Bagi anda yang ingin pindah rumah tetapi risau akan keluarkan atau berbelanja banyak wang untuk rumah baharu, kami ada tips yang ingin dikongsi bagi membolehkan anda berpindah dengan bajet yang murah. Berikut merupakan tips yang boleh anda gunakan:-
1) Jual barang yang tidak digunakan
Anda boleh menjana wang ketika berpindah dengan mengumpulkan barang-barang yang tidak diperlukan yang masih berharga untuk dijual. Pertimbangkan sama ada barang tersebut bernilai dari segi masa dan kos untuk berpindah. Sekiranya tidak, jual dan gunakan wang tersebut untuk perbelanjaan menggunakan khidmat movers.
2) Gunakan semula bahan pembungkusan yang murah atau percuma
Bahan pembungkusan selalunya mahal. Daripada membeli bubble wrap yang besar, cuba anda gunakan barang-barang rumah sebagai bahan pembungkus. Antaranya adalah dengan menggunakan stoking untuk membungkus barang kaca dan tuala dapur untuk memisahkan antara pinggan. Manfaatkan bungkusan asal untuk memindahkan barang sedia ada atau cari cara untuk menggunakan kotak lama untuk melindungi barang yang lebih berharga.
3) Ukur titik akses sebelum berpindah
Ukur dimensi setiap bilik dan ruang di rumah baharu anda dan mempertimbangkan lebar dan ketinggian bingkai pintu, tangga, dan laluan ke bilik. Setelah anda menentukan apa yang tidak muat, semakin mudah untuk menentukan barang yang diperlukan dan barang yang perlu ditinggalkan.
4) Jangan berbelanja berlebihan untuk rumah baru anda
Salah satu cara untuk menjimatkan wang semasa berpindah adalah dengan membeli apa yang anda perlukan di tempat baru anda. Tahan diri anda daripada menghiasi ruang baru anda sehingga anda benar-benar berada di rumah tersebut. Semakin sedikit anda membeli sekarang, semakin banyak wang yang akan anda simpan.
5) Tentukan sama ada anda harus membelanjakan wang untuk movers
Meminta bantuan sama ada daripada rakan anda atau khidmat movers merupakan salah satu keputusan penting yang perlu anda buat apabila ingin berpindah dengan bajet yang murah. Walaupun anda mungkin hanya mengeluarkan wang yang sedikit untuk belanja rakan anda sebagai upah membantu anda, adalah lebih baik jika anda menggunakan khidmat movers yang lebih professional. Anda memang perlu mengeluarkan kos yang lebih sedikit, tetapi mereka dapat menjimatkan masa berpindah anda kerana kepantasan dan kecekapan yang dimiliki oleh mereka.
Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-
Whatsapp:
http://www.wasap.my/60102630050
http://www.wasap.my/60102630050
http://www.wasap.my/60102630050
Instagram:
https://www.instagram.com/ampromovers/?hl=en
https://www.instagram.com/ampromovers/?hl=en
https://www.instagram.com/ampromovers/?hl=en
Facebook:
https://www.facebook.com/apmt.com.my
https://www.facebook.com/apmt.com.my
https://www.facebook.com/apmt.com.my
Website:
No comments:
Post a Comment