Team Movers dan Tuan Rumah | Baik Sangat Tuan Rumah Kepada Team Movers | Patut Ke?

"SAYA NAK TEAM MOVERS SEMUA ADA MASA UNTUK REHAT. SAYA TAKNAK MEREKA PENAT MASA TOLONG PINDAHKAN BARANG-BARANG SAYA."

Puan Rohayati atau gelaran sepatutnya ialah Dr Rohayati yang merupakan doktor gigi di sebuah hospital kerajaan telah menghubungi Am Pro Movers dan menanyakan tentang quotation atau sebut harga untuk perpindahan beliau.

Seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini, kami akan buat site visit terlebih dahulu dan akan evaluate setiap barang yang akan dibawa ke rumah baru. Kami akan mengenal pasti perabot yang perlu dibuka pasang, yang mana perlu dijaga dengan rapi dan sebagainya. Dari pihak Dr Rohayati sendiri, beliau memberitahu kami yang beliau dan keluarga tidak mampu untuk mengemas di mana beliau dan suami telah berusia manakala anak-anak pula cuma 2 orang dan kedua-duanya adalah perempuan. Di sini kami sarankan Puan Rohayati untuk memilih Pakej Premium atau Full Packing. Setelah selesai membuat penilaian, dan Puan Rohayati sendiri setuju dengan sebut harga yang diberikan.

Hasil dari perbincangan kami semasa site visit, Puan Rohayati sendiri memilih untuk menyelesaikan perpindahan beliau dalam masa 2 hari. Di mana pada hari pertama adalah untuk packing dan membawa keluar semua barang di rumah lama manakala pada hari kedua adalah untuk membawa masuk dan mengemas barang di rumah baru. Beliau tidak mahu team kami penat jika melakukan kerja secara berterusan. Alhamdulillah, beliau merupakan seorang yang amat baik dan mudah dibawa berbincang. Hasil kerjasama ini lah yang amat membantu dalam proses perpindahan. Puan Rohayati menyediakan makanan untuk team kami dan memberikan kemudahan yang amat baik pada kami. Tidak mampu saya ucapkan terima kasih atas layanan yang begitu baik yang telah diberikan oleh Puan Rohayati sekeluarga kepada team kami.




"Saya rasa sayang nak buka wrapping ni sebab cantik sangat" sampai begitu sekali katanya. Disebabkan Puan Rohayati memilih pakej premium, kami menyediakan perlindungan insurans untuk barang-barang yang "high value". Kami akan balut sebaik mungkin bagi melindungi perabot yang agak sensitif atau yang memerlukan perlindungan maximum. Ini adalah perabot yang telah dibalut dengan rapi.








Ribuan Terima Kasih Kepada Puan Rohayati dan Semua Pelanggan Am Pro Movers yang Memberi Kepercayaan Kepada Kami untuk Membantu Anda Menyelesaikan Masalah Perpindahan Anda. InsyaAllah ada rezeki mungkin kita akan bekerjasama lagi.
.
.

Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION.  Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-


AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS

No comments:

Post a Comment