Tips pemilihan lori | Movers Ampang | Mengenali Saiz Lori Yang Betul

PANDUAN MEMILIH SAIZ LORI YANG BERSESUAIAN

Anda merancang untuk berpindah?? Memerlukan lori untuk medium perpindahan anda??

Jom kenali saiz lori yang bersesuaian untuk aktiviti pindah rumah anda.

Kebanyakkan daripada kita tidak mengambil tahu saiz lori yang sesuai kecuali mereka yang pernah melakukan aktiviti pindah rumah.  Terdapat dua jenis lori yang biasa digunakan iaitu lori canvas dan juga lori bonded. Dari segi saiz pula, saiz lori yang digunakan untuk perpindahan adalah berbeza mengikut jenis barangan. Sekiranya barang-barang yang dipindahkan adalah bersaiz besar dan banyak boleh menggunakan lori 5tan. 

Terdapat 4 saiz lori yang biasanya digunakan untuk aktiviti pindah rumah:-



Lori 1 tan
-Lori 1 tan adalah 10 kaki panjang. Lori 1 tan adalah bersesuai untuk perpindahan secara kecil-kecilan atau melibatkan barang yang sedikit. Contonya untuk perpindahan yang melibatkan katil, almari, meja dan loose item yang disimpan didalam kotak. Sekiranya anda mempunyai almari 6kaki, 7kaki dan 8kaki ianya perlu di buka dan pasang semula kerana ianya tidak dapat dimuatkan dengan menggunakan lori 1 tan. Jika anda mempunyai tilam atau katil bersaiz king, lori 1 tan confirm tidak muat. Sofa 3 + 2 + 1 seater juga akan mengambil separuh dari ruang lori. 

https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/?ref=aymt_homepage_panel



Lori 2 tan
-Lori 2 tan adalah 12 kaki panjang biasanya digunakan unutuk memindahkan barang keluarga kecil atau rumah kecil yang mempunyai bilangan barangan yang sedikit. 

https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/?ref=aymt_homepage_panel

Lori 3 tan
-Lori 3 tan adalah 14 kaki panjang. Untuk perpindahan yang melibatkan rumah apartment atau banglo yang mempunyai perabot yang banyak lori 3 tan adalah lebih sesuai. Lori ini adalah sesuai unutk membawa barangan yang agak berat dan besar. 

Lori 5 tan
-Lori 5 tan adalah 17 kaki panjang adalah sesuai untuk perpindahan yang melibatkan rumah teres dua tingkat atau perpindahan keluarga yang besar. 


https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/?ref=aymt_homepage_panel

Dari segi tenaga kerja pula, lori 1 tan biasanya memerlukan 2 orang tenaga kerja sahaja tetapi sekiranya perpindahan yang melibatkan lori 3 tan keatas tenaga kerja yang diperlukan adalah 3-4 orang. Memilih saiz lori adalah amat penting untuk mengelakkan sebarang semasa perpindahan atau sebarang cas tersembunyi yang akan dikenakan. 

Untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan anda boleh menghubungi kami melalui:-