AKU SEORANG MOVERS | AM PRO MOVERS | MOVERS MALAYSIA | MOVERS SELANGOR | MOVERS SHAH ALAM | MOVERS PUTRAJAYA

AKU SEORANG MOVERS

Dalam tugasan harian yang membantu pelanggan kami memindahkan barang dari rumah lama ke rumah baru, para pekerja kami juga perlu mematuhi S.O.P yang telah syarikat tetapkan. Bermula dari pakaian sehingga la cara membalut perabot, kesemuanya perlu mengikut S.O.P yang sedia ada.


1. Pakaian.

Telah ditetapkan untuk kami para movers memakai baju Am Pro Movers dan dalam masa yang sama perlu memakai kasut keselamatan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Pemakaian selipar DIHARAMKAN sama sekali ketika kami sedang melakukan perpindahan. 

2. Pemeriksaan Lori

Setiap pagi, sebelum bergerak ke lokasi, movers akan memeriksa lori dari segi minyak hitam, air dan sebagainya. Setiap pemandu lori bertanggungjawab untuk memastikan lori dalam keadaan selamat dan sedia bagi mengelakkan lori daripada rosak atau mungkin akan menyekat pergerakkan perpindahan para pelanggan kami.

3. Penyediaan Barang-Barang untuk Movers

Kami perlu menyediakan barang-barang untuk perpindahan pelanggan kami dari Shrink Wrap, Bubble Wrap, Corrugated dan sebagainya. Barang-barang akan ditentukan sehari sebelum bagi mengelakkan pergerakan kami lambat pada hari kejadian.


4. Pemanduan Lori

Para pemandu Am Pro Movers perlu memandu mengikut had laju yang telah ditetapkan. Dengan sistem GPS yang telah dipasang di setiap lori kami, pergerakan para pemandu dapat dipantau dan kami dapat mengesan had kelajuan pada setiap lori. Oleh itu, para pemandu akan diingatkan setiap kali mereka memandu lebih dari had laju yang sepatutnya. 


5. Memaklumkan Pelanggan 

Sebelum bergerak, ketua atau Person In Charge (PIC) akan memaklumkan pelanggan kami yang mereka sudah bergerak atau terpaksa sampai lambat disebabkan kesesakan lalu lintas atau sebagainya. 


6. Sampai Di Rumah Pelanggan

Sesampai di rumah pelanggan, movers akan meminta untuk pelanggan menandatangani Pre-Sale Agreement. Dan kami akan memeriksa keseluruhan rumah bagi memastikan keadaan rumah sebelum dan selepas berpindah adalah sama. Kami juga akan mengambil gambar rumah sebelum dan selepas berpindah.

7. Pemunggahan Barang

Barang-barang yang besar dan berat akan dibalut dengan menggunakan Corrugated dan Shrink Wrap bagi mengelakkan kerosakan pada perabot yang ada. Barang-barang akan diangkat ke dalam lori dan disusun dengan kemas bagi mengelakkan lori daripada berat sebelah atau tidak muat. 



Haaa Ini La Kehiduapan Kami Sebagai Movers. Sebenarnya Banyak Lagi Yang Ingin Saya Kongsikan Kepada Anda. Saya Akan Share kan Lagi Di Lain Hari.
.
.
.

No comments:

Post a Comment