5 TIPS UNTUK SI ISTERI TERSENYUM BILA BERPINDAH | MOVERS AND PACKERS AMPANG | MOVERS AND PACKERS |

Percayakah anda mengikut kajian, 9/10 pasangan bergaduh sesama sendiri gara – gara perselisihan faham yang terjadi apabila berpindah rumah.

Ini terjadi disebabkan tekanan yang dihadapi dan juga tiada pengalaman dalam mengendalikan urusan berpindah rumah.

Oleh itu, berdasarkan pengalaman dan kajian kami di Amm Pro Movers, kami kongsikan 5 tips utama yang pastinya mampu mengukir senyuman di wajah isteri dan keluarga anda setelah selesai berpindah.


Psstt…jangan lupa tag nama suami anda ye ??


1. PACKING
Bila sebut bab packing ni, bukan sahaja si isteri malahan si suami juga akan alami masalah yang sama. Percayalah..masalah utama anda adalah untuk mendapatkan kotak dan tahukah bahawa anda memerlukan sekurang kurangnya 2 minggu untuk menyiapkan urusan packing sahaja dari sekecil kecil barangan seperti alat solek sehinggalah kain baju serta pinggan mangkuk di dapur anda. Ini belum termasuk dengan barangan basah serta rempah ratus anda di dapur tu.

Cara yang terbaik untuk atasi masalah ini ialah, upah movers and packers  yang menyediakan kotak dan mampu pack & wrap kesemua barangan anda dengan selamat & cepat dalam beberapa jam sahaja. Yes, kami setuju bahawa kos anda berpindah untuk ini akan sedikit bertambah. Tetapi cuba anda bayangkan… “Dengan memperuntukkan sedikit bajet,anda mampu menjimatkan berhari hari masa berharga anda bersama yang tersayang..

2. KESELAMATAN PERABOT KESAYANGAN ISTERI ANDA
Isteri anda semestinya mempunyai perabot – perabot kesayangan yang mana perabot ini dibeli dengan harga ribuan ringgit, malahan ada diantaranya yang di tempah khas dan di import dari luar negara.

Bayangkan bagaimanakah perasaan isteri anda apabila perabot kesayangan mereka calar apatah lagi rosak dan pecah. Letih nak menjawab nanti ni….

Inilah akibatnya jikalau anda sendiri yang acah acah pandai untuk dismantle sendiri hanya berpandukan Mr Google dan Mr Youtube. ??

Pesan kami, cari team yang berkemahiran dan berpengalaman mengendalikan barangan besar dan mahal serta mempunyai peralatan yang mencukupi dan bersesuaian untuk digunakan bagi menjamin keselamatan perabot kesayangan isteri anda. Ingat…!! Perang Dunia boleh meletus gara gara ini sahaja!! 


3. UNPACK & SUSUN SEMULA BARANG
Ini diantara perkara yang leceh dan paling malas sekali. Dah berpenat pack dan pindah, sampai di rumah baru anda perlu unpack dan susun semula kesemua barangan.

Kami yakin si suami pastinya sibuk di pejabat, adakah anda yakin bahawa isteri anda mampu selesaikan kesemuanya seorang diri?? Hmmm.. Silap haribulan semua sekali simpan dalam store je.

Oleh itu, bagi elakkan perkara ini.. Perkara yang paling penting adalah ‘tagging’! Tagging setiap barang dan kotak mengikut keutamaan supaya isteri anda di rumah mampu untuk unpack mengikut peringkat yang mana dahulu dan yang mana kemudian. Senang kan???

Pstt..kalau ada bajet lebih, buat apa nak biarkan isteri keluarkan peluh dan runsing untuk unpack dan susun semua tu.. Biarkan isteri anda berehat atau keluar bersantai bersama anak dan rakan. Serahkan sahaja perkara perkara yang leceh pada movers and packers ampang .??


4. KECANTIKKAN DAN KEBERSIHAN RUMAH
Isteri mana yang tak moody apabila rumahnya berselerak, penuh kotak dimerata tempat,lantai mahal & wallpaper bercalar balar. Hmm…macam mana agaknya isteri anda nak senyum kalau keadaan sebegini berlaku.

OK, tak payah fikir, tak payah pening.. Solusinya mudah,selesai pindah upah cleaning service..habis cerita. Atau..kalau anda bijak. Cari movers and packers malaysia yang menyediakan floor & wall protection..dijamin 110% rumah anda kekal cantik dan bersih serta isteri anda kekal tersenyum keriangan! Bukankah itu yang anda mahukan??

Psstt..ada jugak movers and packers ampang yang sediakan cleaning service percuma tau,so..pandai pandai cari ye.

5. PILIH PAKEJ PINDAH A – Z
Bayangkan anda tak perlu sentuh walau satu barang sekalipun ketika berpindah. Pilih sahaja pakej movers and packers selangor yang menyediakan servis mengemas pinggan mangkuk, pakaian, buku, mainan dan perabot anda, jadi anda tak perlu biarkan isteri anda melakukan segalanya bersendirian.

Apakah perasaan anda jika anda boleh menyerahkan kunci dan pergi ke tempat kerja tanpa anda perlu memikirkan proses permindahan dan cuci rumah anda?

Setelah selesai urusan kerja,anda boleh terus ke rumah baru dan meneruskan kehidupan anda yang amazing bersama isteri tercinta. Bukankah ini yang anda mahukan??



No comments:

Post a Comment