PINDAH DENGAN RM3000 ????? BETUL KE NI??? Movers and Packers Ampang ada nak kongsi sesuatu dekat semua orang. Nak Movers and Packers mahal sangat tapi kerja memang power. Nak lori sewa ??? murah pun murah tapi semua buat sendiri .... Selalu tak fikir macam tuuu??? Kami nak bantu anda dalam kekeliruan anda ini .. jommm !!!!
RM300 adalah
nilai yang kecil untuk berpindah pada masa sekarang. Walau bagaimanapun,
terdapat pelbagai teknik yang dapat menjamin anda berpindah dengan harga kurang
dari RM300. Harus diingat, anda perlu melakukan lebih banyak kerja berbanding
anda upah movers and packers yang mana memakan masa hingga dua minggu.
Perancangan kerja merupakan perkara paling penting yang perlu anda lakukan bagi mengelakkan pengeluaran kos yang tak perlu. Bayangkan, anda pergi melancong tanpa plan. Anda pasti, anda boleh dapat tiket penerbangan dengan harga murah? Sama juga dengan proses pemindahan; tanpa perancangan yang baik, anda mungkin terpilih movers and packers atau lori sewa yag mahal. Jadi, bagi mengelakkan hal tersebut berlaku, anda perlu buat perancangan sebaiknya sebelum berpindah.
Guna Kotak Terpakai
Seterusnya; untuk berpindah dengan harga bawah RM300, anda perlu guna semula kotak terpakai untuk bungkus barang-barang anda. Kenapa beli kotak baru dengan harga yang mahal sedangkan anda boleh dapat kotak secara percuma? Anda boleh dapatkan banyak kotak secara percuma di banyak tempat komersil seperti 7Eleven, Pasaraya Giant, Speed Mart dan kedai-kedai runcit yang berhampiran dengan rumah anda. Paling penting, anda hanya perlu rajin mencari untuk dapatkan kotak percuma.
Pack Sendiri
Anda juga perlu pack sendiri barang-barang anda untuk mengurangkan kos dan membolehkan anda berpindah dengan harga bawah RM300. Movers and packers mengenakan harga yang lebih mahal kerana harga yang ditawarkan sudah termasuk dengan kos packing and wrapping. Sememangnya pack and wrap sendiri memakan banyak masa dan agak memenatkan badan. Namun, bila anda pack and wrap sendiri barang-barang dalam rumah anda, anda sebenarnya telah menjimatkan banyak kos pemindahan.
Lori Sewa
Guna Lori Kenalan-Seterusnya, anda juga boleh berpindah hanya dengan harga RM300 jika anda guna lori kenalan tidak kira sama ada rakan-rakan atau saudara-mara terdekat. Jika anda bermulut manis dan pandai memujuk, tidak mustahil anda boleh dapatkan lori sewa dengan harga yang murah dan jangan terkejut kalau anda dapat pindah rumah dengan lori percuma. Jadi, anda dah boleh mula berkawan dengan pemilik lori untuk berpindah dengan lori percuma!
Secara tuntasnya; dengan merancang kerja-kerja pemindahan, guna kotak terpakai, pack barang-barang sendiri dan guna lori kenalan memboleh anda berpindah dengan harga bawah RM300. Paling penting, anda perlu buat perancangan sebaiknya sebelum berpindah.
Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-
Whatsapp:
Instagram:
Facebook:
Website:
"BENEFICIAL, PREFERRED, TRUSTED"
No comments:
Post a Comment