Pekerja kakitangan kerajaan, biasa akan sentiasa ditukarkan tempat kerja bagi memenuhi tuntutan di satu-satu tempat atau bahgian yang kekurangan kakitangan. Kadang-kadang anda akan ditukarkan kerja dia daerah yang lain ataupun melibatkan negri yang lain. Tak kesahlah daerah atau negeri yang lain sekiranya jarak antara dua tempat adalah agak jauh dan tidak berbaloi untuk anda berulang alik tempat kerja. Antara jalan penyelesaian yang terbaik adalah dengan pindah rumah. Pindah rumah adalah menjadi perkara biasa bagi kakitangan kerajaan.
Berpindah Rumah
Seseorang pegawai yang berpindah rumah layak menuntut elaun,
kemudahan dan bayaran bagi membiayai perbelanjaan perpindahan rumah
tersebut mengikut keadaan-keadaan, syarat-syarat dan kadar-kadar berikut:
4.1 Kelayakan Memohon
4.1.1 Berpindah rumah dari rumah sendiri/rumah sewa/rumah
Kerajaan ke rumah Kerajaan atau rumah yang sewanya
dibayar oleh Kerajaan dan sebaliknya atas arahan pihak
berkuasa tertentu; atau
4.1.2 berpindah rumah dari rumah sendiri/rumah sewa/rumah
Kerajaan ke rumah yang dibeli di bawah Skim Pinjaman
Perumahan Kerajaan.
Syarat-syarat
Syarat-syarat membuat tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran bagi
perpindahan rumah adalah seperti berikut:
4.2.1 Tuntutan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang
4.2.2 tuntutan tertakluk kepada syarat bahawa pegawai mendiami
rumah tersebut;
4.2.3 Perpindahan rumah yang tidak melibatkan perbelanjaan
pengangkutan barang-barang misalnya perpindahan rumah
antara blok dalam kompleks yang sama, pegawai hanya
layak menuntut ½ atau 50% daripada bayaran penuh. Begitu
juga, jika kemudahan pengangkutan barang-barang
disediakan, pegawai hanya layak menuntut ½ atau 50%
daripada bayaran penuh. Bagi perpindahan rumah antara
tingkat dalam blok yang sama, pegawai tidak layak menuntut
apa-apa elaun/bayaran perpindahan rumah tersebut;
4.2.4 Seseorang pegawai tidak layak menuntut elaun, bayaran dan
kemudahan bersabit dengan perpindahan rumah tersebut jika
kemudahan makan, perjalanan dan pengangkutan barang-barang disediakan; dan
4.2.5 Tuntutan elaun perpindahan rumah hendaklah dikemukakan
kepada Ketua Jabatan di dalam tempoh tidak lewat daripada
3 bulan selepas tarikh perpindahan rumah dilakukan.
Seterusnya bagi permohonan tuntutan elaun/bayaran di bawah perenggan 4.1.2 di atas, Ketua Jabatan hendaklah
memastikan bahawa peruntukan di perenggan 3.2 (iii) Surat
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1989 dipatuhi.
4.3 Kadar adalah tertakluk kepada syarat bahawa kemudahan tidak
disediakan maka perkiraan jumlah yang layak dituntut adalah seperti
di Jadual 2.
Untuk anda ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-
Whatsapp:
Instagram:
Facebook:
Website:
BENEFICIAL, PREFERRED, TRUSTED
No comments:
Post a Comment