TIPS PEMINDAHAN PEJABAT | MOVERS AND PACKERS | MOVERS AND PACKERS AMPANG | MOVERS AND PACKERS SELANGOR | MOVERS AND PACKERS MALAYSIA |

TIPS PEMINDAHAN PEJABAT

Kebanyakkan pejabat atau office mengalami kesukaran dalam pemindahan pejabat. Ini kerana kebanyakkan staff tidak berpengalaman dalam mengendalikan pemindahan pejabat. Ada sesetengah pejabat memerlukan pemindahan pejabat pada waktu malam, hal ini disebabkan oleh operasi pejabat yang tidak boleh dihentikan pada waktu siang.Jadi, jika pejabat anda ingin berpindah, berikut adalah tips yang berguna bagi memudahkan proses pemindahan pejabat anda.




1. PASTIKAN SEMUA DOKUMEN TELAH DITAGGING DENGAN BAIK
- Ia bagi memudahkan proses pemindahan yang mana team pemindahan pejabat tidak akan tahu barangan apa yang perlu dibawa dan perlu diletakkan dibahagian mana. Justeru barang yang di tagging dengan baik memudahkan.proses pemindahan pejabat dari tempat lama ke tempat baru.





2. PASTIKAN DOKUMEN YANG TELAH DIKOTAKKAN TIDAK TERLALU PENUH
- Ini bagi memudahkan proses pemindahan pejabat. Kotak yang penuh boleh menyebabkan proses mengangkat akan menjadi slow. Ditambah pula jika kotak yang digunakan tidak berkualiti, dokumen akan jatuh berselerak jika kotak yang diangkat terlalu penuh. Dan masalah akan berlaku apabila kotak disusun didalam lori, kotak tersebut tidak dapat disusun dengan baik kerana ia tidak berkualiti.




3. KENALI BARANGANYANG ADA KAITAN DENGAN ELEKTRIK
- Contohnya seperti gambar partition dibawah ini. Jika pemindahan pejabat, perkara ini paling perlu dikenalpasti. Partition dipejabat perlu dilihat sama ada ia partition biasa atau partition elektrik. Ini kerana partition elektrik perlu buka dan pasang dengan cara yang betul, supaya ia boleh digunakan semula selepas pemindahan pejabat. Antara yang lain ialah barangan komputer, mesin photostat dan juga server.




4. KENALI BARANG YANG MILIKAN VENDOR
- Contoh barangan milikan vendor ialah seperti mesin photostat dan juga mesin coway. Ini perlu diambil kira dalam pemindahan pejabat. Selalunya barangan ini diuruskan oleh vendor sendiri. Sebab warranty barangan tersebut terletak kepada vendor itu sendiri. Jika pemindahan pejabat yang melibatkan vendor dilakukan sendiri, sebarang kerosakan tidak akan ditanggung oleh vendor.




5. AMBIL BERAT JUGA JIKA ADA SAFE BOX
-Kebanyakkan pemindahan pejabat memerlukan safebox moving. Ini kerana pemindahan safebox bukan perkara biasa. Ia memerlukan detail penuh safebox tersebut. Sesetengahnya berat sehingga 1 tan dan tidak boleh turun melalui lif.



6. TIME RESTRICTION BAGI PEMINDAHAN PEJABAT
- Ini juga perkara yang perlu diambil berat semasa pemindahan pejabat. Selalunya pemindahan pejabat ini mempunyai limit masa tertentu. Ada yang boleh berpindah siang sahaja, ada pula yang boleh pemindahan pejabat hanya malam sahaja.


Berikut ialah 6 perkara yang penting bagi pemindahan pejabat. Jadi jika anda tidak mahu pening kepala dalam pemindahan pejabat.


Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-



BENEFICIAL, PREFERRED, TRUSTED

[JOB DONE] MOVERS AND PACKERS AMPANG | MOVERS AND PACKERS SELANGOR | MOVERS AND PACKERS MALAYSIA | MOVERS AND PACKERS

Amm Pro Movers dapat panggilan dari surau yang berhampiran dengan pejabat Amm Pro Movers. Pihak surau memerlukan bantuan dari Amm Pro Movers untuk memindah dan mengangkat barang dari surau lain ke surau berhampiran pejabat. Movers and Packers pertama kali melakukan kerja amal untuk surau. Barang yang dipindahkan itu adalah atap untuk surau.


Pihak surau memerlukan beberapa orang untuk membantu atas sebab kekurangan orang untuk membantu. Movers and Packers datang untuk membantu pihak surau. Amm Pro Movers menghantar 3 orang dari pasukan proffesional Movers and Packers Malaysia untuk membantu jemaah surau. Kami melakukan kerja perpindahan mengangkat atap. Kerja ini mengambil masa 2 jam sahaja.


Movers and Packers Selangor berbesar hati dapat membantu pihak surau dalam melakukan tugas demi kebaikan semua orang. Pihak Surau juga berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberikan oleh Movers and Packers Ampang. Pihak surau kagum dengan kerjasama yang diberikan oleh Movers and Packers Selangor. Kami di Amm Pro Movers berbangga dapat melakukan kebaikan untuk semua orang.


Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-


"BENEFICIAL, PREFERRED, TRUSTED"

[JOB DONE] MOVERS AND PACKERS AMPANG | MOVERS AND PACKERS MALAYSIA | MOVERS AND PACKERS |

Siapa yang tak pernah mengalami rumah yang agak susah. Terlalu banyak perabut dan barang kecil seperti frame gambar, hadiah-hadiah dan sebagainya. Rumah sederhana tetapi nak mengemas nak baju-baju, pinggan mangkuk dan sebagainya. Ada masa boleh buat ada yang tak ada masa langsung. Jadi apa boleh buat nak ? nak pindah rumah baru dah satu hal nak packing barang-barang, nak bawa katil, almari, mesin basuh yang besar-besar tu bukan perkara yang mudah.



Mrs Wong beliau seorang yang sibuk beliau sering ke luar negara kerana suaminya bekerja disana. Beliau yang ingin berpindah dah ke rumah baru yang dibeli oleh suaminya bersama anaknya di Mont Kiara. Mrs Wong kesuntukkan masa jadi beliau mencari Movers and Packers yang boleh membantu beliau. Mrs Wong mengenal kami Movers and Packers Ampang dari kawannya yang pernah menggunakan kami.



Beliau menghubungi kami untuk mendapatkan perkhidmatan yang kami tawarkan dan beliau bersetuju beliau memilih pakej advanced and wrapping. Kami di Amm Pro Movers menghantar 4 orang dari pasukan proffesional Movers and Packers Malaysia untuk membantu Mrs Wong. Peprindahan Mrs Wong mengambil masa 2 hari kerana 1 hari untuk packing dan 1 hari untuk moving.



Kami Movers and Packers Selangor gembira melihat kepuasan hati Mrs Wong. Beliau berpuas hati dan kagum dengan kerjasama dan kepantasan Movers and Packers Ampang dalam melakukan tugas. Beliau akan panggil kami lagi untuk perpindahan beliau seterusnya di Pahang !!!

Terima Kasih Mrs Wong !
Selamat Berpindah !!

Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-


"BENEFICIAL, PREFERRED, TRUSTED"

[JOB DONE] MOVERS AND PACKERS AMPANG | MOVERS AND PACKERS MALAYSIA | MOVERS AND PACKERS SELANGOR | MOVERS AND PACKERS

Akhir tahun banyak event-event yang akan diadakan di serata malaysia. Barang besar dan banyak juga berat nak angkut kesana kesini. Dengan kekuatan orang yang tak mencukupi ada yang kesemuanya perempuan dan sebilangannya lelaki tetapi satu dua orang sahaja. Kenderaan juga memainkan peranan ada yang lorinya penuh dan juga yang perlu mencari lori untuk disewakan termasuk la pemandu.



Aura Light salah satu yang terlibat dalam salah satu event di MITEC Kuala Lumpur. Nama pengasas Miss Wei Wei menghubungi kami untuk membantu beliau dalam menghantar barang ke Mitec salah satu event yang bakal diadakan disana pada hari sabtu. Aura Light barang-barang miliknya kebanyakkan kotak-kotak dan beberapa guni. pekerjanya juga tak cukup tangan. Jadi Aura Light memerlukan bantuan dari segi manpower dan lori.

Bgai menyelesaikan masalah ini Miss Wei Wei memilih Movers and Packers Ampang. Antara sebab memilih Movers and packers Malaysia dekat dan mudah juga harga berpatutan. Dari segi feedback rata-rata semuanya positif dan best. Jadi Miss Wei Wei memilih kami Movers and Packers Selangor.


Kami di Am Pro Movers berbesar hati dan kami ingin membantu Aura Light. Kami menghantar 2 orang dari pasukan proffesional Movers And Packers Malaysia  untuk membantu beliau. Mengambil masa 2 jam sahaja selepas tu mereka bergerak ke Mitec Kuala Lumpur. Setiba disana hanya mengambil masa sekitar 2 jam juga.



Aura Light bangga dengan kerjasama diberikan dan kepantasan Team Movers and Packers Malaysia dalam menyelesaikan tugasnya. Kerja yang mantap dan terbaik hasilnya. Beliau mencadangkan sesiapa yang nak berpindah hubungi kami dengan segera. 

Terima Kasih Aura Light !!!

LORI SEWA ATAU PINDAH GUNA KERETA | MOVERS AND PACKERS MALAYSIA | MOVERS AND PACKERS | MOVERS AND PACKERS AMPANG

LORI SEWA ATAU PINDAH GUNA KERETA?

Zaman menjadi pelajar, bukannya semua mampu menyewa lori. Kalau ada kereta Kancil yang disewa, sumbat selagi boleh. Melainkan ada kawan-kawan yang sudi ‘tong-tong’, mungkin murah sedikit. Itu zaman tiada apa-apa tanggungjawab.

PERALIHAN ZAMAN

Benar, itu semasa zaman jadi pelajar. Bila sudah berkahwin, bagaimana pula? Bagaimana pula dengan peralihan status, dari bujang kepada sudah berkahwin? Dan kini akan memasuki rumah baru bersama suami atau isteri yang baru dinikahi. Tentu serabut kepala memikirkannya. Dapatkan tips mudah ini.

LORI SEWA ATAU PINDAH GUNA KERETA?

Zaman menjadi pelajar, bukannya semua mampu menyewa lori. Kalau ada kereta Kancil yang disewa, sumbat selagi boleh. Melainkan ada kawan-kawan yang sudi ‘tong-tong’, mungkin murah sedikit. Itu zaman tiada apa-apa tanggungjawab.

PERALIHAN ZAMAN

Benar, itu semasa zaman jadi pelajar. Bila sudah berkahwin, bagaimana pula? Bagaimana pula dengan peralihan status, dari bujang kepada sudah berkahwin? Dan kini akan memasuki rumah baru bersama suami atau isteri yang baru dinikahi. Tentu serabut kepala memikirkannya. Dapatkan tips mudah ini.

1. BELI BARANG KEPERLUAN ASAS

Kalau rumah sewa, beli perkakas yang perlu sahaja. Yang penting-penting sahaja. Mesin basuh penting. Peti sejuk penting. Tempat masak dan tempat tidur juga penting. Ada empat barang ini, sudah boleh survive. Yang lain hanya aksesori. Tunggu sehingga sudah beli rumah sendiri, baru berbaloi untuk hias sepenuhnya. Fokus pada keperluan asas dahulu. Ini juga satu cara untuk recover duit yang sudah banyak habis waktu kenduri. Mari kita berjimat!

2. ELAKKAN ADA 2 BARANG YANG SAMA

Lihat balik rumah lama. Suami kemas barang sendiri. Isteri juga akan kemas barang sendiri. Kalau dua-dua ada peti sejuk, tinggalkan satu.
Tidak perlu mahu sentimental sangat ingin bawa dua-dua sekali. Rumah bukan besar sangat, ruang sudah tentu terbatas. Elektrik pula mahal, lebih jimat guna satu sahaja..
Kalau ada tong gas, mesti bawa. Yang ini tidak mengapa kalau bawa dua sekali. Boleh standby untuk tukar kalau gas sudah habis!



3. CUCI RUMAH BARU TERLEBIH DAHULU

Kalau rumah baru ini tidak pernah didiami, elok cuci terlebih dahulu. Walaupun nampak bersih, lebih baik basuh dan mop secara keseluruhan. Dapat isteri atau suami baru, takkan rumah tidak mahu nampak baru?



4. RANCANG BUAT KENDURI DOA SELAMAT

Tidak salah buat housewarming, ajak kawan-kawan dan saudara-mara makan-makan. Rumah barulah katakan.
Apa yang salah ialah bila buat housewarming, tidak ada buat kenduri doa selamat berserta bacaan doa. Buat bakal suami, kenal-kenallah dengan AJK surau dan masjid yang berdekatan.
Allah sudah beri kita nikmat bernikah, apa salahnya berkongsi kegembiraan itu dengan anak-anak yatim juga. Jemput mereka datang dan raikan mereka sekali. Kenduri kahwin puluh ribu ada bajet, takkan pula kenduri ajak anak yatim tiada langsung peruntukan.


