(DONE) MOVERS AND PACKERS MALAYSIA | MOVERS AND PACKERS PINDAH LUAR NEGARA | MOVERS AND PACKERS KUALA LUMPUR


Advance Movers and Packers Package, client  nak pindah ke Pakistan. Nak pindah untuk menetap di negara sendiri setelah beberapa lama merantau dinegara orang. Tuan Arjun sememangnya berasal dari negara Pakistan.

Sebelum perpindahan Tuan Arjun, telah membuat servey terlebih dahulu bagi memilih movers yang terbaik untuk menguruskan aktiviti perpindahan beliau. Setelah melakukan servey melalui aplikasi facebook, google dan juga melalui kenalan rapat beliau. Namun begitu, setelah melakukan beberapa servey beliau telah bersetuju untuk memilih AM PRO MOVERS,  setelah mendapat recommendation dari teman rapat beliau sendiri iaitu Tuan Farid.

Untuk pindah rumah Tuan Arjun beliau telah memilih untuk mengambil pakej advance movers and packers package. Untuk pakej advance crew AM PRO MOVERS akan melakukan dari A to Z di rumah lama beliau. Kesemua barangan rumah beliau akan dimasukkan kedalam kontena untuk dihantar terus ke Pakistan. Kesemua team AM PRO MOVERS akan mengemas barangan rumah beliau termasuklah pinggan mangkuk, perabot  (almari, katil, peti ais dan banyak lagi).

Seperti biasa sehari sebelum pindah rumah Tuan Arjun team AM PRO MOVERS akan menyediakan barangan atau kelengkapan yang diperlukan. Rumah Tuan Arjun adalah rumah jenis condominium, kerja-kerja mengemas di rumah Tuan Arjun mestilah disiapkan sebelum pukul 5 petang. Ini adalah merupakan syarat yang dikenakan oleh pihak pengurusan. Oleh itu, tenga kerja yang ramai diperlukan untuk memastikan segala barangan dan pekakas rumah Tuan Arjun dapat disiapkan tepat pada masanya.  Kepantasan dan kecekapan amat diperlukan dalam aktiviti pindah rumah Tuan Arjun ini.

Semasa hari pindah rumah Tuan Arjun, crew AM PRO MOVERS telah bertolak seawal pagi iaitu tetap pada pukul 8.00 pagi. Seramai 7 orang crew telah dihantar bagi membantu pindah rumah beliau. Bilangan crew yang ramai akan lebih mempercepatkan kerja-kerja membungkus, membuka , mengangkat dan mengemas rumah Tuan Arjun.

https://www.facebook.com/apmt.com.my


Seperti biasa, crew kami akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memastikan kelancaran pindah rumah ini. Team pertama seramai dua orang ditugaskan untuk mengemas bahagian dapur. Kami difahamkan bahawa Tuan Arjun ingin membawa pulang kesemua pinggan mangkuk beliau untuk dijadikan sebahagian kenangan semasa menetap di Malaysia. Oleh itu, untuk memastikan pingan mangkuk beliau tdiak pecah semasa dalam proses menghantaran ke Pakistan, crew AM PRO MOVERS akan membalut satu per satu pinggan mangkuk beliau. Kami akan menggunakan bubble wrap dan juga PE FOAM untuk membalut pinggang mangkuk sebelum dimasukkan ke dalam kotak dan diletakkan di dalam kontena. Dengan menggunakan bubble wrap dan juga PE FOAM, ia akan membantu mengurangkan tekanan, pelanggaran semasa berada di dalam kontena. Kami membuat sedaya mungkin untuk membantu Tuan Arjun.

https://www.facebook.com/apmt.com.my

https://www.facebook.com/apmt.com.my

https://www.facebook.com/apmt.com.my



Team kedua pula akan mengambil tugasan untuk wrapping barang-barang yang bersaiz besar seperti sofa, almari kaca, almari kayu, kabinet , almari dapur dan peti sejuk dan juga mesin basuh.Untuk almari yang boleh dibuka, team AM PRO MOVERS akan membuka dan dibalut menggunakan wrapping bagi memastikan ianya tidak rosak atau tercalar semasa berada di dalam kontena. Untuk peralatan seprti tv dan peti sejuk atau almari kaca. Team AM PRO MOVERS akan membalut barangan tersebut sebanyak 3 lapisan. Untuk lapisan pertama team AM PRO MOVERS akan menggunakan bubble wrap diikuti dengan corrugated paper dan lapisan terakhir adalah menggunakan strech film. 

https://www.facebook.com/apmt.com.my

https://www.facebook.com/apmt.com.my



Team ketiga pula akan mengambil tugasan untuk mengemas bahagia bilik Tuan Arjun, termasuklan mengemas pakaian dan juga perabot (katil, almari solek). Untuk tilam kami menggunakan strech film bagi mengelakkan tilam kotor atau terkoyak semasa berada di dalam kontena. Untuk pakain pula, team AM PRO MOVERS akan meletakkannya didalam kotak dan ditanda mengikut nama dan kegunaan. Ini adalah untuk memudahkan Tuan Arjun semasa di Pakistan nanti. Beliau tidak perlu membuka kotak yang tidak diperlukan dan juga memudahkan urusan beliau untuk mengemas di rumah baru nanti. 


https://www.facebook.com/apmt.com.my

Hampir 8 jam membantu perpindahan Tuan Arjun, tepat jam 5.00 petang kesemua barangan Tuan Arjun telah berada di dalam kontena untuk terus dihantar ke pelabuhan dan berlayar ke Pakistan. Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar dan dimudahkan segala urusan pada hari tersebut. Tuan Arjun juga amat berpuas hati dengan servis yang telah dilakukan oleh pihak kami

.
.
.
Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION.  Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-




AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS

(DONE) MOVERS AND PACKERS MALAYSIA | MOVERS AND PACKERS PEJABAT | BUKA DAN PASANG MEJA MAKMAL


Dari UNIMY Putrajaya ke UNIMY Cyberjaya, untuk buka dan pasang semula meja makmal. Untuk buka dan pasang kita memerlukan tenaga mahir yang arif dan memerlukan peralatan yang lengkap. Peralatan yang lengkap amat penting untuk memudahkan segala urusan  buka dan pasang meja makmal. 

Team kami telah terpilih untuk membantu membuka meja makmal di UNIMY Putrajaya dan memasangnya semula UNIMY Cyberjaya. Segala perancang telah di atur dengan teliti untuk memudahkan segala urusan semasa kerja sedang di jalankan. 

04 December 2018
Hari pertama proses membuka meja makmal sahaja. Untuk hari pertama, kami telah menghantar 2 orang crew untuk proses membuka meja. Team Am Pro Movers telah sampai di UNIMY Putrajaya tepat jam 11 pagi. Segala kelengkapan seperti cordless and tools telah dibawa bersama bagi memudahkan segala kerja-kerja. Selain itu, bagi kerja-kerja membuka meja ini, ketepatan, fokus dan ketelitian amat penting. Kesemua meja telah dibuka perlu dilabel dan skru yang terdapat pada meja hendaklah disimpan ditempat yang betul untuk mengelakkan kehilangan. Jika terdapat satu part yang hilang atau tertinggal, ia akan merumitkan proses pemasangan nanti. Setelah kesemua meja siap di buka, meja tersebut terus dihantar ke UNIMY Cyberjaya. Kerja-kerja membuka meja mengambil masa  hampir 8 jam. 

Keadaan makmal sebelum meja di buka sepenuhnya

Antara peralatan yang telah dibuka

Antara peralatan yang telah dibuka

Antara peralatan yang telah dibuka


06 December 2018
Hari kedua iaitu hari untuk memasang semula meja makmal. Untuk hari yang kedua kami telah menghantar 3 orang crew untuk menjalankan kerja-kerja pemasangan. Ini adalah proses pemasangan akan mengambil masa yang lebih lama. Tenaga kerja mahir adalah amat penting kerana kerja pemasangan adalah lebih rumit. Team kami telah sampai tepat pada masanya di UNIMY Cyberjaya. Kerja pemasangan mengambil masa hampir 10 jam.


Proses memasang semula meja makmal di UNIMY Cyberjaya

Proses memasang meja makmal di UNIMY Cyberjaya


Namun begitu segala kerja dan cabaran semasa proses pemasangan dapat diatasi dengan sebaik mungkin. " Good Jobs Guys", kata-kata pujian dari customer untuk team AM PRO MOVERS !!!

.
.
.
.

Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION.  Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-


AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS

(DONE) PINDAH RUMAH PREMIUM PACKAGE | MOVERS AND PACKERS AMPANG | MOVERS AND PACKERS JOHOR | MOVERS AND PACKERS SELANGOR


Tak selesa dengan  kawasan tempat tinggal dan rasa tak selamat dengan keadaan sekeliling. Ini adalah sebab kenapa Tuan Fazli  nak berpindah dari rumah lama ke rumah baru. Tuan Fazli telah menghubungi team AM PRO MOVERS dan menyatakan bahawa beliau ingin berpindah dalam masa yang terdekat dalam yang sama beliau juga perlu menyelesaikan tugas beliau sebagai pegawai beruniform. Selain itu, isteri beliau juga merupakan seorang yang berkerjaya dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengemas rumah.  

