TIPS MEMULAKAN PROSES PINDAH RUMAH 3.0

TIPS MEMULAKAN PROSES PINDAH RUMAH 3.0πŸ“

.

πŸ“Œ TARIKH DAN MASA


Tetapkan tarikh dan masa untuk anda berpindah. Penekanan tarikh dan masa ini amat dititikberatkan terutama sekali bagi perpindahan ke rumah jenis Apartment. Ini kerana, anda perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan untuk proses perpindahan anda seperti perlu memberikan details Lori dan Pemandu yang akan datang kepada pihak yang bertanggungjawab.

===== ===== ===== ===== ===== =====

5 PERKARA PERLU DITITIKBERATKAN DALAM PEMILIHAN TARIKH DAN MASA UNTUK BERPINDAH



1⃣ Pemilihan Hari dalam Seminggu


Sebaiknya memilih untuk berpindah pada hari bekerja iaitu dari Isnin sehingga Khamis. Hal ini bagi mengelakkan permintaan yang tinggi pada hujung minggu iaitu Jumaat hingga Ahad. Selalunya pada hujung minggu ramai orang yang akan berpindah dan anda mungkin perlu bersaing dengan mereka untuk menempah Movers. Tambahan pula, pada hujung minggu akan berlaku sedikit kesesakan lalu lintas dek kerana orang ramai akan keluar bersama keluarga pada hujung minggu.

2⃣ Waktu Persekolahan Anak


Perpindahan selalunya akan menggangu jadual persekolahan anak-anak anda. Kebanyakkan ibu bapa akan memilih untuk berpindah pada musim cuti sekolah iaitu dari Oktober hingga November. Hal ini kerana, jadual persekolahan anak-anak tidak akan dinggangu dan mereka dapat membantu dalam proses mengemas rumah. Sebaiknya, bagi anda yang ingin berpindah pada musim cuti sekolah untuk memilih hari bekerja dan bukannya pada hujung minggu.

3⃣ Cuaca


Memilih untuk berpindah pada musim tengkujuh mungkin bukan satu pilihan yang bijak kecuali apabila anda terpaksa untuk berpindah last minute atau kerana ada halangan yang mendesak. Bulan November hingga Januari adalah merupakan bulan-bulan yang mempunyai curahan hujan yang maksimum, manakala Jun dan Julai mempunyai curahan hujan yang minimum. Oleh itu, anda hendaklah memilih musim yang sederhana dan periksa cuaca terlebih dahulu sebelum memulakan perpindahan. Apabila anda memilih hari dengan cuaca yang baik, anda akan melindungi barang-barang anda serta dapat mengoptimumkan produktiviti perpindahan anda. Anda tidak boleh mengawal segala-galanya, tetapi anda boleh mengelakkan banyak masalah dengan perancangan yang baik.

4⃣ Bantuan Tenaga Kerja


Ada sesetengah orang tidak suka orang luar untuk membantu dan lebih yakin dengan keluarga sendiri. Anda patut mencari masa yang sesuai untuk berpindah di mana saudara mara dapat datang dan membantu anda mengemas barangan rumah anda. Carilah masa pada musim cuti atau hujung minggu untuk packing barang dan seterusnya pada hari bekerja anda sudah bersedia untuk berpindah dengan bantuan Movers.

5⃣ Pilihan Terletak di Tangan Anda


Pada akhirnya, pilihan Tarikh dan Masa untuk berpindah terletak di tangan anda selepas anda mempertimbangkan faktor-faktor di atas. Ambil masa untuk berfikir dan merancang jadual perpindahan anda untuk setiap faktor di atas. Pertimbangkan juga faktor-faktor lain yang akan menjejaskan tarikh dan masa perpindahan anda seperti faktor kewangan, saudara mara yang akan datang membantu dan sebagainya.

.
.

Anda mahukan yang terbaik dalam aktiviti perpindahan anda❓❓❓

Kami di AM PRO MOVERS sedia membantu anda dalam menyelesaikan masalah pindah randah anda.


Your MOVERS, LOGISTICS, HOLISTIC Centre

SLOT OKTOBER PADAT  
SLOT OKTOBER PADAT  
SLOT OKTOBER PADAT  
SLOT OKTOBER PADAT  
SLOT OKTOBER PADAT  

Informasi lanjut maklumat perpindahan anda🚚🚚🚚❓❓❓

Sebut harga PERCUMAπŸ“‹πŸ“‹πŸ“‹



Whatsapp:

Instagram:

Facebook:

Website:



AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS

#APMT
#AmProMovers
#YouTrustedMovers
#KamiLocal
#MoversMalaysia
#PakarPindahRandahAnda
#PakarPindahRumahAnda
#PakarPindahPejabatAnda
#PakarPindahKedaiAnda
#PakarBukakPasangPerabotAnda
#PakarBukakPasangAircondAnda
#PakarBukakPasangWaterHeaterAnda
#PakarKemasRumahBaruRumahLamaAnda
#SebutHargaPercumaCallTerus0102630050
#SebutHargaPercumaCallTerus0102270156

No comments:

Post a Comment