(DONE) PENGHANTARAN BARANG | MOVERS UNTUK BARANG PEJABAT



Penghantaran barang pejabat atau barangan untuk "event". Baru-baru ni kami telah berjaya membantu sebuah syarikat di Petaling Jaya untuk menghantar barang-barang mereka ke Pusing, Perak. Barangnya tersebut akan digunakan untuk program training yang akan diadakan oleh Syarikat tersebut.

Kami akan menjalankan satu program training tidak lama lagi. Kami memerlukan khidmat lori untuk menghantar barangan keperluan program dengan selamat sebelum program di jalankan. Demikian kata-kata pegawai yang bertugas syarikat tersebut kepada team AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Barangan yang akan dihantar adalah beberapa biji mesin, komputer dan juga beberapa alatan lain. 



Sebelum pegawai bertugas menghubungi team AM PRO MOVERS, beliau telah membuat survey ke beberapa syarikat lori sewa dan movers. Beliau juga telah bersetuju untuk menggunakan khidmat daripada salah sebuah syarikat lori sewa. Namun begitu, syarikat tersebut tidak dapat melaksanakan penghantaran diatas faktor keselamatan dan kekurangan pengalaman. Syarikat tersebut khuatir akan berlaku sesuatu yang tidak dijangkan semasa proses penghantaran. Ini adalah disebabkan oleh barangan yang akan dihantar mempunyai "high value" yang tinggi. Sehari dari tarikh penghataran salah seorang pekerja beliau telah mencadang AM PRO MOVERS kepada beliau. Beliau juga telah meneliti hasil kerja dan pengalaman AM PRO MOVERS melalui aplikasi facebook dan juga blog. Perkongsian gambar, pengalaman dan juga gambar kerja di aplikasi facebook telah mendorong beliau untuk memilih AM PRO MOVERS untuk menghantar barangan beliau.



Setelah melihat dan mengkaji pelbagai syarikat mover, beliau telah membuat keputusan untuk memilih AM PRO MOVER sebagai medium penghantaran barangan mereka ke Ipoh, Perak. Disebabkan oleh barangan beliau yang mempunyai high value kami juga perlu berhati-hati semasa penghantaran. Oleh itu, sebagai mover yang dah berpengalaman dalam mengendalikan penghantaran barang kami mencadangkan beliau agar mengabil polisi insurans bagi melindungan mesin-mesin beliau. Seteal berbincang secara bersama diantara pihak syarikat beliau dan team kami beliau telah bersetuju untuk mengambil insurans untuk melindungan mesin-mesin tersebut. Insurans yang digunakan adalah bagi melindungi barangan tersebut. Sekiranya belaku sebarang kejadian yang tidak diingini, pihak syarikat boleh membuat tuntutan keatas pihak insurans bagi menuntut ganti rugi. 

Untuk proses penghantaran team AM PRO MOVERS telah membuat persiapan rapi, kami akan menggunakan pallet untuk memberi kedudukan yang stabil bagi meletakkan mesin-mesin tersebut. Bagi mengelakkan mesin begerak semasa dalam perjalanan team AM PRO MOVERS menggunakan rachet tie untuk mengikat mesin agar tidak bergerak semasa dalam perjalanan. Mesin dan komputer akan dibalut menggunakan bubble wrap dan juga strech film bagi melindungi kesan calar atau rosak  semasa dalam perjalanan. Setiap mesin akan dilabel mengikut nama untuk memudahkan proses unpacking nanti dan juga untuk mengelakkan kekeliruan. Untuk barang kelengkapan seperti tertikus dan juga barangan lain team AM PRO MOVERS meletakkan di dalam kotak untuk memudahkan proses mengangkat dan mengelakkan kehilangan barangan tersebut.


Akhirnya beliau amat berpuas hati akan khidmat dari AM PRO MOVERS, terserlah wajah kegembiraan beliau apabila mesin-mesin berjaya dihantar sebelum program bermula dan mesin tersebut dalam keadaan baik dan boleh di gunakan tanpa masalah. Beliau juga amat berpuas hati dengan team kami yang profesional dan juga mesra. Beliau akan meggunakan perkhidmatan kami untuk penghantran yang seterusnya.