ELAUN PINDAH RUMAH KERAJAAN YANG RAMAI TAK TAHU | MOVERS AMPANG | MOVERS PROFESSIONAL

Pekerja kakitangan kerajaan, biasa akan sentiasa ditukarkan tempat kerja bagi memenuhi tuntutan di satu-satu tempat atau bahgian yang kekurangan kakitangan. Kadang-kadang anda akan ditukarkan kerja dia daerah yang lain ataupun melibatkan negri yang lain. Tak kesahlah daerah atau negeri yang lain sekiranya jarak antara dua tempat adalah agak jauh dan tidak berbaloi  untuk anda berulang alik tempat kerja. Antara jalan penyelesaian yang terbaik adalah dengan pindah rumah. Pindah rumah adalah menjadi perkara biasa bagi kakitangan kerajaan. 

Berpindah Rumah 

Seseorang pegawai yang berpindah rumah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran bagi membiayai perbelanjaan perpindahan rumah tersebut mengikut keadaan-keadaan, syarat-syarat dan kadar-kadar berikut: 

4.1 Kelayakan Memohon

4.1.1 Berpindah rumah dari rumah sendiri/rumah sewa/rumah Kerajaan ke rumah Kerajaan atau rumah yang sewanya dibayar oleh Kerajaan dan sebaliknya atas arahan pihak berkuasa tertentu; atau

4.1.2 berpindah rumah dari rumah sendiri/rumah sewa/rumah Kerajaan ke rumah yang dibeli di bawah Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan.


Syarat-syarat 

Syarat-syarat membuat tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran bagi perpindahan rumah adalah seperti berikut:

4.2.1 Tuntutan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang 

4.2.2 tuntutan tertakluk kepada syarat bahawa pegawai mendiami rumah tersebut; 

4.2.3 Perpindahan rumah yang tidak melibatkan perbelanjaan pengangkutan barang-barang misalnya perpindahan rumah antara blok dalam kompleks yang sama, pegawai hanya layak menuntut ½ atau 50% daripada bayaran penuh. Begitu juga, jika kemudahan pengangkutan barang-barang disediakan, pegawai hanya layak menuntut ½ atau 50% daripada bayaran penuh. Bagi perpindahan rumah antara tingkat dalam blok yang sama, pegawai tidak layak menuntut apa-apa elaun/bayaran perpindahan rumah tersebut; 

4.2.4 Seseorang pegawai tidak layak menuntut elaun, bayaran dan kemudahan bersabit dengan perpindahan rumah tersebut jika kemudahan makan, perjalanan dan pengangkutan barang-barang disediakan; dan 

4.2.5 Tuntutan elaun perpindahan rumah hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan di dalam tempoh tidak lewat daripada 3 bulan selepas tarikh perpindahan rumah dilakukan. Seterusnya bagi permohonan tuntutan elaun/bayaran di bawah perenggan 4.1.2 di atas, Ketua Jabatan hendaklah memastikan bahawa peruntukan di perenggan 3.2 (iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1989 dipatuhi. 

4.3 Kadar adalah tertakluk kepada syarat bahawa kemudahan tidak disediakan maka perkiraan jumlah yang layak dituntut adalah seperti di Jadual 2.

Untuk anda ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-


Whatsapp:

Instagram:

Facebook:

Website:

BENEFICIAL, PREFERRED, TRUSTED