Tips pemilihan kotak semasa indah rumah | Mover Ampang | Mover Shah Alam



PEMILIHAN KOTAK UNTUK PINDAH RUMAH 


Saiz kotak yang macam mana??

Jenis kotak?

Berapa banyak kotak yang diperlukan??

Kotak adalah amat penting untuk tujuan pindah rumah anda. Biasanya hampir kesemua alatan rumah akan dimasukkan kedalam kotak untuk memudahkan proses memindahkan barang dari rumah ke lori.

Saiz kotak memainkan peranan yang penting, salah pilih saiz kotak atau salah muat barang, kotak akan pecah ataupun barang-barang anda yang pecah.


Sebelum berpindah, kita sebagai tuan rumah perlulah mengemas barangan terlebih dahulu. Selepas itu, asingkan barangan tersebut mengikut fungsi atau sifat fizikal barang tersebut. Sebagai contoh barang plastic seperti bekas makanan atau cawan minuman hendaklah diletakkan di tempat yang sama. Kita sebagai tuan rumah perlu menyusun atau mengemasnya dengan lebih teliti agar tidak merumitkan semasa di rumah baru nanti. Selain itu, untuk memudahkan kita semasa di rumah baru, setiap kotak hendaklah di label terlebih dahulu.


Kotak yang biasa digunakan adalah yang bersaiz kecil, medium dan juga besar.

Kotak kecil biasanya digunakan untuk meletakkan barangan yang berat atau mudah pecah. Ini adalah kerana saiz kotak yang agak kecil memudahkan proses untuk mengangkat barang. Selain itu, saiz kotak yang kecil adalah lebih mudah untuk di bawa dan mengurangkan risiko kerosakan barang. 

https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/?ref=aymt_homepage_panel

Kotak yang sederhana besar atau medium adalah menjadi pilihan untuk pindah rumah. Ini adalah kerana saiz yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Ini lebih sesuai untuk membawa peralatan kecil dan juga perkakas rumah yang lain. Kita juga boleh menggunakan surat khabar lama untuk membalut barangan untuk mengurangkan risiko barangan akan pecah atau calar. 

https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/?ref=aymt_homepage_panel

Kotak bersaiz besar adalah untuk mengangkat barang yang beratnya ringan dan sederhana seperti pakaian atau bantal.  Saiz barang yang besar boleh dimasukkan ke dalam kotak yang besar. Untuk barangan yang berat seperti peralatan elektrik memerlukan kotak yang lebih tebal dan keras unutk menampung beban yang berat. 

https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/?ref=aymt_homepage_panel

Untuk menjimatkan kos anda boleh mendapatkan kotak terpakai di kedai elektronik atau kedai serbaneka. Selain itu, kami di AM PRO MOVERS juga menyediakan kotak yang sesuai untuk pindah rumah anda. 


Untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan anda boleh menghubungi kami melalui:-