JENIS-JENIS PAPER | MOVERS AND PACKERS SHAH ALAM | MOVERS AND PACKERS KLANG VALLEY | MOVERS AND PACKERS JOHOR BAHRU


Hi Assalammualaikum semua.. hampa semua mesti dah tertanya-tanya mana Cik Admin p kan?? Cik Admin ada ja cuma lately ni Cik Admin busy sikit buat kerja.. Hari ni Cik Admin nak habaq kat hampa semua pasai jenis-jenis kertas. Kertas pun ada pelbagai jenis tau. So bagi hampa yang nak beli kertas ka buka kedai kedai printing ka mungkin ilmu yang Cik Admin nak share ni akan berguna untuk hampa semua.

Kategori kertas:

1.      Simili / woodfree / copy / photostate paper
Ciri-ciri kertas yang ada pada simili ialah kertas yang sangat popular digunakan di pejabat. Kebiasaannya berat kertas jenis simili ini ialah 70gsm – 100gsm. Selain itu, kebiasaannya kertas jenis ini berwarna putih, tetapi ia ada juga yang berwarna lain. Kertas simili ini mempunyai pelbagai kegunaan. Antara kegunaannya ialah fotostat, dokumen, modul pelajaran, kertas peperiksaan, resit, invois, cetakan di office / rumah. Harga 1 ream bergantung kepada ketebalan dan kuantiti kertas tersebut. Kuantiti kertas simili ada yang didalam 1 ream ada yang mengandungi 450 keping dan ada yang mengandungi 500 keping. Kertas simili yang nipis, kebiasaannya digunakan untuk buku resit / bill book. Jenama kertas yang popular atau sering digunakan oleh rakyat Malaysia ialah Double A, IK Yellow / IK Plus, Paper One, Lucky Star, Supreme and Horizon.

https://www.facebook.com/apmt.com.my/
simili paper


2.      Craft paper
Craft paper adalah kertas yang untuk buat projek kraf yang kreatif. Craft paper mempunyai warna yang perang. Ciri-ciri yang terdapat pada craft paper ialah mempunyai berat dalam 157 – 310 gsm. Selain itu, ia mempunyai tekstur yang kasar. Kebiasaannya kertas jenis ini digunakan untuk kad kahwin.

https://www.facebook.com/apmt.com.my/
craft paper


3.      Art paper
Ciri-ciri yang ada pada art paper ialah mempunyai permukaan yang licin, berwarna putih dan mempunyai berat antara 80 gsm – 157gsm. Kebiasaanya, art paper digunakan untuk membuat risalah, flyers, brochure, poster dan majalah.

https://www.facebook.com/apmt.com.my/
art paper


4.      Art card
Art card mempunyai berat diantara 230 gsm – 360 gsm. Art card sesuai untuk kegunaan cetakan warna. Permukaan pada art card ada juga jenis glossy dan juga jenis matt. Kebiasaannya jenis glossy akan membuat warna nampak lebih menarik. Kebiasaannya kegunaan art card ialah untuk business card, poskad, kulit buku dan katalog.

https://www.facebook.com/apmt.com.my/
art card

5.      Conqueror paper
Ciri-ciri yang terdapat pada conqueror paper ialah mempunyai berat di antara 216 – 446 gsm. Ia juga mempunyai tekstur yang kasar, serat berbentuk garis halus dan tebal. Ia mempunyai warna putih atau krim. Kebiasaannya conqueror paper ini digunakan untuk sijil, surat undangan, kad ucapan dan menu restoran.

https://www.facebook.com/apmt.com.my/
conqueror paper


Cik Admin rasa takat ni jaa yang dapat Cik Admin nak share dengan hampa semua.. Cik Admin harap yang hampa semua dapatlah guna sedikit sebanyak ilmu yang Cik Admin share ni.. jangan lupa tunggu dan baca Cik Admin punya cerita yang lain ok..


Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-







AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS

1 comment:

  1. hi, so we can use scientific name for simili paper is A4 paper ?

    ReplyDelete