PROSEDUR PERTUKARAN SEKOLAH | MOVERS AND PACKERS SELANGOR | MOVERS AND PACKERS KUALA LUMPUR


PROSES PERTUKARAN SEKOLAH


Bila tiba hujung tahun saja, tentu ramai di kalangan ibu ayah yang berpindah tempat kerja baru atau berpindah ke rumah baru kan? 

Ramai ibu bapa mengeluh bila proses nak pindahkan anak dari satu sekolah ke sekolah yang lain. Sebenarnya senang saja, kalau tahu prosedur, walaupun penat, tapi sekurang-kurangnya sekali saja buat dan selesaikan.





Anda akan menyukarkan diri anda dan juga pihak sekolah, andainya anda memindahkan anak anda hanya dengan proses di Jabatan Pelajaran. Anda perlu melalui pihak sekolah dahulu, jika tidak mahu sebarang kesulitan yang lain timbul. Kerana untuk pengetahuan anda, tak semua Pejabat pelajaran rajin nak memaklumkan pada pihak sekolah. Andalah yang bernasib malang, kerana apabila pihak sekolah tidak dimaklumkan, maklumat anak anda akan tergantung statusnya disekolah lama, dan anda mungkin akan menerima surat buang sekolah dari sekolah lama. 


Pertama, ambil borang pindah dari sekolah, sila jangan lompat langkah ini. Apabila anda mengambil borang pindah dari sekolah, mengisi maklumat-maklumat anda, satu senarai semak untuk mengambil dokumen-dokumen anak anda disekolah juga akan disertakan. Dan dalam masa yang sama, waktu ini, pihak kerani akan menyediakan surat permohonan pindah yang perlu anda bawa ke Jabatan Pelajaran Daerah.

Kedua, Minta anak anda ambil semua dokumen-dokumen dia dari guru-guru yang berkenaan:

Guru Kelas:Fail profile pelajar, buku rawatan kesihatan, kad kemajuan (bergantung pada sesetengah sekolah)

Guru Sejarah: Folio Sejarah
Guru Geografi: Folio Geografi
Guru K.Hidup: Folio Kemahiran Hidup
Guru Bahasa Inggeris: Ujian PLBS
Guru Bahasa Melayu: Ujiam PLBS
Guru P.Islam: Borang PAFA
Guru Sains: Fail PEKA

Lengkap kesemua ini, bermaksud anda telah memberi kerjasama yang baik pada pihak sekolah.


DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN OLEH IBUBAPA/PENJAGA KEPADA PIHAK SEKOLAH LAMA :-

(1) 1 Borang Permohonan Untuk Bertukar Sekolah Oleh Murid Warganegara [ P.U.(A) 275 Jadual Ketiga ] (diisi ibubapa/penjaga)
(2) 1 Salinan surat beranak
(3) 1 Salinan IC ibubapa/penjaga
(4) 1 Salinan surat nikah
(5) 1 Surat hak jaga anak (kes cerai)
(6) 1 Surat anak angkat (jika anak angkat)
(7) 1 Bil air/letrik/cukai pintu (sah alamat terkini)

DOKUMEN YANG PIHAK SEKOLAH PROSES DAN DIKEMUKAKAN OLEH IBUBAPA/PENJAGA KEPADA PPD/JPN :-

(1) 4 Salinan Borang P.U.(A) 275 Jadual Ketiga (diisi pihak sekolah lama)
dan semua salinan (2) ,(3), (4) ,(5) ,(6), dan (7) seperti di atas yang telah disahkan oleh Guru Besar sekolah lama.

DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN OLEH IBUBAPA/PENJAGA KEPADA PIHAK SEKOLAH BARU :-

(1) 1 Salinan Borang P.U.(A) 275 Jadual Ketiga (diluluskan oleh PPD/JPN)

(2) Fail Peribadi Murid yang mengandungi :-
   - Salinan Keputusan Peperiksaan Terakhir
   - Buku Rekod Profil Pentaksiran Sekolah
   - Buku Rekod Kesihatan Murid
   - Kad Rawatan Perkhidmatan Pergigian
   - Buku Rekod Pencapaian Murid Program j-Qaf
   - Sijil-sijil Pengiktirafan 

(3) Semua salinan (2),(3),(4),(5),(6) dan (7) seperti di atas yang telah disahkan oleh Guru Besar sekolah lama.




Ketiga, setelah surat permohonan pindah dari pihak sekolah siap, sila ambil dari kerani, pastikan ambil dalam kadar segera, supaya surat anda tidak hilang. Bawa surat ni ke Jabatan pelajaran, unit sekolah menengah, bagi yang sekolah menengah. Dan..anda akan diarahkan mengisi borang, sekolah mana anda kehendaki.



Keempat, sila hubungi sekolah yang dikehendaki atau datang sendiri kesekolah itu, untuk memastikan sekolah ini mempunyai kekosongan dan anak anda boleh ditempatkan disini. Sekiranya pengetua mengatakan anak anda boleh diterima, maklumkan kembali kepada pihak Jabatan.



Kelima, maklumkan kepada pihak sekolah lama, yang anak anda telah diterima masuk kesekolah yang baru, pihak sekolah akan menyediakan surat makluman perpindahan beserta senarai semak dokumen yang dibawa ke sekolah baru.



Sekian, selamat mengharungi hidup baru disekolah baru...hehe. Tolong awasi anak anda, kerana kes buli pelajar baru adalah perkara biasa di semua sekolah di Malaysia. Dan meadaptasi situasi baru disekolah, bukan lah perkara mudah bagi pelajar, ada pelajar yang kecundang pada tahap ini dan menjadi remaja yang bermasalah hanya kerana kes perpindahan sekolah.



Harap maklum, prosedur ini tepat 100% untuk sekolah menengah, setiap dokumen mungkin berbeza mengikut tahap menengah rendah dan menengah atas. Namun prosedur dari Sekolah ke Jabatan Pelajaran adalah prosedur tetap yang harus dilalui, kecualilah kalau anda adalah Ketua Jabatan Pelajaran Negeri.


Credit to :- blog hikayat cikgu terlampau


Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION.  Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-



9 comments:

  1. Kalau budak sekolah tahfiz nk pindah sekolah mcm mne

    ReplyDelete
  2. tq for the info sangat bermanfaat kepada saya

    ReplyDelete
  3. bagi kes ibu bapa yg sudah bercerai surat akuan hak penjagaan ini adakah wajib? dan boleh kah saya menambah dalam akuan saya itu (hanya utk urusan pertukaran sekolah)? ini kerana jika tidak boleh, akuan saya itu akan menyebabkan saya hilang hak keatas anak saya tlg jelaskan saya keliru terima kasih

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum saya nk bertanya saya sebagai kakak kandung kepada adik saya yg menjadi ank angkat dri sebuah keluarga perlukan Surat atau hak jagaan juga ke, sebab nk pindahkn dari sekolah kampung ke sekolah Bandar mohon tunjuk ajar tq

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas pkongsian ilmu yg bguna ini

    ReplyDelete
  6. I’d ought to talk to you here. Which is not something It’s my job to do! I enjoy reading an article which will get people to believe. Also, appreciate your permitting me to comment! Moving Services

    ReplyDelete
  7. Thank for sharing such an informative Blog. Click and visit our site. House Removals Chichester

    ReplyDelete