Tempat-tempat yang mudah dilupakan seperti yang akan dinyatakan di bawah ini boleh menjadi tempat pembiakan bakteria yang sempurna di rumah anda. Terdapat banyak tempat di rumah yang tidak akan kita fikirkan ketika membersihkan rumah tetapi ianya sama penting dengan pekerjaan rumah tangga yang biasa anda lakukan.
1. Di Bahagian Belakang Tandas
Membersihkan tandas merupakan perkara biasa tetapi bagaimana dengan sekeliling dan belakangnya? Selalunya kawasan tersebut sukar untuk dicapai dan dibersihkan. Bahagian belakang tandas dan sisi tidak hanya mengumpulkan habuk dan kotoran tetapi bakteria berbahaya. Bersihkannya dengan pakai sarung tangan getah dan gosok dengan baik menggunakan pembasmi kuman dan air panas.
2. Di dalam sofa
Serbuk, sampah, bulu haiwan peliharaan anda dan mungkin beberapa duit syiling adalah beberapa perkara menarik yang anda akan jumpa dan dapati sekiranya anda berani menanggalkan kusyen sofa anda. Vakum sofa anda dengan baik sekurang-kurangnya sebulan sekali dan basuh penutupnya, jika ada, untuk segera menyegarkan ruang tamu anda.
3. Tombol Pintu dan Suis Lampu
Tombol pintu dan suis lampu adalah sesuatu yang kita kendalikan setiap hari di rumah. Lapkan kedua-duanya sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk mengelakkan penumpukan bakteria, terutama di dapur dan bilik mandi.
4. Mesin Basuh
Mesin basuh perlu dibersihkan supaya dapat mencuci pakaian anda dengan berkesan. Gunakan soda bikarbonat dan cuka pembersih, tambahkan ¼ cawan soda bikarbonat ke dalam bekas pencuci mesin basuh anda dan tuangkan 2 cawan cuka ke dalam tong. Jalankan kitaran panas biasa dan biarkan mesin melakukan semua kerja. Lap seluruh mesin dengan cuka atau semburan serbaguna.
5. Di bawah katil
Bilakah kali terakhir anda vakum di bawah katil anda? Anda akan terkejut dengan seberapa cepat habuk boleh terkumpul di bawah sana, terutamanya jika anda menggunakan kawasan di bawah katil anda itu untuk meletakkan storage. Tarik segala barang yang ada di bawah dan vakum serta mop sehingga bersih jika anda mempunyai papan lantai atau jubin.
Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-
Whatsapp:
http://www.wasap.my/60102630050
http://www.wasap.my/60102630050
http://www.wasap.my/60102630050
Instagram:
https://www.instagram.com/ampromovers/?hl=en
https://www.instagram.com/ampromovers/?hl=en
https://www.instagram.com/ampromovers/?hl=en
Facebook:
https://www.facebook.com/apmt.com.my
https://www.facebook.com/apmt.com.my
https://www.facebook.com/apmt.com.my
Website:
No comments:
Post a Comment