5. CARI LORI SEWA YANG BERPATUTAN

Zaman Internet, apa susah? Boleh cari guna Mudah.my atau Google sahaja. Tidak sampai beberapa saat, sudah boleh jumpa.

5 TIPS UNTUK SI ISTERI TERSENYUM BILA BERPINDAH | MOVERS AND PACKERS AMPANG | MOVERS AND PACKERS |

Percayakah anda mengikut kajian, 9/10 pasangan bergaduh sesama sendiri gara – gara perselisihan faham yang terjadi apabila berpindah rumah.

Ini terjadi disebabkan tekanan yang dihadapi dan juga tiada pengalaman dalam mengendalikan urusan berpindah rumah.

Oleh itu, berdasarkan pengalaman dan kajian kami di Amm Pro Movers, kami kongsikan 5 tips utama yang pastinya mampu mengukir senyuman di wajah isteri dan keluarga anda setelah selesai berpindah.


Psstt…jangan lupa tag nama suami anda ye ??


1. PACKING
Bila sebut bab packing ni, bukan sahaja si isteri malahan si suami juga akan alami masalah yang sama. Percayalah..masalah utama anda adalah untuk mendapatkan kotak dan tahukah bahawa anda memerlukan sekurang kurangnya 2 minggu untuk menyiapkan urusan packing sahaja dari sekecil kecil barangan seperti alat solek sehinggalah kain baju serta pinggan mangkuk di dapur anda. Ini belum termasuk dengan barangan basah serta rempah ratus anda di dapur tu.

Cara yang terbaik untuk atasi masalah ini ialah, upah movers and packers  yang menyediakan kotak dan mampu pack & wrap kesemua barangan anda dengan selamat & cepat dalam beberapa jam sahaja. Yes, kami setuju bahawa kos anda berpindah untuk ini akan sedikit bertambah. Tetapi cuba anda bayangkan… “Dengan memperuntukkan sedikit bajet,anda mampu menjimatkan berhari hari masa berharga anda bersama yang tersayang..

2. KESELAMATAN PERABOT KESAYANGAN ISTERI ANDA
Isteri anda semestinya mempunyai perabot – perabot kesayangan yang mana perabot ini dibeli dengan harga ribuan ringgit, malahan ada diantaranya yang di tempah khas dan di import dari luar negara.

Bayangkan bagaimanakah perasaan isteri anda apabila perabot kesayangan mereka calar apatah lagi rosak dan pecah. Letih nak menjawab nanti ni….

Inilah akibatnya jikalau anda sendiri yang acah acah pandai untuk dismantle sendiri hanya berpandukan Mr Google dan Mr Youtube. ??

Pesan kami, cari team yang berkemahiran dan berpengalaman mengendalikan barangan besar dan mahal serta mempunyai peralatan yang mencukupi dan bersesuaian untuk digunakan bagi menjamin keselamatan perabot kesayangan isteri anda. Ingat…!! Perang Dunia boleh meletus gara gara ini sahaja!! 


3. UNPACK & SUSUN SEMULA BARANG
Ini diantara perkara yang leceh dan paling malas sekali. Dah berpenat pack dan pindah, sampai di rumah baru anda perlu unpack dan susun semula kesemua barangan.

Kami yakin si suami pastinya sibuk di pejabat, adakah anda yakin bahawa isteri anda mampu selesaikan kesemuanya seorang diri?? Hmmm.. Silap haribulan semua sekali simpan dalam store je.

Oleh itu, bagi elakkan perkara ini.. Perkara yang paling penting adalah ‘tagging’! Tagging setiap barang dan kotak mengikut keutamaan supaya isteri anda di rumah mampu untuk unpack mengikut peringkat yang mana dahulu dan yang mana kemudian. Senang kan???

Pstt..kalau ada bajet lebih, buat apa nak biarkan isteri keluarkan peluh dan runsing untuk unpack dan susun semua tu.. Biarkan isteri anda berehat atau keluar bersantai bersama anak dan rakan. Serahkan sahaja perkara perkara yang leceh pada movers and packers ampang .??


4. KECANTIKKAN DAN KEBERSIHAN RUMAH
Isteri mana yang tak moody apabila rumahnya berselerak, penuh kotak dimerata tempat,lantai mahal & wallpaper bercalar balar. Hmm…macam mana agaknya isteri anda nak senyum kalau keadaan sebegini berlaku.

OK, tak payah fikir, tak payah pening.. Solusinya mudah,selesai pindah upah cleaning service..habis cerita. Atau..kalau anda bijak. Cari movers and packers malaysia yang menyediakan floor & wall protection..dijamin 110% rumah anda kekal cantik dan bersih serta isteri anda kekal tersenyum keriangan! Bukankah itu yang anda mahukan??

Psstt..ada jugak movers and packers ampang yang sediakan cleaning service percuma tau,so..pandai pandai cari ye.

5. PILIH PAKEJ PINDAH A – Z
Bayangkan anda tak perlu sentuh walau satu barang sekalipun ketika berpindah. Pilih sahaja pakej movers and packers selangor yang menyediakan servis mengemas pinggan mangkuk, pakaian, buku, mainan dan perabot anda, jadi anda tak perlu biarkan isteri anda melakukan segalanya bersendirian.

Apakah perasaan anda jika anda boleh menyerahkan kunci dan pergi ke tempat kerja tanpa anda perlu memikirkan proses permindahan dan cuci rumah anda?

Setelah selesai urusan kerja,anda boleh terus ke rumah baru dan meneruskan kehidupan anda yang amazing bersama isteri tercinta. Bukankah ini yang anda mahukan??



7 CARA WARNA DINDING RUMAH MEMPENGARUHI AURA DAN MOOD | MOVERS AND PACKERS | MOVERS AND PACKERS AMPANG | MOVERS AND PACKERS SELANGOR


“Pening juga nak pilih warna cat rumah ni. Tema warna apa paling best ya?”
Sesekali, tentu rasa teringin nak buat pembaharuan dan tukar hiasan dalaman untuk kediaman. Warna cat dinding yang paling selamat tentulah warna putih. Tapi tahukah anda, dari sudut psikologi, warna dapat memberi impak kepada mood seseorang.
Sebab itulah penting untuk memilih warna yang terbaik untuk dinding rumah. Warna kediaman mampu membuatkan seseorang mendapat tidur yang lebih lena dan bangun dengan lebih segar dan bertenaga. Malah, ia membantu menonjolkan lagi aura positif atau karakter istimewa dalam diri anda.
Menurut kajian, terdapat perkaitan antara warna dan ruang yang akan memberi impak pada mood seharian kita. Jadi kalau tersalah pilih, mungkin ia dapat mempengaruhi hari yang anda bakal lalui.

7 CARA WARNA CAT PADA DINDING MEMPENGARUHI AURA & ‘MOOD’ ANDA



1. Kuning
Mungkin tak ramai yang berani memilih warna kuning untuk tema bilik tidur. Tapi sebenarnya warna terang seperti kuning dan oren ini dapat membangkitkan mood seseorang agar lebih ceria dan aktif untuk saling berinteraksi.
Selain itu, ia menyalurkan pencahayaan yang baik di samping memberi efek ruang yangluas.

2. Merah
Tahukah anda, kajian mendapati cat dinding berwarna merah dapat meningkatkan adrenaline yang paling tinggi. Ini bermaksud ia mengujakan, membuatkan seseorang lebih bersemangat, membangkitkan selera makan, sekaligus mewakili suasana yang romantis dan sensual.
Tetapi, ia juga didapati meningkatkan tekanan darah jika kombinasinya tidak dipadankan dengan betul. Oleh itu, ia mungkin kurang sesuai bagi bilik tidur kerana dapat membuatkan seseorang berasa cemas dan tidak tenteram.

3. Biru
Ramai yang memilih warna yang tenang seperti biru dan lilac sebagai warna bilik tidur kerana ia tampak menenangkan serta membantu seseorang tidur lebih lena. Warna sejuk sebegini mampu mengurangkan tekanan darah serta membantu memperlahankan pernafasan dan degupan jantung supaya berada dalam keadaan rehat.
Ia juga dapat mencetuskan inspirasi seseorang kerana warna biru dapat membuatkan seseorang menjadi lebih produktif serta kreatif. Oleh itu, warna biru juga sesuai untuk menghias ruang kerja atau pejabat. Berlawanan dengan warna terang, warna yang bertona tenang tidak sesuai digunakan pada ruang berkongsi seperti ruang tamu dan dapur kerana dilihat lebih pasif dan membuatkan seseorang kurang berselera dan bertenaga.

