Lori Sewa Ampang | Lori Sewa Murah | Lori Sewa Shah Alam


LORI SEWA MURAH AMPANG, LORI SEWA MURAH SHAH ALAM

APMT juga menyediakan perkhidmatan lori sewa dengan harga yang berpatutan. Jika anda ingin pindah rumah tapi memerlukan lori sewa sahaja. Kami di APMT akan bersedia membantu anda. Kami juga ada menyediakan lori sewa bersama pemandu lori sahaja. Kami akan mengambil dan menghantar barangan anda ke tempat yang di janjikan dengan selamat dan tepat pada masa. 

https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/?ref=aymt_homepage_panel



Selain itu, kami juga menyediakan perkidmatan lori sewa bagi tujuan untuk menghantar barang-barang ke kedai-kedai atau pejabat. Ini adalah di antara servis yang kami sediakan demi membantu anda. 



Barang anda banyak atau sikit, besar gedabak atau kecil, jauh atau dekat semuanya adalah menjadi kewajipan kepada kami sekiranya anda memilih perkhidmatan daripada pihak kami APMT. Telah ramai customer yang telah berpuas hati dengan perkidmatan dari team APMT. 


Selain itu, kami di APMT mempunyai lori kotak 1, 3 dan 5 tan. Selain, barangan anda sampai tepat masanya, barangan anda juga akan terlindung daripda panas terik matahari dan juga hujan. Oleh itu, keselamatan barangan anda adalah terjamin sepenuhnya. 

Untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan anda boleh menghubungi kami melalui:-

Perbezaan Di antara Lori sewa dan Movers | Movers Ampang | Movers Shah Alam

PERBEZAAN DI ANTARA LORI SEWA DENGAN MOVERS

Ramai dalam kalangan kita masih mengangap lori sewa dan movers adalah sama. Sebenarnya lori sewa dan movers adalah dua benda yang berbeza.

Lori sewa adalah cukup sinonim dengan kita tapi tak ramai yang tahu akan kewujudan movers ni. Kedua-duanya adalah hampir sama kerana menawarkan perkidmatan menghantar barang akan tetapi kebiasanya perkhidmatan yang di sediakan oleh movers tidak disediakan oleh lori sewa seperti house cleaning.


Lori Sewa biasanya bertujuan untuk mengangkat barang dari satu tempat ke satu tempat (pindah rumah). Movers pula, seakan sama fungsinya tetapi lebih upgrade dari lori sewa. Movers biasanya akan menyediakan perkhidmatan cleaning, servis air-cond, pemasangan perabot dan pelbagai lagi services.



KOS

Dari kos, lori sewa mungkin melibatkan kos perkidmatan yang lebih rendah dari movers. Namun begitu, kos perkhidmatan yang lebih mahal semestinya menjanjikan perkidmatan yang lebih baik. Sebagai contoh, dalam perkidmatan pindah rumah. Movers akan selesaikan dari A-Z, anda cuma perlu basuh kaki je untuk masuk ke rumah baru.


PENGURUSAN
Dari segi pengurusan, mover mempunyai pengurusan yang lebih baik dan teratur dari lori sewa. Mover kebiasanya mempunyai SOP kerja yang lebih baik berbanding lori sewa. Dengan ada SOP kerja, perkidmatan mover lebih teratur dan risiko kerosakan barang adalah di tahap minimum.Kebiasaanya movers mempunyai kelengkapan yang lebih lengkap seperti kotak, stretch film dan sebagainya untuk melindungi barang anda.
SOP kerja. Syarikat mover biasannya akan mempunyai s.o.p kerja mereka tersendiri bagi memastikan kelancaran sesuatu kerja atau aktiviti perpindahan. Lori sewa pula, kebanyakkannya tidak mempunyai sop kerja dan tidak mempunyai sistem yang tetap. Kebanyakkannya "main terjah" je, asalkan kerja siap.

UNIFORM
Dari segi Uniform kebiasaanya pekerja mover akan mengenakan uniform yang sesuai. Ini akan melambangkan sikap profesional pekerja movers. Selain itu, pekerja mover juga akan memakai "safety boots" untuk menjaga keselamatan mereka semasa mengankat barang. Pekerja lori sewa biasa tidak mempunyai uniform yang sesuai.

PEKERJA
Dari segi pekerja pula, pekerja syarikat movers akan mempunyai kelengkapan yang lebih lengkap berbanding pekerja syarikat lori sewa. Pekerja mover akan menggunakan alat yang terbaik dalam proses mengankat barang atau aktiviti perpindahan. Antara kelengkapan pekerja mover adalah kotak untuk packing barang, wrapping, kelengkapan untuk buka pasang perabot, perkhidmatan "house cleaning". Kebiasaannya, pekerja lori sewa tidak mempunyai kepakaran seperti pekerja movers. Pekerja movers biasanya dalam kalangan warganegara sahaja berbanding denga lori sewa yang banyak menggunakan pekerja asing. 

Selain itu, movers kebiasanya menggunakan lori bonded berbanding lori sewa yang menggunakan lori kanvas. Barangan anda akan terlindung dari panas atau pun hujan. Selain itu, pemilihan lori juga adalah berdasarkan capasiti barangan anda juga.

Untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan anda boleh menghubungi kami melalui:-

Membekalkan Kotak | Pita Pelekat | Strech Film Untuk Pindah Rumah

Membekalkan pita pelekat, kotak mover, pembalut gelembung dan pembalut palstik (strech film)

AM PRO MOVERS pakar pindah rumah anda, selain daripada mmenguruskan pindah rumah anda. Kami di AM PRO MOVERS TRANSPORTATION juga membekalkan barangan untuk kelengkapan pindah rumah dan penghantaran barang.

AM PRO MOVERS, juga akan membekalkan kelengkapan untuk perpindahan anda. Kami akan menyediakannya semasa proses pindah rumah anda. Semua kelengkapan ini juga akan didapati sekiramya anda mengambil premium dan advance package. Jika ada mengambil basic iaitu untuk proses loading dan unloading kelengkapan ini tidak akan disediakan. 

Sekiranya anda ingin pindah rumah dan tidak mengetahui cara untuk mendapatkan kelengkapan ini, kami juga ada menyediakan menghataran ke rumah anda. 


KOTAK MOVERS
Kegunaan kotak movers adalah untuk anda mengisi barangan anda seperti baju, sleuar dan selimut. Saiz kotak juga amat penting. Kotak yang kecil biasanya dalah untuk menyimpan barangan yang lebih berat. Saiz kotak yang lebih kecil akan mengurangkan risiko kerosakan barang kerana ianya lebih mudah untuk dibawa.  Setiap kotak perlulah ditanda mengikut kegunaan atau barangan. Ini akan lebih menyenangkan anda semasa di rumah baru semasa proses susun semula.

PITA PELETAK
Kegunaan pita pelekat adalah untuk menutup semua kotak yang akan gunakan. Pita pelekat yang digunakan biasaya mestilah yang berdiameter lebar untuk menutup kotak dengan lebih baik. Gunakan pita pelekat yang berkualiti tinggi untuk memastikan kotak ditutup dengan kemas dan rapi. 

PEN DAKWAT KEKAL ATAU PERMENANT MARKER
Kegunaanya adalah untuk menanda setiap kotak dan barangan. Kita perlu menggunakan pen dakwat kekal untuk memudahkan pengendalian kotak semasa proses pindah rumah. 

PEMBALUT PALSTIK MUDAH REGANG (Strech film)
Kegunaannya adalah untuk membalut barangan anda seperti kusyen, tilam, peti ais, sofa dan juga perabot.  Dengan menggunakan pembalut ini, anda juga dapat mengurangkan kesan calar dan kotor pada perabot anda. 

PEMBALUT GELEMBUNG
Keguanaan pembalut gelembung adalah sesuai untuk barangan yang mudah pecah seperti kaca. Pembalut gelembung juga boleh mengelakkan kesan calar, rosak atau berhabuk pada perabot anda. Untuk menggunakan  pembalut gelembung anda perlu memastikan perabot anda dalam keadaan kering. Ini adalah disebabkan oleh sifat pembalut gelembung yang memerangkap kelembapan yang boleh merosakkan perabota anda. 

Untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan anda boleh menghubungi kami melalui:-

Pindah rumah tanpa stress | Mover Kuala Lumpur dan Selangor


TIPS PINDAH RUMAH TANPA STRESS DENGAN AM PRO MOVERS TRANSPORTATION

APMT pakar pindah rumah, anda merancang nak pindah rumah?? pindah rumah adalah benda yang memenatkan dan rumit. Oleh itu, perancangan awal adalah amat penting dalam aktiviti pindah rumah anda.



Antara tips yang boleh kami kongsikan adalah:-

- Pastikan anda tiada sebarang temujanji pada hari perpindahan anda
Pada hari pindah rumah anda, pastikan anda tiada sebarang temujanji atau kerja. Pendek kata kosongkan jadual anda. Jadikan anda boleh fokus dalam perpindahan anda.

-Sediakan checklist pindah rumah anda
Anda perlu menyediakan senrai checklist untuk memudahkan anda. Kegunaan checklist adalah untuk memastikan anda tidak terlupa perkara/ kerja yang hendak diselesaikan. Ini akan membantu memudahkan kerja anda. 

- Setelkan urusan dengan pihak pengurusan
Jika anda tinggal di rumah apartment atau condominim pastikan urusan dengan pihak pengurusan bangunan diselesaikan terlebih dahulu. Pihak mover atau pengusaha lori tidak dibenarkan masuk ke kawasan condominum sekiranya tiada surat kebenaran dari pihak pengurusan bangunan. Sekiranya, anda tidak mendapatkan kebenaran terlebih dahulu, pindah rumah anda akan tertanggung dalam 1-2 jam. Kebenaran untuk lori masuk ke kawasan rumah anda adalah amat penting.  

-Cari lori sewa atau mover
Perkara yang paling penting adalah cari lori sewa atau movers untuk urusan pindah rumah anda. Anda perlu membuat kaji selidik terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan lori sewa.
Cari lori sewa atau movers yang boleh memenuhi permintaan anda. Jangan menggunakan konsep tangkap muat je, menggunakan perkhidmatan lori tanpa kajian selidik. 

- Sediakan barang untuk proses pindah rumah anda
Untuk memudahkan proses pindah rumah anda, anda perlu menyediakan barangan yang akan digunakan seperti pita pelekat,kotak, strech film dan juga bubble wrap untuk melindungi barangan anda semasa proses perpindahan.

- Pastikan anda telah menukar alamat surat menyurat ke rumah baru
Selain itu, anda juga perlu pastikan yang anda telah menukar alamat surat menyurat seperti bank dan juga bil-bil yang berkaitan.

-Kemaskan dan asingkan barangan anda
Anda boleh mula mengemas atau asingkan barangan anda. Mulakan dengan mengemas barang yang anda jarang/tidak selalu guna. Asingkan barangan yang mudah pecah pecah seperti cermin atau pinggang mangkuk anda ditempat satu tempat yang lain. Pakain lama yang tdiak dipakai bolehlah didermakan atau diasingkan untuk mengurangkan kuantiti barang semasa pindah. 

-Asingkan barang berharga atau penting
Perkara yang paling penting adalah anda perlu asingkan barang berharga seperti barang kemas, duit, geran rumah, kereta dan sebagainya. Barang ini perlu diasingkan dan ditempat ditempat yang lebih selamat. Ini adalah kerana semasa proses pindah rumah akan melibatkan tenaga kerja yang ramai dan mungkin keadaan rumah akan bersepah dan tidak terkawal. 


Ini adalah antara tips pindah rumah yang kami boleh kongsikan bersama anda. Pindah rumah akan jadi rumit dan stress jika tidak dirancang terlebih dahulu. Namun begitu, sekarang terdapat lori sewa atau movers yang boleh membantu anda dalam proses pindah rumah. Ada  juga movers yang menyediakan perkhidmatan pindah rumah tanpa anda berbuat apa-apa. Anda cuma duduk je, pindah rumah anda siap daro A to Z.


Untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan anda boleh menghubungi kami melalui:-