10 PERKARA WAJIB SEBELUM SEWAKAN RUMAH | MOVERS AND PACKERS SEMENAJUNG MALAYSIA | PENYEWA DARI NERAKA

Sekarang ramai orang bercita-cita untuk mempunyai rumah sendiri. Dan tidak lupa juga orang yang terpaksa menyewa kerana masih tidak mempunyai rumah sendiri. Dan pemilik rumah boleh menambah pendapatan melalui hasil sewaan rumah. Namun begitu, bukan senang untuk pemilik rumah menangani pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi akibat daripada sikap penyewa yang tidak bertanggungjawab.  Namun begitu, tidak semua penyewa mempunyai sifat begitu.


Antara masalah yang sering dilakukan oleh penyewa adalah sewa rumah tertunggak berbulan-bulan, rumah rosak, tunggakan bil air dan elektrik tapi penyewa telah lari. Semuanya sudah semestinya akan ditanggung sepenuhnya pemilik rumah. Oleh itu, sebelum menyewakan rumah, pemilik rumah juga akan ambil mudah semasa proses memilih penyewa. Jangan asalkan ada penyewa sahaja. Salah memilih penyewa, pemilik yang akan menanggung bebanannya.




10 PERKARA WAJIB ANDA PERLU LAKUKAN UNTUK ELAK DARI PENYEWA NERAKA


1. Memilih penyewa ibarat majikan memilih pekerja. Semasa iklan mencari penyewa sertakan juga ciri-ciri penyewa yang anda kehendaki seperti jujur, pembersih, tiada rekod jenayah, menepati masa dan mempunyai pekerjaan yang tetap. 



2. Pastikan anda mengetahui pekerjaan penyewa. Lebih bagus, sekiranya anda mempunyai alamat tempat kerja, bukan bertujuan untuk menjadi tuan rumah yang cerewet tetapi ini adalah langkat berjaga-jaga bagi melindungi rumah yang bakal disewa. Perlu ada perasaan sangsi dengan penyewa. Contohnya, bakal penyewa memberitahu bekerja sebagai pegawai bank tetapi kad pekerja dirahsiakan.



3. Sediakan borang yang perlu diisi seperti kita pergi interview. Melalui maklumat peribadi bakal penyewa ini, tuan rumah juga boleh membuat proses penapisan sebelum menyerahkan kunci kepada penyewa. Selain itu, melalui borang tersebut, kita juga mempunyai maklumat tempat kerja, majikan dan juga pendapatan bakal penyewa. Melalui ini juga tuan rumah boleh tahu samada penyewa mampu atau tidak untuk membayar sewa berdasarkan pendapatan tersebut.



4. Pekerjaan yang dianggap berisiko bagi bank juga akan dianggap berisiko bagi bagi tuan rumah. Ini adalah kemungkinan pendapatan yang tidak menentu. 



5. Sebagai tuan rumah , anda perlu memastikan perjanjian penyewaan adalah komprehensif  bagi melindungi tuan rumah dan hendaklah dimantikan setem



6. Pastikan penyewa membayar deposit seperti yang dinyatakan dan memberikan bukti pembayaran sebelum anda menyerakan kunci rumah kepada penyewa



7. Ambil gambar rumah sebelum penyewa masuk ke dalam rumah. Ini boleh dijadikan bukti sekiranya terdapat sebarang kerosakan di dalam rumah akibat dari kecuaian penyewa.



8. Perkara seterusnya adalah tuan rumah perlu membuat penerangan terlebih dahulu kepada pihak penyewa apa perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa tinggal di dalam rumah tersebut



9. Apabila semua perkara diatas telah dilakukan , seterusnya berdoalah semua anda diberikan rezeki yang melimpah dan juga berdoa supaya penyewa juga dimudahkan pintu rezeki dan boleh membayar sewa on time



10. Apabila dah buat semua perkara diatasa, kadang-kadang boleh terkena jugak. Dah check semua benda, bisness semua ok, rupanya penyewa ada bisness jual tepung secara sambilan. Jadi terpaksa la rumah diseal dan bersedialah untuk dipanggil polis.


Kredit to: Impiana Blog


Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan lori dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Anda boleh menghubungi seperti yang tertera di bawah:-




BENEFICIAL, PREFERRED, TRUSTED


No comments:

Post a Comment