5 KESALAHAN / KESILAPAN MEMILIH MOVERS


Ramai dalam kalangan kita tidak mempunyai pengalaman dalam pindah rumah. Jadi kemungkinan akan berlaku permasalah dalam merancang pindah rumah nanti.


Antara 4 kesalahan biasa yang akan dilakukan adalah:-

Perancangan di saat akhir (Last minute plan)

Pindah rumah adalah proses yang  rumit untuk diselesaikan tanpa sebarang bantuan samada dari segi pengangkutan, tenaga kerja dan juga kelengkapan. Namun begitu, kebanyakkan daripada kita menganggap perkara ini adalah perkara yang kecil. Sebenarnya perancangan awal adalah sangat penting untuk mengelakkan dari sebarang masalah semasa hari pemindahan. Sebagai contoh sekiranya anda tinggal di rumah kondominum atau apartment, anda perlu mendapatkan kebenaran dari pihak pengurusan terlebih dahulu bagi mendapatkan kebenaran masuk. Sekiranya tidak mendapat kebenaran dari pihak pengurusan, lori tidak akan dapat masuk ke kediaman anda. Ini akan menyebabkan perpindahan anda akan "delay" lebih dari masa yang sepatutnya.

       Selain itu, terdapat juga diantara kita yang mencari movers atau lori sewa di saat akhir. Sekiranya, keputusan yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa kemungkinan tersalah pilih adalah lebih tinggi. Kadang-kadang pihak movers tidak boleh memenuhi permintaan anda kerana " fully book". Selain itu, kemungkinan anda akan tertipu kerana kurang membuat kaji selidik terlebih dahulu. Untuk memilih lori sewa atau movers anda sekurang-kurangnya perlu membuat "survey" terlebih dahulu. Anda perlu melihat dari segi cara kerja, testimoni pelanggang atau feedback perlanggang. Ini perlu untuk memastikan barangan anda selamat dihantar dan tiada kerosakan yang berlaku. Selain itu, kita juga boleh bertanya kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang mempunyai kenalan yang pakar dalam hal pindah rumah atau yang mempunyai pengalaman pindah rumah.


https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/



Mengambil nombor telefon di hentian bas/pokok

Mengambil nombor telefon di merata tempat juga menjadi salah satu kesalahan dalam memilih movers. Kebanyakkan dari kita mengambil konsep "tangkap muat" dengan mengambil nombor telefon yang terdapat di pokok atau stesen bas. Movers yang profesional biasanya akan lebih bersikap profesional. Mereka akan mengiklankan perniagaan di saluran yang betul seperti di page facebook, mudah.my dan pelbagai jenis iklan melalui banner dan flyers. Selain itu, movers profesional akan menyediakan testimoni customer untuk menyakinkan bakal pelanggang.

       Selain itu, terdapat juga lori sewa yang akan mengenakan cas tersembunyi. Semasa deal anda bersetuju untuk menggunakan lori 1 tan, semasa hari perpindahan pihak lori sewa membawa lori 5 tan dan semasa itulah mereka akan mengenakan cas yang tidak berpatutan. Selain itu, lori sewa juga kebanyakkan tidak mempunyai peralatan yang lengkap.

https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/



Terlalu memilih

Terlalu memilih, jika anda terlalu memilih ini juga akan menjadi kesalahan juga. Sekiranya anda terlalu memilih movers, dan terlalu mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan. Kadang kita terlalu memilih untuk mendapatkan harga yang lebih mudah, harga yang murah tidak semestinya bagus. Harga movers biasanya lebih mahal dari harga lori sewa. Ini adalah kerana perkhidmatan atau service yang disediakan adalah lebih pelbagai dan ekslusif.

       Terlalu memilih juga akan melambatkan proses anda membuat sesuatu keputusan dan juga akan menyebabkan anda lebih stress. Sebagai contoh anda telah membuat servey dengan pelbagai movers dan pengusaha lori sewa, tetapi anda tidak berpuas hati dengan harga yang di tawarkan, ada kemungkinan tahap penerimaan harga anda lebih tinggi. Memilih adalah tidak salah akan tetapi anda perlu bijak dalam memilih dan membuat keputusan yang bijak.

https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/



Tiada kepakaran dan kelengkapan yang cukup

Antara kesilapan yang sering dilakukan adalah memilih movers/lori sewa yang kurang kepakaran, pengalaman dan peralatan dalam mengendalikan proses pindah rumah.  Movers yang bagus mestilah mempunyai kepakaran dan peralatan yang lengkap untuk memastikan segala hal berkaitan boleh di selesaikan dengan lebih lancar dan menepati masa. Terdapat juga pengusaha lori sewa yang mengenakan cas yang tinggi untuk sesuatu servis, tetapi semasa proses perpindahan pelbagai alasan diberikan kerana tidak mempunyai kepakaran dan kelengkapan yang cukup.

       Oleh itu, anda perlulah memilih movers yang mempunyai kepakaran dan kelengkapan yang lengkap. Anda perlu membuat kaji selidik atau servey terlebih dahulu sebelum membuat pemilihan movers. Anda juga boleh membuat survey dengan melihat testimoni customer melalui facebook atau website syarikat.




Untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan dari Team AM PRO MOVERS TRANSPORTATION anda boleh menghubungi kami melalui:-