TIPS CARA MENJAGA AIRCOND RUMAH ANDA | MOVERS AND PACKERS AMPANG | MOVERS AND PACKERS MALAYSIA

 Pindah rumah mestilah nak bawa semua barangan rumah anda kan.?? Termasuklah aircond rumah anda. Untuk anda yang tidak pernah servis aircond sendiri mesti tidak tahu cara-cara untuk servis aircond dengan cara yang paling mudah dan ringkas sahaja. 


Pertama sekali, aircond rumah dipanggil Aircond Split Unit. Indoor Unit dan Outdoor Unit.



Aircond Split Unit



Aircond mempunyai 4 bahagian utama antaranya adalah

  • Pemampat (compressor) (outdoor)
  • Pemeluap (condender) (outdoor)
  • Injap Pengembang (Thermal Expansion Valve, TXV) (indoor) *Untuk aircond rumah, tiada TXV, yang ada adalah Cooling Coil.
  • Penyejat (Evaporator) (indoor)







Apa yang ada pada INDOOR UNIT dan OUTDOOR UNIT?

Komponen basis yang ada pada Indoor Unit adalah:-

  • Filter
  • Blower
  • Copper Finn / Aluminium Finn
Komponen basis yang ada pada Outdoor Unit adalah

  • Fan
  • Copper Finn / Aluminium Finn
  • Compressor


CARA MENJAGA / SERVIS AIRCOND RUMAH ANDA

INDOOR UNIT

1. FILTER / PENAPIS UDARA



Penjagaan filter. Perkara ini sangat - sangat mudah. Tapi yang mudah inilah orang susah nak jaga dan buat. Sebab itu, jika rumah anda tidak sejuk, cuba anda lihat keadaan filter anda. Macam mana keadaannya. Penapis anda tersumbat, kotor atau tidak. Kalau kotor, besihkannya menggunakan air.








Caranya begini. Ambil filter, cuci dengan air, ketuk - ketuk untuk buang air, pasang. Kerja hanya mengambil masa 3 minit sahaja. 3minit ini mampu memanjangkan hayat aircond anda.


Tapi, apa yang anda akan dapat jika menjaga filter? Anda akan dapat Copper Finn yang berkilat dan bersih. Apa yang akan jadi bila copper finn bersih. Kena baca laaaaa. Hehehe


2. COPPER FINN / ALUMINIUM FINN / SIRIP - SIRIP

Tujuan Sirip aircond ini adalah untuk membebaskan hawa sejuk yang akan ditarik oleh blower. Sirip ini sangat nipis dan lembut seperti helaian buku.


Tips penjagaan copper finn adalah dengan membersihkan dengan menggunakan berus cat atau berus gigi. Jaga - jaga, finn itu tajam dan lembut. Pastikan anda berhati - hati ketika melakukan kerja dengan memakai glove. 



3. BLOWER

Anda tahu atau tidak, blower ini apa? Blower adalah blow angin. Macam tiup angin dari mulut. Haaa. Tahu dah kan. Sama juga seperti kipas.








Jadi, apa kaitannya blower dengan penjimatan elektrik?

Apa akan terjadi apabila kipas banyak habuk? Efficiency kurang. Kipas menjadi berat dan angin akan kurang. Apa akan jadi apabila kipas menjadi berat dan angin kurang? Anda akan menaikkan kelajuan kipas. Apa akan jadi apabila anda menaikkan kelajuan kipas? Bil Elektrik tinggi laaa.

Sama juga seperti blower. Apa akan jadi apabila blower banyak habuk? Efficiency kurang. Blower menjadi berat dan angin akan kurang. Apa akan jadi apabila blower menjadi berat dan angin kurang? Anda akan menaikkan kelajuan blower. Apa akan jadi apabila anda menaikkan kelajuan blower? Bil Elektrik tinggi laaa.

Haaa. Nampak kan. Nampak dah kan hubung kaitannya kan. Jadi, mari bersihkan blower.

Cara nak membersihkan blower adalah dengan membuka dahulu louver. Kemudian ambil berus cat yang panjang bulunya, kemudian bersihakan perlahan - lahan. Buat sampai bersih dan puas hati.

Kalau anda tidak tahu membuka louver atau blower, ambil sahaja berus cat, cuci perlahan - lahan. Layan kan aja.


OUTDOOR UNIT


Macam mana nak bersihkan Outdoor Unit. Anda haruslah membuka casing outdoor unit. Cabut semua skru dan togelkan satu persatu casingnya. Tahniah, anda telah berjaya.


1. FAN
Cuci fan dengan berus sabut. Senang sahaja



2. COPPER FIN / ALUMINIUM FINN / SIRIP - SIRIP

Untuk bahagian luar, tujuan sirip ini adalah untuk membebaskan haba panas secepatnya yang terhasil dari compressor.

Copper finn lembut dan tajam. Hati - hati semasa melakukan kerja pembersihan. Ambil gayng yang ada sedikit air dan berus sabut, kemudian cuci fin sehingga nampak bersih.



Pastikan, air tidak masuk ke bahagian elektrik dan board elektronik. Kalau terkena, sia - sia sahaja buat kerja ni. Mahal tuu board elektronik.



3. COMPRESSOR


Anda tidak perlu membuka compressor, biarkan sahaja compressor itu. Bagaimana compressor berfungi?

Compressor ini akan dapat signal dari thermostat. Thermostat yang akan mengawal suhu bilik anda. Contoh anda setkan 18 degree Celcius, compressor akan terus running untuk maintainkan temperature 18 degree C. Apabila telah sampai 18 C, thermostat akan berikan signal kepada compressor supaya tidak running.

Jika suhu sudah 19C, thermostat akan memberikan semula signal kepada compressor untuk running.

Sebab itu, anda harus menutup pintu bilik semasa menggunakan aircond. Ini untuk mengelakkan kehilangan suhu sejuk.

Antara paling banyak menggunaan tenaga elektrik adalah COMPRESSOR












No comments:

Post a Comment