4. Kelabu / Warna Neutral – Bersifat Fleksibel
Warna neutral dari rangkaian putih, beige hingga ke tona lebih gelap seperti coklat dan kelabu merupakan warna yang dianggap selamat dan pada masa yang sama bersifat fleksibel kerana mudah dipadankan dengan apa sahaja warna yang diinginkan. Warna neutral juga membuatkan ruang tampak lebih moden dan kemas.
Dengan pilihan tona yang pelbagai, warna neutral juga sesuai digunakan untuk semua jenis ruang dalaman. Dengan pilihan tona yang pelbagai, warna neutral juga sesuai digunakan untuk semua jenis ruang dalaman.

5. Tona Hijau 
Tona ini amat sinonim bagi pencinta alam semulajadi. Terletak pada pertengahan spektrum warna, hijau mudah serasi dengan warna yang terang mahupun sejuk. Kombinasi biru yang sejuk dan kuning yang ceria membuatkannya sesuai digunakan untuk semua jenis ruang dalam kediaman. Suasana tenang dapat dicipta pada ruang dapur yang sibuk jika digandingkan dengan warna hijau.
Jika diterapkan pada ruang tamu pula, ia mampu menyemarakkan suasana hangat bagi mengeratkan hubungan.  Penggunaan warna hijau juga dipercayai dapat  membantu mengurangkan stres dan merupakan simbol kesuburan. Oleh itu, ia juga sesuai untuk dijadikan warna latar bagi bilik tidur.

5. Merah Jambu
Warna merah jambu selalunya menjadi pilihan untuk bilik tidur anak perempuan. Biasanya mereka memang suka Hello Kitty atau tema ala Barbie yang serba pink! Apapun, secara psikologinya, ia memberi rasa tenang, ceria dan kasih sayang.
Selain itu, warna merah jambu juga dipercayai dapat meredakan rasa marah dan agresif. Sebuah kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa banduan dalam penjara kelihatan lebih tenang apabila berada dalam ruang dengan dinding berwarna merah jambu.
Walaubagaimanapun, ia mungkin kurang sesuai jika digunakan digunakan secara keterlaluan kerana seseorang akan cenderung merasa keanak-anakan dan lemah. Maka untuk menyeimbangkannya, anda boleh kombinasikan dengan warna hitam, putih atau kelabu.

6. Ungu
Warna ungu melambangkan kemewahan kerana ia juga dikaitkan dengan warna diraja. Penggunaan warna ungu gelap pada ruang akan menonjolkan rasa romantik, misteri, dan aura mewah serta sofistikated di samping mencetus ilham untuk berkarya. Warna ini sesuai untuk ruang tamu, dapur, mahupun pejabat.
Sebaliknya, bilik tidur lebih sesuai dengan warna kombinasi ungu lembut kerana ia mendamaikan dan membantu anda lebih relaks.

7. Warna Gelap
Walaupun sering dikaitkan dengan kesuraman, tetapi warna yang gelap juga dapat membuatkan sebuah ruang menarik. Warna seperti navy blue dapat menjadikan sesebuah ruang kelihatan lebih berkarakter dan dramatik.
Warna hitam yang kini semakin banyak digunakan sebenarnya juga menampilkan keunggulan diri, disiplin, serta melambangkan kekuatan. Namun, ia juga mempengaruhi peralihan mood yang cepat (mood swing). Untuk menyeimbangkannya, kombinasikan hitam dengan warna putih agar emosi lebih stabil dan warna hitam juga tampil lebih menyerlah. Pastikan juga cahaya semulajadi dapat masuk ke dalam ruang sebanyak mungkin agar suasana ruang lebih bertenaga.

INGAT, KOMBINASI WARNA JUGA PENTING!

Warna ialah alatan yang mempunyai impak besar dalam rumah seseorang. Ia bukan sahaja dapat mengubah suasana dalam rumah mengikut cita rasa pemilik, malah dapat membuatkan sesebuah ruang menjadi lebih lapang, kecil, serta dapat membantu menyerlahkan lagi perabot yang digunakan.
Hadkan penggunaan 3 ke 4 warna sahaja termasuk perabot supaya ruang dalaman kekal kemas dan tidak kelihatan terlalu berserak.
Kesannya pada emosi seseorang amat besar serta mampu mempengaruhi suasana dalam rumah tersebut. Adalah penting supaya dapat memilih warna yang dapat mengecapi suasana kekeluargaan seperti ketenangan, kebahagiaan serta keselesaan.