KEISTIMEWAAN BULAN SYAWAL | MOVERS AND PACKERS SHAH ALAM | MOVERS AND PACKERS DAMANSARA | MOVERS AND PACKERS PUTRAJAYA | MOVERS AND PACKERS JOHOR BAHRU


Assalammualaikum dan Selamat Hari Raya semua! mesti hampa semua rindu dengan Cik Admin kan?? Maklumlah dah seminggu Cik Admin tak pok pek pok pek dekat blog ni. Hampa semua mesti tengah mood raya lagi kan? Yelah sekarang kita still dalam raya keenam bagi umat Islam.
Bulan Ramadhan, bulan yang penuh ampunan dan penuh rahmat, segala doa diijabah oleh Allah SWT. Tak ada bulan lain yang sesempurna bulan Ramadhan, memang sedih jika kita ditinggalkan bulan Ramadhan.

Namun ada yang lagi indah setelah Ramadhan meninggalkan kita, tetapi kita perlu lah rajin beribadah di bulan Syawal ini. Kerana bulan Syawal juga mempunyai keistimewaan walaupun tidak seistimewa bulan Ramadhan. Antara keistimewaan bulan Syawal:

1.      Bulan permulaan
Syawal adalah bulan kembalinya umat islam kepada fitrahnya, diampuni segala dosanya, setelah melakukan ibadah Ramadhan selama sebulan. Ini adalah permulaan setiap umat untuk menjaga ibadah dengan baik.

2.      Bulan takbir
Tanggal 1 Syawal adalah Hari Raya Idil Fitri, seluruh umat Islam mengumandangkan takbir. Berkumandangnya takbir merupakan ungkapan rasa syukur dalam melakukan ibadah Ramadhan. Malahan, kemenangan yang diraih itu tidak akan tercapai, kecuali dengan pertolonganNya. Maka kita perlu memperbanyakkan berzikir, takbir, tahmid dan tasbih.
“Dan agar kamu membesarkan Allah atas apa yang telah la beri petunjuk kepada kamu, dan agar kamu bersyukur atas nikmat-nikmat yang telah diberikan”(QS Al Baqarah: 185).

3.      Bulan silaturrahim
Dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain, pada bulan ini lah umat islam melakukan amalan silaturrahim. Bulan Syawal juga menjadi bulan penuh berkah, rahmat dan ampunan Allah kerana umat Islam menguatkan tali silaturrahim.

4.      Puasa satu tahun
Amalan yang ditentukan Rasulullah S.A.W pada bulan Syawal adalah puasa sunat selama enam hari, sebagai sambungan puasa Ramadhan.
“Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, bererti ia telah berpuasa setahun penuh” (HR. Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah).

5.      Bulan untuk menikah
Syawal adalah bulan yang baik untuk berkahwin. Ini adalah kerana hal ini dapat memecah khurafat, iaitu pemikiran dan tradisi jahiliyah yang tidak menjalankan perkahwinan pada bulan Syawal kerana takut bencana. Budaya jahiliyah itu muncul disebabkan pada suatu tahun, tepatnya bulan Syawal, Allah Ta’ala menurunkan wabak penyakit, sehingga ramai yang mati termasuk beberapa pasangan pengantin.
Maka semenjak itulah, kaum jahiliah tidak mahu melangsungkan perkahwinan pada bulan Syawal. Khurafat itu ditentang oleh Islam.
Rasulullah menunjukkan sendiri bahawa bulan Syawal baik untuk berkahwin. Siti Aisyah menegaskan: “Rasulullah S.A.W menikahi saya pada bulan Syawal, berkumpul (membina rumah tangga) dengan saya pada bulan Syawal, maka siapakah dari isteri beliau yang lebih beruntung daripada saya?”
Selain dengan Siti Aisyah, Rasulullah juga menikahi Ummu Salamah pada bulan Syawal. Menurut Imam An-Nawawi, hadis tersebut berisi anjuran menikah pada bulan Syawal. Aisyah bermaksud, dengan ucapannya ini, untuk menolak tradisi jahiliah dan anggapan mereka bahawa menikah pada bulan Syawal adalah tidak baik.


https://www.facebook.com/apmt.com.my/
team Am Pro Movers Transportation

Cik Admin rasa sampai sini saja lah yang dapat Cik Admin kongsi sedikit pengetahuan mengenai kelebihan atau keistimewaan di bulan Syawal. Cik Admin harap apa yang Cik Admin sampaikan dekat hampa semua bergunalah untuk hampa semua.



Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-







AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS


No comments:

Post a Comment