PERBEZAAN DI ANTARA LORI SEWA DENGAN MOVERS
Ramai dalam kalangan kita masih mengangap lori sewa dan movers adalah sama. Sebenarnya lori sewa dan movers adalah dua benda yang berbeza.
Lori sewa adalah cukup sinonim dengan kita tapi tak ramai yang tahu akan kewujudan movers ni. Kedua-duanya adalah hampir sama kerana menawarkan perkidmatan menghantar barang akan tetapi kebiasanya perkhidmatan yang di sediakan oleh movers tidak disediakan oleh lori sewa seperti house cleaning.
Lori Sewa biasanya bertujuan untuk mengangkat barang dari satu tempat ke satu tempat (pindah rumah). Movers pula, seakan sama fungsinya tetapi lebih upgrade dari lori sewa. Movers biasanya akan menyediakan perkhidmatan cleaning, servis air-cond, pemasangan perabot dan pelbagai lagi services.
KOS
Dari kos, lori sewa mungkin melibatkan kos perkidmatan yang lebih rendah dari movers. Namun begitu, kos perkhidmatan yang lebih mahal semestinya menjanjikan perkidmatan yang lebih baik. Sebagai contoh, dalam perkidmatan pindah rumah. Movers akan selesaikan dari A-Z, anda cuma perlu basuh kaki je untuk masuk ke rumah baru.
PENGURUSAN
Dari segi pengurusan, mover mempunyai pengurusan yang lebih baik dan teratur dari lori sewa. Mover kebiasanya mempunyai SOP kerja yang lebih baik berbanding lori sewa. Dengan ada SOP kerja, perkidmatan mover lebih teratur dan risiko kerosakan barang adalah di tahap minimum.Kebiasaanya movers mempunyai kelengkapan yang lebih lengkap seperti kotak, stretch film dan sebagainya untuk melindungi barang anda.
SOP kerja. Syarikat mover biasannya akan mempunyai s.o.p kerja mereka tersendiri bagi memastikan kelancaran sesuatu kerja atau aktiviti perpindahan. Lori sewa pula, kebanyakkannya tidak mempunyai sop kerja dan tidak mempunyai sistem yang tetap. Kebanyakkannya "main terjah" je, asalkan kerja siap.
UNIFORM
Dari segi Uniform kebiasaanya pekerja mover akan mengenakan uniform yang sesuai. Ini akan melambangkan sikap profesional pekerja movers. Selain itu, pekerja mover juga akan memakai "safety boots" untuk menjaga keselamatan mereka semasa mengankat barang. Pekerja lori sewa biasa tidak mempunyai uniform yang sesuai.
PEKERJA
Dari segi pekerja pula, pekerja syarikat movers akan mempunyai kelengkapan yang lebih lengkap berbanding pekerja syarikat lori sewa. Pekerja mover akan menggunakan alat yang terbaik dalam proses mengankat barang atau aktiviti perpindahan. Antara kelengkapan pekerja mover adalah kotak untuk packing barang, wrapping, kelengkapan untuk buka pasang perabot, perkhidmatan "house cleaning". Kebiasaannya, pekerja lori sewa tidak mempunyai kepakaran seperti pekerja movers. Pekerja movers biasanya dalam kalangan warganegara sahaja berbanding denga lori sewa yang banyak menggunakan pekerja asing.
Selain itu, movers kebiasanya menggunakan lori bonded berbanding lori sewa yang menggunakan lori kanvas. Barangan anda akan terlindung dari panas atau pun hujan. Selain itu, pemilihan lori juga adalah berdasarkan capasiti barangan anda juga.
Untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan anda boleh menghubungi kami melalui:-
Whatsapp:
Instagram:
Facebook:
Website: