GPS TRACKER | LORI | KENAPA PERLU RISAU | AM PRO MOVERS ADA JAWAPANNYA |

"Janji Nak Sampai Rumah Customer Pukul 11 Pagi. Sekarang Dah Pukul 12.30 Tengah Hari. Korang Dekat Mana Sebenarnya?"


Ni dialog zaman dulu-dulu kak, abang. Pernah terjadi tak pada anda yang menunggu dimana lori sewa yang akan tiba di rumah anda? Pernah ada kerisauan pada lori yang membawa barangan anda ke rumah baru tetapi masih belum kunjung tiba? Mesti anda dalam keadaan resah gelisah kan? Yelaa barang yang dibawa di dalam lori itu mungkin barangan perabot yang mahal harganya atau pun barangan elektrik seperti peti ais dan mesin basuh.

Zaman la ni, kita pakai kemudahan teknologi sedia ada. Hati kami senang, pelanggan kami pun gembira. Am Pro Movers sedia maklum dengan per masalahan seperti ini. Kami memahami perasaan customer kami dan dalam masa yang sama kami juga mahukan yang terbaik dalam servis kami.



Sistem GPS Tracker merupakan satu jenis peranti atau device yang dipasang kepada sesebuah kenderaan seperti kereta, bas dan sebaginya. Fungsi GPS Tracker untuk kereta, bas, lori, motosikal dan sebagainya adalah untuk seseorang individu untuk mendapat lokasi yang tepat bagi kenderaan tersebut pada setiap masa. Maklumat lokasi tersebut akan dipaparkan pada sebuah peta atau carta untuk mengetahui lokasi aset (lori) yang sedang dikesan tersebut.





Dengan adanya alat ini, APMT boleh melaporkan kepada anda pada setiap masa. Jadi anda tidak perlu risau lagi untuk menunggu dan juga berasa gelisah. 

Haaa ada yang yang masih belum clear ka? Akak-akak atau abang-abang yang ada tanda tanya atau persoalan, jangan segan, jangan silu boleh kemukan kepada kami. Boleh tanya kami, InsyaAllah kami cuba sehabus baik untuk bantu.

Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION.  Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-


AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS

QUOTATION PERCUMA PINDAH RUMAH | SITE VISIT PERCUMA PINDAH OFFICE | PINDAH RUMAH | PINDAH OFFICE | MOVERS MALAYSIA

SITE VISIT  PERCUMA!




"Boleh datang untuk buat site visit ke? Saya tak tahu nak anggar lori berapa tan yang nak pakai."



Haaa selalu customer kami akan bagi ayat macam ni bagi memudahkan urusan perpindahan mereka. 
Ada yang akan tanya kalau untuk site visit perlu bayar ke? 

Jawapan kami ialah, ianya PERCUMA untuk area Klang Valley.

APMT faham ada customer kami yang buntu untuk perpindahan mereka mungkin kerana ianya adalah kali pertama mereka berpindah. Ada yang tidak tahu untuk memulakan mengemas rumah, ada yang tidak tahu barangan mana yang harus di-packing dahulu, ada juga yang tidak tahu bagaimana untuk mengurusakan perabot dan sebagainya. 

Haa disini lah AM PRO MOVERS datang sebagai wira yang menyelamatkan kucar-kacir yang melanda customer kami. Kami akan ke rumah customer kami dan akan melihat dan menilai barangan yang perlu dibawa ke rumah baru. Perabot mana yang hendak dibawa, yang perlu dibuka dan dipasang, barangan mana yang perlu dibawa dan di masukkan ke dalam kotak, barangan kaca yang hendak dibawa, barangan elektrik dan segalanya. 

Selalunya kami akan meminta customer untuk mengisi satu form bilamana customer kami menghubungi kami melaui whatsapp. Form itu bagi menentukan jenis rumah, jarak dari rumah lama ke rumah baru, perabot yang hendak dibuka pasang dan sebagainya.








Pada masa yang sama, semasa site visit kami akan melakukan penilaian yang lebih teliti dan akan menasihati customer kami untuk proses perpindahan mereka. 

Kenapa nak pening-pening lagi untuk perpindahan anda. Kami di
Am Pro Movers sedia membantu anda.
.
.

MOVER AND PACKERS MALAYSIA | MOVERS AND PACKERS SELANGOR | ANGKUT BARANG


Mover tidak semestinya melakukan aktiviti pindah rumah semata-mata. AM PRO MOVERS juga  melakukan penghantaran barang ke Semenanjung Malaysai dan juga Sabah & Sarawak.


               Baru-baru ni, APMT berpeluang bekerjasama dengan TEKNOLOGY PARK MALAYSIA (TPM) untuk penghantaran barang-barang yang akan didermakan untuk kegunaan perpustakaan USM, PULAU PINANG. Alkisahnya, bermula apabila pegawai daripada TEKNOLOGY PARK MALAYSIA menghubungi pihak  APMT untuk site visit pada hari dan tarikh yang telah ditetapkan.  Seperti yang dijanjikan team APMT telah berkunjung ke TPM bagi tujuan site visit. Site visit adalah penting agar kita dapat memahami situasi atau keadaan yang yang sebenar. Melaluinya, kita akan  dapat menentukan saiz lori, bilangan pekerja dan juga barangan lain yang diperlukan bagi memudahkan proses mengangkat dan menghantar barang ke destinasi dengan selamat  tanpa sebarang masalah.  

             Hasil daripada site visit, pihak TPM telah merancang bahawa penghantaran barang ini mengambil masa selama 2 hari, hari pertama adalah untuk proses loading barang, dan hari kedua adalah hari untuk unload  barang di USM, PULAU PINANG. Selain itu, mereka juga memerlukan size lori yang agar besar iaitu lori 10 tan kerana mereka akan memindahkan buku, rak buku, kerusi dan juga meja untuk kegunaan perpustakaan. 

         Setelah memahami permasalahan dan keadaan yang sebenar, team APMT telah mencadangakan agar TPM menggunakan lori 10 tan bonded curtain sider dan menyediakan 6 orang pekerja untuk proses mengangkat barang, 2 roll strech film untuk membungkus peralatan yang sensitif seperti meja kaca. Akhirnya, TPM bersetuju untuk menggunakan khidmat dari team APMT dan juga menerima cadangan dari team APMT. 


Dari Technology Park Malaysia ke USM, Pulau Pinang


Hari Pertama

Team kami telah tiba di TPM untuk proses mengangkat barang pada pukul 9.00 pagi.  Team kami dibahagikan kepada 3 kumpulan, team pertama akan menghantar buku yang telah telah diletakkan di dalam kotak. Team kedua ditugaskan untuk mengangkat meja dan shelf dan team ketiga ditugaskan untuk membuka rak buku dan juga meja.

Team APMT mengangkat buku yang telah diletakkan didalam kotak

Proses laoding buku melalui laoding bay ke lori

Proses menyusun barang ke dalam lori

Proses menyusun meja dan rak buku ke dalam lori


Hari Kedua

Hari kedua, team APMT telah selamat sampai di USM, Pulau Pinang. Semasa di sana team kami akan unloading barang ke perpustakaan USM, Pulau Pinang. 




Proses memasang semula shelf buku di USM,Pulau Pinang


Rak-rak buku yang  telah siap dipasang semula
Dalam masa 3 jam sahaja team AM PRO MOVERS telah selesai unloading barang-barang. Person in charge yang bertugas  amat berpuas hati dengan bantuan dari team AM PRO MOVERS. Terserlah wajah kegembiraan di riak wajah beliau. Kami juga amat berbesar hati dan gembira dengan layanan dari beliau. 

Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION.  Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-

AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS





   

TIPS PINDAH RUMAH| KEMAS BILIK| MOVERS AND PACKERS MALAYSIA| LOCAL|

TIPS PINDAH RUMAH 6.0
.
KEMAS BILIK TIDUR


Bila sebut "Bilik Tidur" akan terbayang ruangan yang penuh dengan baju dan barangan berharga yang disimpan di dalam bilik. So hari ni, kami nk kongsikan dengan anda tips untuk mengemas bilik tidur, Jom kita mulakan!



1. Mulakan Dengan Membasuh Baju Kotor



Kita mulakan dengan membasuh baju yang kotor bagi membantu kita mengemas baju yang lain. Tidak perlu la kita bawa baju kotor ke rumah baru dan menggunakan bekas yang banyak bagi membawa baju kotor tersebut. Basuh baju kotor dan kemas sekali bersama baju-baju bersih yang lain.


2. "Organized"

Di sini anda perlu mengasingkan baju mana yang lama dan tidak mahu digunakan lagi dengan baju yang akan dibawa ke rumah baru. Pastikan anda mengasingkan baju-baju anda bagi mengurangkan tekanan semasa anda melakukan "unpacking" di rumah baru. Asingkan barangan anda dengan sebaik mungkin dan buang baju yang tidak digunakan lagi dengan cara sedekah atau derma kepada orang-orang yang lebih memerlukan. Anda juga boleh menjual semula pakaian anda di social media.

3. Pack Baju Yang Mahal Berasingan



Pastikan anda mengasingkan baju yang agak mahal seperti suit ataupun dress. Jangan lipat baju-baju tersebit tetapi biarkan ianya tetap di-hanger dan letakkan di dalam wardrobe box. Selain daripada menggunakan wardrobe box, anda juga boleh menggunakan wardrobe bags untuk menyimpan baju anda.

4. Lipat dan Pack Baju Anda


Lipat smua baju and sebelum disimpan di dalam kotak. Melipat baju bukan sahaja dapat mengurangkan kedutan pada baju, malah ia juga dapat membantu anda jimat dalam penggunaa kotak kerana baju yang berlipat dapat mengurangkan penggunaan ruang. Label setiap kotak anda dengan betul. 


NANTIKAN LEBIH LAGI BERSAMA AM PRO MOVERS

Anda mahukan yang terbaik dalam aktiviti perpindahan anda❓❓❓

Kami di AM PRO MOVERS sedia membantu anda dalam menyelesaikan masalah pindah randah anda..

Your MOVERS, LOGISTICS, HOLISTIC Centre

Informasi lanjut maklumat perpindahan anda🚚🚚🚚❓❓❓

Sebut harga PERCUMAπŸ“‹πŸ“‹πŸ“‹

Whatsapp:

Instagram:

Facebook:

Website:


AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS

Movers & Packers| Malaysia Movers| Serik Dengan Perpindahan|

"Paling saya tak tahan ialah peti ais saya tu dah kemek di bahagian tepi!"



Rata-rata inilah masalah yang dihadapi oleh pelanggan kami dan seperti biasa kami akan dengar pelbagai jenis cerita dari mereka. Kalau ikutkan koleksi cerita pelanggan kami ni, kami boleh kelaurkan sebuah buku yang menceritakan pengalaman pelanggan kami sahaja. Yang seronok, yang risau, yang sedih, yang berhati-hati , yang jenis tak kisah dan pelbagai lagi. 

Ini adalah pengalaman pelanggan kami, Puan Laila, dalam perpindahan mereka yang lepas. Ketidakpuasan dan juga rasa sedih melihat apa yang terjadi pada barang perabot mereka membuatkan mereka betul-betul berhati-hati dalam memilih syarikat yang akan membantu mereka dalam perpindahan kedua ini. Puan Laila dan suami mula melakukan carian movers dan menghubungi setiap satu movers serta mendapatkan maklumat mengenai bagaimana  setiap movers menguruskan perabot-perabot yang besar. Dek kerana pengalaman lama terlalu pahit, Puan Laila menghabiskan banyak masa mengkaji mengenai movers terutama sekali movers Malaysia.


Dan Alhamdulillah Puan Laila menemui Am Pro Movers Transportation. Beliau menghubungi kami dan mendapatkan details daripada kami mengenai perpindahan beliau dan memahami lebih lagi tentang apa itu movers. Beliau meminta pihak kami untuk melakukan site visit ke rumah beliau dan meminta kami mengeluarkan sebut harga/quotation kepada beliau. Dalam perbincangan tersebut, beliau meminta nasihat daripada kami untuk barangan antik yang baru sahaja mereka beli dari luar negara. Mereka sangat risau mengenai perabot antik yang akan dibawa ke rumah baru. Setelah berbincang, beliau setuju untuk mengambil pakej Insurans bagi perabot antik beliau. Beliau sangat berbpuas hati dan berasa tenang dengan pakej Insurans yang Am Pro Movers tawarkan.


Pada hari kejadian, beliau sangat berpuas hati dengan hasil kerja yang team movers kami lakukan dan berasa sungguh gembira dengan servis yang diberikan. Puan Laila juga rajin belanja team kami makan dan minum. Minum pagi, makan tengah hari dan juga petang. Kami tidak pula diminta dilayan sedemikian rupa, tapi kata Puan Laila dia suka memasak dan memberi orang makan. Alhamdulillah urusan perpindahan beliau sangat mudah dan terasa sangat sempurna perjalanannya.

Pada jam 11 malam, semuanya telah selesai dan barang-barang di rumah baru siap disusun. Alhamdulillah team movers kami dapat menyelesaikan satu lagi masalah pelanggan kami dalam urusan perpindahan mereka. Kami dari Am Pro Movers juga berasa sangat puas hati kerana kami dapat turut serta dalam urusan perpindahan pelanggan kami.


Anda mahukan yang terbaik dalam aktiviti perpindahan anda❓❓❓

Kami di AM PRO MOVERS sedia membantu anda dalam menyelesaikan masalah pindah randah anda..

Your MOVERS, LOGISTICS, HOLISTIC Centre

Informasi lanjut maklumat perpindahan anda🚚🚚🚚❓❓❓

Sebut harga PERCUMAπŸ“‹πŸ“‹πŸ“‹

Whatsapp:

Instagram:

Facebook:

Website:


AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS

(DONE) MASUK RUMAH BARU GOYANG KAKI | MOVERS AND PACKERS MALAYSIA | MOVERS AND PACKERS KUALA LUMPUR

Pernahkah anda dengar pindah rumah tanpa anda perlu kemas? Mustahil kan? kalau nak pindah perkara yang wajib anda lakukan anda adalah mengemas segala peralatan rumah termasuk pinggan mangkuk, pakaian dan juga perbagai peralatan rumah yang lain. 


       Cik Admin nak kongsikan pengalaman pindah pindah rumah yang takkan di lupakan sampai bila-bila. Pindah rumah tanpa stress dan tuan rumah boleh duduk jadi BIG BOS sambil makan kuaci. Tuan Khairi, Pegawai Bank terkemuka di Malaysia adalah di antara pelanggang yang mencipta pengalaman indah pindah rumah bersama AM PRO MOVERS. Suatu hari team AM PRO MOVERS menerima panggilan dari Tuan Khairi yang menyatakan hasrat beliau untuk pindah  rumah tanpa beliau tanpa perlu mengemas. Tuan Khairi dan isteri masing-masing mempunyai kerjaya tersendiri dan mempunyai jadual kerja yang padat. Selain itu, beliau juga mempunyai anak yang masih kecil dan bersekolah. Kekangan masa dan kerja melimitkan  beliau untuk melakukan persiapan untuk pindah rumah beliau. 
       Tuan Khairi telah menyatakan hasrat beliau untuk pindah rumah namun begitu beliau tidak mempunyai masa untuk mengemas segala peralatan rumah. Setelah hampir setengah jam perbincangan melalui telefon, team AM PRO MOVERS menasihati supaya beliau memilih pakej PREMIUM MOVERS AND PACKERS PACKAGE. Di AM PRO MOVERS kami mempunyai 3 jenis pakej yang berbeza iaitu BASIC, ADVANCE dan PREMIUM pakej yang mengikut kehendak dan permasalahan pelanggang. Kami telah mencadangkan agar Tuan Khairi mengambil pakej PREMIUM AND PACKERS pakej yang amat sesuai dengan permasalahan beliau yang  tidak mempunyai masa untuk untuk mengemas rumah. Melalui  pakej ini, tuan rumah tidak perlu melakukan apa-apa pun, semua urusan pindah rumah termasuklah urusan mengemas rumah, mengemas pakaian, pinggan mangkuk, perabot dan juga segala peralatan rumah. Selain itu, di dalam PREMIUM MOVERS AND PACKERS juga pelanggang tidak perlu menyediakan sebarang peralatan movers seperti  pita pelekat, plastik gelembung, plastiks boleh rengang, kotak dan juga pelbagai alatan untuk proses buka dan pasang perabot. Setelah berbincang hampir setengah jam Tuan Khairi telah bersetuju untuk menggunakan khidmat movers dari AM PRO MOVERS untuk pakej pindah rumah goyang kaki. Beliau juga yakin untuk memilih kami sebagai rakan pindah rumah beliau setelah melihat pelbagai cara kerja dan juga review pelanggang yang telah menggunakan khidmat AM PRO MOVERS di https://web.facebook.com/apmt.com.my/?ref=aymt_homepage_panel&eid=ARCaPSPi1_MHdxhuKAZZv9kZrK7ifzRatjTD-NPxF7SiBzafCidBEBOwO_R1-rKK2JpFAAIQpPwFPaCM .


https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/
Proses membuka penghawa dingin di rumah lama



https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/
Proses membuka langsir di rumah lama

       Persiapan sehari sebelum perpindahan rumah Tuan Khairi, team AM PRO MOVERS menyediakan segala peralatan yang perlu untuk pindah rumah beliau. Ini adalah untuk memastikan segala barangan yang di perlukan tidak tertinggal. Ini juga dapat membantu memudahkan proses pindah rumah beliau nanti. Antara barang yang team AM PRO MOVERS sediakan adalah :-

https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/


1) 100 biji kotak untuk segala barang kecil atau besar yang perlu di kemas. Antara barang yang boleh di letakkan di dalam kotak adalah pakaian, cadar, selimut, tuala, ubat-ubatan, pinggang mangkuk, alat tulis dan juga pelbagai barang kecil yang mudah hilang atau tercicir. Oleh itu, semua kotak hendaklah di label mengikut nama dan kegunaanya.
2) Plastic boleh rengang (strech film) yang boleh digunakan untuk membalut segala perabot atau alatan elektrik termasuklah peti air dan juga televisyen. Ini adalah untuk memastikan segala peralatan tidak tercalar atau rosak semasa proses pemindahan ke rumah baru.
3) Plastik gelembung ( bubble wrap) juga di gunakan untuk melindungi segala pelaratan kaca seperti meja kaca atau almari kaca yang senang pecah.
4) Pita pelekat dan juga fragile tape untuk memastikan segala kotak ditutup degan kemas dan teratur.
5) Cordless dan pelbagai peralatan untuk proses buka dan pasang perabot.



https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/
Proses packing barangan alatan dapur

       Semasa hari pertama pindah rumah beliau, team AM PRO MOVERS seramai 6 orang tenaga kerja telah sampai ke rumah beliau tepat masa yang ditetapkan. Team dipecahkan kepada beberapa bahagia, setiap team memainkan peranan masing-masing. Team pertama akan menguruskan semua barangan dapur termasuklah pinggan dan mangkuk. Kesemua pelaratan kaca akan di balut dengan menggunakkan bubble wrap dan di letakkan di dalam kotak dan di label berdasarkan kepada jenis barangan untuk memudahkan proses unloading di rumah baru. Team kedua pula akan lebih fokus kepada untuk buka dan pasang kesemua barang perabot beliau. Selain itu, terdapat juga perabot yang tidak perlu di buka dan untuk melindunginya dari sebarang kerosakan atau kesan calar balar, kami menggunakan corrugated paper dan juga strech film untuk melindunginya. Team ketiga ditugaskan untuk mengangkat barangan dan perabot yang telah dibungkus dan di buka. Setelah kesemua barangan dipindahkan ke dalam lori team AM PRO MOVERS ditugaskan untuk membersihkan rumah lama beliau. Setelah siap proses membersihkan rumah, team AM PRO MOVERS terus bergerak ke rumah baru beliau yang terletak di Ipoh, Perak.

https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/
Proses membuka katil di rumah lama


https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/
Proses membungkus kusyen di rumah lama

       Hari kedua di rumah Tuan Khairi, Team AM PRO MOVERS akan mengangkat barang-barang dan perabot di rumah baru. Team AM PRO MOVERS akan menbawa kesemua barangan dan di susun atur mengikut kehendak tuan rumah. Selain itu, kesemua barang seperti baju dan alatan dapur akan di letakkan di tempat yang sepatutnya. Untuk peralatan perabot juga akan dipasangkan semula di rumah baru seperti di rumah lama. Dalam masa 5 jam sahaja kami berjaya menyiapkan segala susun atur di dalam rumah baru Tuan Khairi.


https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/
Proses membalut perabot menggunakan bubble wrap dan strech film


       "Good Job Guys", demikian kata-kata Tuan Khairi kepada team kami. Terserlah wajah kegembiraan Tuan Khairi setelah kami berjaya menyelesaikan pindah randah beliau. Kami jua amat berterima kasih kepada Tuan Khairi kerana memilih kami sebagai rakan pindah rumah beliau. APMT Pakar Pindah Rumah Goyang Kaki !!!!.

https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/
Proses unpacking di rumah baru


Pindah Rumah Dengan Mudah bila ada Team Yang Boleh Membantu. Alangkah Seronoknyaaaaa
Am Pro Movers Sedia Membantu Anda yang Ingin Berpindah.

Informasi lanjut maklumat perpindahan anda🚚🚚🚚
Sebut harga PERCUMAπŸ“‹πŸ“‹




AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS

TIPS PINDAH RUMAH 5.1 | MOVERS AND PACKERS AMPANG | MOVERS AND PACKERS BANDAR MENJALARA

TIPS PINDAH RUMAH 5.1


PERLU KE BUKA & PASANG PERABOT?


Selalu akak-akak memang seronok membeli barangan rumah seperti sofa, almari baju, kabinet dan sebagainya semasa sales. Tapi bila pindah rumah, barang-barang tersebut perlu dibawa juga. Selalu barangan yang dibeli di luar negara perlu dijaga dengan sangat rapi dan jika berlaku sesuatu semasa perpindahan, isnya pasti akan memebri kesan kepada barangan tersebut serta akak-akak yang mengeluarkan duit untuk barangan tersebut kan!


So hari ni saya nk terangkan kenapa kita perlu dismantle atau buka perabot tersebut sebelum berpindah. Kita akan buka dan pasang semula di rumah baru akak-akak nanti.

Jommmmm Kita Mulakan


1. Pertama sekali, anda perlu tahu perabot mana yang perlu dibuka dan mana perabot yang tidak perlu dibuka. Sebagai contoh, bagi barangan antik, ianya tidak perlu dibuka kerana lapisan varnish dan kesan hisannya adalah dibuat terus ke atas perabot tersebut. Lagipula, kepingan perabot antik ini tidak pernah direka untuk dibuka di tempat pertama.



2. Mulakan dengan mengambil kira ketinggian atau kelebaran ruangan pintu untuk membawa barangan perabot anda keluar dengan selamat. Dari sini juga anda dapat menentukan barangan yang perlu dibawa keluar itu perlu dibuka atau pun tidak. Sebagai contoh, alamari yang tinggi dan tidak dapat melepasi pintu perlu dibuka. Bagi almari kaca juga, ianya perlu dibuka bagi mengelakkan kaca di dalam almari itu pecah semasa proses mengangkat.


3. Okay kita boleh mulakan Buka Perabot. Lagi membantu jika anda mempunyai kelengkapan yang betul dan lengkap. Kebanyakkan perabot dipasang dengan menggunakan screws, nuts dan bolts. Perabot yang berlainan memerlukan saiz yang berbeza untuk screws dan screwdriver.


4. Selepas perabot itu dibuka, pastikan anda menyimpan screws, bolts dan barangan kecil lain di satu tempat yang sama. Ianya lagi bagus jika anda menyimpan barangan-barangan kecil tersebut di dalam bekas lutsinar dan labelkan setiap bekas itu untuk barangan perabot yang mana satu. Option lain. anda boleh tape kan sekali plastik atau bekas yang menyimpan bolts atau screws itu sekali dengan perabot.


Suka untuk saya ingatkan bagi barangan seperti meja atau almari, wrap bahagian bucu atau kaki atau bagi memastikan bahagian yang terdedah atau mudah rosak semasa diangkat. Asingkan kusyen atau bantal yang ada tidak melekat sepenuhnya di perabot anda, kemudian balut atau simpan di tempat yang bersih.


Haaaa amacam akak-akak semua? Perpindahan mungkin nampak susah tapi ianya boleh dilakukan dengan sempurna jika anda membuat strategi dengan baik dan berhati-hati.

Anda mahukan yang terbaik dalam aktiviti perpindahan anda❓❓❓

Kami di AM PRO MOVERS sedia membantu anda dalam menyelesaikan masalah pindah randah anda..

Your MOVERS, LOGISTICS, HOLISTIC Centre

Informasi lanjut maklumat perpindahan anda🚚🚚🚚❓❓❓

Sebut harga PERCUMAπŸ“‹πŸ“‹πŸ“‹

Whatsapp:

Instagram:

Facebook:

Website:

AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS

TIPS PINDAH RUMAH 5.0 (PACKING PERABOT)

TIPS PINDAH RUMAH 5.0


PACKING PERABOT



Proses Perpindahan Merupakan Satu Cabaran Bagi Semua Orang. Terutama Sekali Barangan Perabot Yang Besar dan Perlu Dijaga Dengan Rapi. Sekiranya Berlaku Kerosakan Pada Barangan Tersebut, Ianya Mungkin Akan Menyebabkan Perabot Itu Tidak Boleh Digunakan Lagi Atau Cacat.

Kami akan share-kan tips bagaimana untuk protect perabot anda. Okay Jom Kita Mulakan!


1. Sediakan Tools Untuk Packing Perabot


Benda paling utama adalah menyediakan barang-barang untuk membantu anda melindungi perabot anda seperti:

a) Bubble Wrap
b) Corrugated Paper
c) Stretch Film
d) Tape


2. Listkan Barangan Perabot Anda


Buat senarai terperinci untuk semua barangan perabot yang ada di rumah anda seperti: Katil (queen size/single size), Sofa, Kerusi, Meja Makan, Almari(2/3 pintu), Rak Buku, Almari Kaca, Coffee Table dan sebagainya.

3. Bersihkan Perabot Anda


Bersihkan dan kosongkan perabot anda bagi yang ada laci. keluarkan semua barang, buangkan habuk disekeliling perabot anda.

4. Buka Perabot


Step ini perlu diberi penekanan di mana barangan anda seperti Almari dan Katil perlu dibuka dan ditanggalkan satu-persatu bagi membolehkan ianya dibawa dengan mudah dan dalam masa yang sama untuk mengelakkan kerosakan pada perabot.

5. Balut Perabot Anda


Step ini dilakukan dengan menggunakan kemahiran yang betul, Balut barangan anda dengan Tools Packing yang telah anda sediakan di step 1.

Bubble wrap adalah sangat bagus digunakan untuk membalut perabot anda dan juga melindungi kepingan kayu atau kaca. Corrugated pula sesuai digunakan untuk membalut keseluran perabot anda dan sesuai juga diletakkan di bucu-bucu meja serta tapak kaki meja bagi mengelakkan kemek. Strect Film pula digunakan untuk membalut perabot yang telah dibalut dengan Bubble wrap serta Corrugated. Ini bagi mengetatkan balutan Bubble Wrap dan Corrugated. Anda juga boleh gunakan tape untuk membalut kawasan yang dirasakan perlu untuk melindungi perabot anda.

.
.
Anda mahukan yang terbaik dalam aktiviti perpindahan anda❓❓❓

Kami di AM PRO MOVERS sedia membantu anda dalam menyelesaikan masalah pindah randah anda..

Your MOVERS, LOGISTICS, HOLISTIC Centre

Informasi lanjut maklumat perpindahan anda🚚🚚🚚❓❓❓

Sebut harga PERCUMAπŸ“‹πŸ“‹πŸ“‹

Whatsapp:

Instagram:

Facebook:

Website:


AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS

#APMT
#AmProMovers
#YouTrustedMovers
#KamiLocal
#MoversMalaysia
#PakarPindahRandahAnda
#PakarPindahRumahAnda
#PakarPindahPejabatAnda
#PakarPindahKedaiAnda
#PakarBukakPasangPerabotAnda
#PakarBukakPasangAircondAnda
#PakarBukakPasangWaterHeaterAnda
#PakarKemasRumahBaruRumahLamaAnda
#SebutHargaPercumaCallTerus0102630050
#SebutHargaPercumaCallTerus0102270156