[SAMBUNGAN TIPS CARA MEMBUNGKUS BARANG UNTUK PINDAH]
4) Simpan barang elektrik dalam kotak asal
Sebaiknya apabila anda membeli barangan elektrik jenis sensetif terutamanya TV, pemain cakrapadat dan lain-lain, simpan kotaknya. Gunakan semula kotak tersebut untuk membungkus kelengkapan elektrik di kediaman anda.
5) Mengemas lebih awal
Barang-barang yang tidak diperlukan seperti pinggan, mangkuk, buku, peralatan memasak dan sebagainya boleh disimpan di dalam kotak secara perlahan-lahan lebih awal. Hanya tinggal keperluan dan kelengkapan sehingga tempoh berpindah sahaja.
6) Pek barang dekoratif dulu
Antara item yang paling awal perlu di kemas adalah barang perhiasan, ornamen dan dekoraktif yang terdapat di dalam kediaman anda. Jika rumah yang hendak di pindah telah sedia, mungkin anda boleh bawa barang-barang tersebut terlebih dahulu sebelum tibanya masa tarikh perpindahan. Cara ini juga dapat mengelakkan masalah barang-barang yang pengerusan teliti seperti pasu seramik, bingkai gambar dari mudah pecah.
7) Labelkan setiap bungkusan barang
Tak kiralah bungkusan kotak mahupun plastik, labelkan setiap satu dengan terperinci. Ia memudahkan pencarian dan pengurusan. Jadi, tak perlu susah anda nak buka satu per satu kotak.
8) Gunakan kotak yang kecil untuk barang berat
Elak bungkuskan barang yang berat dan sukar untuk diangkat. Gunakan kotak kecil untuk barang seperti buku. Biar kotak tu banyak dari guna kotak yang besar tapi bila berat dia koyak Haaa kan dah susah.
Jadi, ini sajalahh, Hakak Movers nak share harini. Banyak lagi tauuuuuuuuu !! tunggu next blog tauu. bye-bye
Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-
Whatsapp:
Instagram:
Facebook:
Website:
AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS
No comments:
Post a Comment