan
ini lah masanya masing-masing hendak menunjuk fashion-fashion baju raya terkini
kan? Pastikan hampa semua telah mengemaskan baju raya hampa semua di dalam bag
sebelum hampa bertolak…
Cik Admin ghasa sampai sini ja Cik Admin dapat share cerita dengan hampa semua.. Cik Admin nak ucapkan selamat menyambut ramadhan yang ke 23 kepada hampa semua. Pejam celik Ramadhan dah nak tinggai kan kita semua..
Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-
Whatsapp:
Instagram:
Facebook:
Website:
AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS
Whatsapp:
Instagram:
Facebook:
Website:
AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS