TIPS PINDAH RUMAH
PENGGUNAAN KOTAK UNTUK MENGISI BARANG.
Masalah yang selalu kami sebagai movers hadapi ketika membantu para pelanggan kami memindahkan barang mereka ialah apabila customer mengisi begitu banyak barang di dalam satu kotak yang besar. Yang paling bahaya ialah apabila anda meletakkan barangan kaca dalam satu kotak besar dan beranggapan semakin besar kotak, semakin banyak barang yang boleh anda letakkan. Yaa, tidak dinafikan bila kita membeli atau menggunakan semula kotak yang besar, kita akan berfikir untuk meletakkan sebanyak mungkin barang. Akan tetapi kotak yang besar tidak boleh diisi dengan barang yang berat. Letakkan barang yang anda rasa besar dan tidak memberatkan sangat kotak tersebut.
Tahukah anda, semakin besar kotak semakin sikit barang yang boleh disimpan di dalamnya. Selalukah anda meletakkan barangan dapur seperti pinggan mangkuk kaca di dalam sebuah kotak yang besar? Risiko yang bakal anda hadapi adalah, semua barang tu akan pecah sesudah sampai ke rumah baru atau anda mungkin akan menghadapi masalah mengangkat kotak tersebut dek kerana terlampau berat.
Di sini saya akan kongsikan sedikit tips untuk perpindahan kotak anda. Jom kita mulakan.
1. Jangan isikan kotak yang besar dengan barang-barang yang sangat berat. Hal ini akan menjadikan ianya susah diangkat semasan proses perpindahan dan akan ada besar kemungkinan dimana kotak anda akan terbuka di bahagian bawah diamana di situlah tempat yang paling lemah sekali.
3. Acap kali saya pesan, setiap kali selesai anda menyimpan barangan anda di dalam kotak, pastikan ianya dilabel dengan betul dan jelas. Hal ini bagi mengelakkan barangan anda di angkat dengan sewenang-wenangnya dan tiada pemerhatian sebaiknya.
Anda mahukan yang terbaik dalam aktiviti perpindahan anda❓❓❓
Kami di AM PRO MOVERS sedia membantu anda dalam menyelesaikan masalah pindah randah anda.
.
.
Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-
Whatsapp:
Instagram:
Facebook:
Website:
AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS
No comments:
Post a Comment