TIPS SEBELUM BALIK KAMPUNG | MOVERS AND PACKERS SHAH ALAM | MOVERS AND PACKERS KLANG VALLEY | MOVERS AND PACKERS PUTRAJAYA

Assalammualaikum dan salam 23 Ramadhan untuk hampa semua. Tinggal kurang lagi 2 minggu untuk semua umat islam mengakhiri bulan puasa dan menyambut Hari Raya Idilfitri, dan pasti ramai yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Pada kali ini, Cik Admin nak share sikit dekat hampa semua pasai tips-tips dan persediaan sebelum pulang ke kampung sempena Hari Raya ini agar hampa semua dapat beraya dengan tenang bersama keluarga tersayang. Mari kita semua baca dan fahami tips-tips sebelum pulang beraya di kampung.

SERVIS KERETA
Perkara yang paling penting untuk hampa semua lakukan ialah membuat jadual servis kereta lebih awal kerana kebiasaannya pada Hari Raya slot untuk servis kereta penuh. Bagi mengelakkan kereta hampa daripada meragam atau tersadai di tepi jalan akibat tayar pancit atau kehabisan air bateri, hampa mestilah membuat persediaan terhadap kereta hampa semua terlebih dahulu. Jadi ini adalah perkara yang paling mustahak dilakukan bagi melancarkan perjalanan hampa semua pulang ke kampung.

https://www.facebook.com/apmt.com.my/


TUTUP SUIS
Sebelum keluar dari rumah, Cik Admin nak pesan yang hampa semua mestilah periksa semua suis di setiap sudut di dalam rumah hampa dan memastikan setiap plug di cabut dari soketnya. Ini bukan sahaja menjimatkan elektrik malahan dapat mencegah berlakunya perkara yang tidak diingini seperti litar pintas yang boleh menyebabkan kebakaran.


https://www.facebook.com/apmt.com.my/


TUTUP KEPALA TONG GAS
La ni masih ramai yang masih menggunakan tong gas silinder untuk memasak dirumah. Jadi sebelum balik kampung atau keluar daripada rumah, ada eloknya hampa semua memeriksa kepala gas dan menutup kepala gas agar risiko kebakaran dapat dicegah sewaktu hampa semua balik ke kampung.


https://www.facebook.com/apmt.com.my/


TUTUP PAIP/PILI AIR
Periksa semua paip atau pili air di rumah anda dan pastikan telah ditutup sebelum anda keluar rumah. Jika rumah hampa da kolah mandi, kosongkan air di dalamnya dan semua tempat yang ada takungan air di dalam rumah dan di luar rumah dibersihkan dan dikeringkan untuk mengelakkan daripada nyamuk aedes daripada membiak.


https://www.facebook.com/apmt.com.my/


MENYIMPAN SEMUA BARANG YANG BERHARGA DI TEMPAT SELAMAT
Cik Admin ada satu cadangan jika hampa mempunyai barang kemas, wang tunai, komputer riba dan seangkatan dengannya lebih baik hampa semua simpan di dalam peti besi. Tapi pada era yang canggih ni Cik Admin rasa hampa semua boleh simpan barang-barang berharga hampa semua dekat tempat lain selain dari peti besi. Sebab Cik Admin kata lagu tu sebab orang la ni bijak pandai, mereka tahu ja kat mana atau bagaimana nak buka peti besi tu.

KUNCI SEMUA PAGAR DAN PINTU
Hampa semua perlu memastikan semua pintu dan pagar dikunci, dan ada baiknya juga jika pintu rumah hampa mempunyai sistem kunci berganda sekiranya hampa semua tak da sebarang sistem penggera keselamatan. Lepas tu hampa semua jangan p letak kunci kat bawah alas kaki ka, dalam pasu ka, belakang pintu ka dengan alasan takut terlupa bawak kunci balik nanti apabila balik dari kampung. Kalau boleh bawa lah kunci bersama-sama dengan hampa ke mana hampa pergi. Ini kerana apabila hampa letak kunci di tempat-tempat yang lagu tu ia akan memudahkan perompak atau pencuri memasuki rumah hampa semua.


https://www.facebook.com/apmt.com.my/


BUKA LAMPU SEBELUM TINGGALKAN RUMAH
Mungkin hampa semua fikir dengan buka lampu, ia adalah satu pembaziran. Tetapi keadah ini adalah sangat membantu! Mungkin hampa boleh pasang lampu automatik di mana ia akan terbuka dan tertutup secara automatik mengikut masa yang telah hampa tetapkan. Jadi hampa semua tak perlu risau jika hampa meninggalkan rumah dalam jangka masa yang panjang.

BERSIHKAN SAMPAH
Penting untuk hampa semua untuk membuang sampah sebelum keluar dari rumah bagi mengelakkan daripada tidak berulat dan bau yang menyenangkan di dalam rumah.


https://www.facebook.com/apmt.com.my/


TELEFON BIMBIT DAN GAJET
Sebelum hampa semua memulakan perjalanan, hampa semua perlu memastikan telefon anda telah dicas penuh kerana dalam dalam perjalanan pulang ke kampung kita tak tahu apa perkara yang akan berlaku dan jika berlakunya perkara yang tidak diingini hampa boleh hampa menghubungi pihak lain untuk membantu hampa. Bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil, gajet dapat menghiburkan atau mengalihkan perhatian mereka dan hampa boleh menumpukan perhatian hampa di dalam pemanduan.

JANGAN LUPA BAWA BAJU RAYA
Jangan meraung di pagi raya kerana terlupa membawa baju Raya! Raya setahun sekali dan ini lah masanya masing-masing hendak menunjuk fashion-fashion baju raya terkini kan? Pastikan hampa semua telah mengemaskan baju raya hampa semua di dalam bag sebelum hampa bertolak…

Cik Admin ghasa sampai sini ja Cik Admin dapat share cerita dengan hampa semua.. Cik Admin nak ucapkan selamat menyambut ramadhan yang ke 23 kepada hampa semua. Pejam celik Ramadhan dah nak tinggai kan kita semua..



Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-





AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS

No comments:

Post a Comment