TIPS PINDAH RUMAH 5.1
PERLU KE BUKA & PASANG PERABOT?
Selalu akak-akak memang seronok membeli barangan rumah seperti sofa, almari baju, kabinet dan sebagainya semasa sales. Tapi bila pindah rumah, barang-barang tersebut perlu dibawa juga. Selalu barangan yang dibeli di luar negara perlu dijaga dengan sangat rapi dan jika berlaku sesuatu semasa perpindahan, isnya pasti akan memebri kesan kepada barangan tersebut serta akak-akak yang mengeluarkan duit untuk barangan tersebut kan!
So hari ni saya nk terangkan kenapa kita perlu dismantle atau buka perabot tersebut sebelum berpindah. Kita akan buka dan pasang semula di rumah baru akak-akak nanti.
Jommmmm Kita Mulakan
1. Pertama sekali, anda perlu tahu perabot mana yang perlu dibuka dan mana perabot yang tidak perlu dibuka. Sebagai contoh, bagi barangan antik, ianya tidak perlu dibuka kerana lapisan varnish dan kesan hisannya adalah dibuat terus ke atas perabot tersebut. Lagipula, kepingan perabot antik ini tidak pernah direka untuk dibuka di tempat pertama.
2. Mulakan dengan mengambil kira ketinggian atau kelebaran ruangan pintu untuk membawa barangan perabot anda keluar dengan selamat. Dari sini juga anda dapat menentukan barangan yang perlu dibawa keluar itu perlu dibuka atau pun tidak. Sebagai contoh, alamari yang tinggi dan tidak dapat melepasi pintu perlu dibuka. Bagi almari kaca juga, ianya perlu dibuka bagi mengelakkan kaca di dalam almari itu pecah semasa proses mengangkat.
3. Okay kita boleh mulakan Buka Perabot. Lagi membantu jika anda mempunyai kelengkapan yang betul dan lengkap. Kebanyakkan perabot dipasang dengan menggunakan screws, nuts dan bolts. Perabot yang berlainan memerlukan saiz yang berbeza untuk screws dan screwdriver.
4. Selepas perabot itu dibuka, pastikan anda menyimpan screws, bolts dan barangan kecil lain di satu tempat yang sama. Ianya lagi bagus jika anda menyimpan barangan-barangan kecil tersebut di dalam bekas lutsinar dan labelkan setiap bekas itu untuk barangan perabot yang mana satu. Option lain. anda boleh tape kan sekali plastik atau bekas yang menyimpan bolts atau screws itu sekali dengan perabot.
Suka untuk saya ingatkan bagi barangan seperti meja atau almari, wrap bahagian bucu atau kaki atau bagi memastikan bahagian yang terdedah atau mudah rosak semasa diangkat. Asingkan kusyen atau bantal yang ada tidak melekat sepenuhnya di perabot anda, kemudian balut atau simpan di tempat yang bersih.
Haaaa amacam akak-akak semua? Perpindahan mungkin nampak susah tapi ianya boleh dilakukan dengan sempurna jika anda membuat strategi dengan baik dan berhati-hati.
Anda mahukan yang terbaik dalam aktiviti perpindahan anda❓❓❓
Kami di AM PRO MOVERS sedia membantu anda dalam menyelesaikan masalah pindah randah anda..
Your MOVERS, LOGISTICS, HOLISTIC Centre
Informasi lanjut maklumat perpindahan andaπππ❓❓❓
Sebut harga PERCUMAπππ
Whatsapp:
Instagram:
Facebook:
Website:
AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS
No comments:
Post a Comment