MOVER AND PACKERS MALAYSIA | MOVERS AND PACKERS SELANGOR | ANGKUT BARANG


Mover tidak semestinya melakukan aktiviti pindah rumah semata-mata. AM PRO MOVERS juga  melakukan penghantaran barang ke Semenanjung Malaysai dan juga Sabah & Sarawak.


               Baru-baru ni, APMT berpeluang bekerjasama dengan TEKNOLOGY PARK MALAYSIA (TPM) untuk penghantaran barang-barang yang akan didermakan untuk kegunaan perpustakaan USM, PULAU PINANG. Alkisahnya, bermula apabila pegawai daripada TEKNOLOGY PARK MALAYSIA menghubungi pihak  APMT untuk site visit pada hari dan tarikh yang telah ditetapkan.  Seperti yang dijanjikan team APMT telah berkunjung ke TPM bagi tujuan site visit. Site visit adalah penting agar kita dapat memahami situasi atau keadaan yang yang sebenar. Melaluinya, kita akan  dapat menentukan saiz lori, bilangan pekerja dan juga barangan lain yang diperlukan bagi memudahkan proses mengangkat dan menghantar barang ke destinasi dengan selamat  tanpa sebarang masalah.  

             Hasil daripada site visit, pihak TPM telah merancang bahawa penghantaran barang ini mengambil masa selama 2 hari, hari pertama adalah untuk proses loading barang, dan hari kedua adalah hari untuk unload  barang di USM, PULAU PINANG. Selain itu, mereka juga memerlukan size lori yang agar besar iaitu lori 10 tan kerana mereka akan memindahkan buku, rak buku, kerusi dan juga meja untuk kegunaan perpustakaan. 

         Setelah memahami permasalahan dan keadaan yang sebenar, team APMT telah mencadangakan agar TPM menggunakan lori 10 tan bonded curtain sider dan menyediakan 6 orang pekerja untuk proses mengangkat barang, 2 roll strech film untuk membungkus peralatan yang sensitif seperti meja kaca. Akhirnya, TPM bersetuju untuk menggunakan khidmat dari team APMT dan juga menerima cadangan dari team APMT. 


Dari Technology Park Malaysia ke USM, Pulau Pinang


Hari Pertama

Team kami telah tiba di TPM untuk proses mengangkat barang pada pukul 9.00 pagi.  Team kami dibahagikan kepada 3 kumpulan, team pertama akan menghantar buku yang telah telah diletakkan di dalam kotak. Team kedua ditugaskan untuk mengangkat meja dan shelf dan team ketiga ditugaskan untuk membuka rak buku dan juga meja.

Team APMT mengangkat buku yang telah diletakkan didalam kotak

Proses laoding buku melalui laoding bay ke lori

Proses menyusun barang ke dalam lori

Proses menyusun meja dan rak buku ke dalam lori


Hari Kedua

Hari kedua, team APMT telah selamat sampai di USM, Pulau Pinang. Semasa di sana team kami akan unloading barang ke perpustakaan USM, Pulau Pinang. 




Proses memasang semula shelf buku di USM,Pulau Pinang


Rak-rak buku yang  telah siap dipasang semula
Dalam masa 3 jam sahaja team AM PRO MOVERS telah selesai unloading barang-barang. Person in charge yang bertugas  amat berpuas hati dengan bantuan dari team AM PRO MOVERS. Terserlah wajah kegembiraan di riak wajah beliau. Kami juga amat berbesar hati dan gembira dengan layanan dari beliau. 

Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION.  Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-

AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS





   

No comments:

Post a Comment