Beliau juga perlu menguruskan hal berkaitan dengan penukaran sekolah anak beliau. Setelah memahami segala permasalahan beliau, team AM PRO MOVERS telah mencadangkan agar beliau pindah dengan pakej PREMIUM MOVERS AND PACKERS dari AM PRO MOVERS. Melalui pakej ini, beliau tidak perlu mengemas, mengangkat, membalut atau berfikir macam untuk memindahkan barang beliau. Team AM PRO MOVERS akan membantu beliau dari rumah lama ke rumah baru tanpa beliau perlu mengeluarkan setitik peluh pun. Akhirnya beliau telah menerima cadangan kami untuk menggunakan pakej PREMIUM MOVERS AND PACKERS

Team AM PRO MOVERS di kediaman lama Tuan Fazli
Semasa hari perpindahan, team kami seramai 5 orang telah bergerak seawal pagi bagi membantu pindah rumah beliau. Segala persiapan untuk pindah rumah beliau telah kami sediakan termasuklah strech film, corrugated paper, kotak, tape, cordless, drill dan juga kelengkapan membuka, memasang  dan servis penghawa dingin beliau.


Keadaan rumah Tuan Fazli sebelum di kemas

Setiba team AM PRO MOVERS di rumah Tuan Fazli di Nilai, team kami dipecahkan kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama di letakkan di bahagian dapur. Team pertama perlu packing segala pinggan mangkuk, peralatan dapur dan parabot dapur seperti kabinet dan juga peti ais. Untuk pinggan mangkuk kami menggunakan BUBBLE WRAP dan juga PE FOAM untuk melindunginya sebelum di masukkan ke dalam kotak. Ini adalah untuk mengelakkan pinggan mangkuk daripada pecah atau retak semasa proses pemindahan berlaku.


Team AM PRO MOVERS membalut mesin basuh agar tidak tercalar semasa proses perpindahan

Kumpulan kedua pula, ditugaskan untuk berada diruang tamu rumah. Team ini ditugaskan untuk megemasa perabot dah juga pelbagai peralatan yang berada di ruang tamu. Untuk almari, bagi mengurangkan ruangan lori, kami telah membuka dan akan memasangnya semula sesudah  sampai di rumah baru.
Team AM PRO MOVERS membuka katil anak Tuan Fazli

Team Ketiga akan mengemas bahagian bilik tidur. Rumah Tuan Fadzli mempunyai 3 biji bilik yang perlu dikemaskan. Segala peralatan seperti baju akan diletakkan di dalam kotak dan di label mengikut kegunaan barangan tersebut. Ini akan lebih menyenangkan tuan rumah untuk mengenal pasti barangan mereka di rumah baru nanti.

Setelah hampir 8 jam mengemas, membungkus dan mengangkat peralatan rumah Tuan Fazli, akhirnya keseluruhan barangan telah berjaya di letakkan di dalam lori. Sebelum meninggalkan rumah lama beliau, team kami juga akan membuat pembersihkan keseluruhan rumah. Kami akan memastikan rumah lama ditinggalkan dalam keadaan bersih dah kemas. Setelah selesai proses pembersihan, team kami meneruskan perjalan ke rumah baru beliau yang terletak tidak jauh dri rumah lama.


Team AM PRO MOVERS menggunakan strech film perabot yang tidak perlu dibuka



Selain itu, Tuan Fazli juga mempunyai 3 biji penghawa dingin yang perlu dibuka dan dipasang semula di rumah baru beliau. Team AM PRO MOVERS juga mempunyai kepakaran untuk buka, servis dan pasang semula penghawa dingin. Team kami buka dirumah lama, servis terlebih dahulu dan pasang semula di rumah baru beliau.

Penghawa dingin Tuan Fazli sedang diservis sebelum dipasang dirumah baru

Proses pemasangan pengahawa dingin



Setelah tiba di rumah baru, team kami akan menurunkan barangan ke rumah tuan Fazli, sekaligus team kami akan menyusun peralatan rumah mengikut permintaan beliau. Kami terus menyusun segala peralatan termasuklah pinggan mangkuk, baju, sofa, tv. Untuk perabot yang telah di buka akan dipasang semula terlebih dahulu.


Keadaan rumah lama Tuan Fazli sebelum Team AM PRO MOVERS bergerak ke rumah baru 


Keadaan rumah lama Tuan Fazli sebelum Team AM PRO MOVERS bergerak ke rumah baru 



Tuan Fazli bersama Team Laeder AM PRO MOVERS

Akhirnya, kesemua barangan Tuan fazli berjaya dipindahkan dengan selamat. Tiada kata-kata yang dapat diucapkan oleh beliau, kecuali ucapan jutaan terima kasih kerana telah memudahkan urusan beliau. Kami juga amat berbesar hati kerana telah berjaya membantu memudahkan urusan beliau.


Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION.  Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-


AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS