Pindah rumah tanpa stress | Mover Kuala Lumpur dan Selangor


TIPS PINDAH RUMAH TANPA STRESS DENGAN AM PRO MOVERS TRANSPORTATION

APMT pakar pindah rumah, anda merancang nak pindah rumah?? pindah rumah adalah benda yang memenatkan dan rumit. Oleh itu, perancangan awal adalah amat penting dalam aktiviti pindah rumah anda.



Antara tips yang boleh kami kongsikan adalah:-

- Pastikan anda tiada sebarang temujanji pada hari perpindahan anda
Pada hari pindah rumah anda, pastikan anda tiada sebarang temujanji atau kerja. Pendek kata kosongkan jadual anda. Jadikan anda boleh fokus dalam perpindahan anda.

-Sediakan checklist pindah rumah anda
Anda perlu menyediakan senrai checklist untuk memudahkan anda. Kegunaan checklist adalah untuk memastikan anda tidak terlupa perkara/ kerja yang hendak diselesaikan. Ini akan membantu memudahkan kerja anda. 

- Setelkan urusan dengan pihak pengurusan
Jika anda tinggal di rumah apartment atau condominim pastikan urusan dengan pihak pengurusan bangunan diselesaikan terlebih dahulu. Pihak mover atau pengusaha lori tidak dibenarkan masuk ke kawasan condominum sekiranya tiada surat kebenaran dari pihak pengurusan bangunan. Sekiranya, anda tidak mendapatkan kebenaran terlebih dahulu, pindah rumah anda akan tertanggung dalam 1-2 jam. Kebenaran untuk lori masuk ke kawasan rumah anda adalah amat penting.  

-Cari lori sewa atau mover
Perkara yang paling penting adalah cari lori sewa atau movers untuk urusan pindah rumah anda. Anda perlu membuat kaji selidik terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan lori sewa.
Cari lori sewa atau movers yang boleh memenuhi permintaan anda. Jangan menggunakan konsep tangkap muat je, menggunakan perkhidmatan lori tanpa kajian selidik. 

- Sediakan barang untuk proses pindah rumah anda
Untuk memudahkan proses pindah rumah anda, anda perlu menyediakan barangan yang akan digunakan seperti pita pelekat,kotak, strech film dan juga bubble wrap untuk melindungi barangan anda semasa proses perpindahan.

- Pastikan anda telah menukar alamat surat menyurat ke rumah baru
Selain itu, anda juga perlu pastikan yang anda telah menukar alamat surat menyurat seperti bank dan juga bil-bil yang berkaitan.

-Kemaskan dan asingkan barangan anda
Anda boleh mula mengemas atau asingkan barangan anda. Mulakan dengan mengemas barang yang anda jarang/tidak selalu guna. Asingkan barangan yang mudah pecah pecah seperti cermin atau pinggang mangkuk anda ditempat satu tempat yang lain. Pakain lama yang tdiak dipakai bolehlah didermakan atau diasingkan untuk mengurangkan kuantiti barang semasa pindah. 

-Asingkan barang berharga atau penting
Perkara yang paling penting adalah anda perlu asingkan barang berharga seperti barang kemas, duit, geran rumah, kereta dan sebagainya. Barang ini perlu diasingkan dan ditempat ditempat yang lebih selamat. Ini adalah kerana semasa proses pindah rumah akan melibatkan tenaga kerja yang ramai dan mungkin keadaan rumah akan bersepah dan tidak terkawal. 


Ini adalah antara tips pindah rumah yang kami boleh kongsikan bersama anda. Pindah rumah akan jadi rumit dan stress jika tidak dirancang terlebih dahulu. Namun begitu, sekarang terdapat lori sewa atau movers yang boleh membantu anda dalam proses pindah rumah. Ada  juga movers yang menyediakan perkhidmatan pindah rumah tanpa anda berbuat apa-apa. Anda cuma duduk je, pindah rumah anda siap daro A to Z.


Untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan anda boleh menghubungi kami melalui:-