(DONE) SELUBUNG PERABOT SUPAYA TIDAK PECAH | MOVERS PINDAH RUMAH



Siapa tak sedih, bila barang kesayangan seperti meja marble, almari import dari luar negara, tilam yang mahal dan almari antik 7 keturunan rosak semasa proses perpindahan kerana nak buat semuanya sendiri atau tersalah beri kepercayaan. Kalau boleh diputarkan masa, pasti anda nak putarkan masa kan??? tetapi sudah terlambat kerana nasi sudah menjadi bubur. Sudah semestinya kejadian ini akan menjadi mimpi ngeri bagi anda. Betul tak?? 

       Baru-baru ni kami menyelami masalah pindah rumah Tuan Adam, beliau akan berpindah dari rumah lama ke rumah baru. Namun begitu, beliau amat risau kan perabot kesayangan beliau yang mahal dan juga kebanyakkan pekakas rumah beliau adalah barangan kaca. Beliau khuatir barangan beliau akan rosak atau pecah sepanjang proses pindah rumah beliau nanti. Untuk proses mengemas barang rumah, tidak menjadi masalah bagi beliau kerana beliau boleh mengemasnya sendiri. Perkara yang paling penting adalah beliau ingin melindungi barangan beliau dari sebarang kerosakan atau calar-balar.






       Sebulan sebelum tarikh perpindahan beliau, kami telah menerima email dari beliau melalui sistem online booking kami di https://apmt.com.my/quotation/. Beliau telah menyatakan alamat rumah lama dan juga alamat rumah yang berpindah nanti. Setelah meneliti permohonan beliau, team AM PRO MOVERS telah menghubungi beliau untuk kami "site visit" rumah beliau. Site visit juga akan dilakukan oleh team AM PRO MOVERS diatas persetujuan atau permintaan pelanggang. Tuan Adam membuat permintaan untuk kami berkunjung ke rumah beliau bagi melihat sendiri keadaan rumah dan barang-barang beliau. diatas persetujuan beliau team AM PRO MOVERS mengunjungi rumah beliau pada tarikh yang ditetapkan. Melalui pemandangan kami rumah beliau bersaiz besar dan hampir kesemua pekakas rumah beliau berkaca. Antaranya ialah, almari berpintu kaca, beberapi biji kerusi kaca, meja makan, cermin dan beberapa hiasan kaca. Barangan kaca adalah mudah pecah jika terdapat sebarang pelanggaran atau terhentak. 




       Setelah meneliti rumah dan pekakasan rumah beliau kami menasihati beliau agar menggunakan lori 5 tan. Saiz lori ini amatlah memadai dengan pekakas rumah beliau yang agak banyak dan besar. Selain itu, untuk melindungi perabot dan pekakas kaca beliau kami mencadangkan agar kesemua perabot beliau dibalut menggunakan corugated box dan juga wrapping untuk melindungi barangan kaca beliau. Kami juga menasihati beliau agar memastikan kesemua barangan beliau dalam keadaan kering sepenuhnya untuk memastikan proses membalut berjalan lancar. Kami juga menasihati beliau agar mengemas pekakas yang bersaiz kecil terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kehilangan atau kekeliruan semasa hari pindah rumah nanti



       Seperti yang di janjikan hari pindah rumah beliau, kami telah sampai tepat pada masa yang di janjikan. Dengan kekuatan team kami seramai 4 orang untuk membantu pindah rumah beliau.  Pada hari tersebut kami telah membawa kesemua peralatan untuk memudahkan pindah rumah beliau. Kami telah bahagikan tugas masing-masing di antara team kami.  Bagi tujuan membalut  atau wrapping perabot kesayangan beliau, kami tugaskan kepada 2 orang krew. Mereka menggunakan corrugated untuk membalut perabot jati beliau dan disusuli dengan strech film. Bagi meja dan kerusi kaca team kami menggunakan strech fillm dan dibalut dengan beberapa lapisan, untuk cermin kami menggunakan cadar yang tebal untuk melindunginya. Untuk proses mengangkat barang kaca amat amat berhati, tidak terlalu kasar dan mengangkatnya secara berkumpulan. Semasa proses menyusun barang di dalam lori, kami menyusungnya dengan cermat agar barangan tidak terhimpit antara satu sama lain. Teknik menyusun barang juga penting untuk memastikan barang tidak rosak semasa dalam perjalanan. Pelanggaran antara barang akan menyebabkan kerosakan atau pecah. Setiap barangan akan dilabelkan untuk memudahkan proses menyusun semula di rumah baru. Apabila sampai di rumah baru proses untuk unloading di lakukan. Kesemua perabot beliau dibawa keluar dari lori dan disusun di dalam rumah mengikut permintaan beliau. 



       Setelah selesai kesemua proses, akhirnya pindah rumah Tuan Adam berjaya disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Beliau amat berpuas hati dengan servis dan layanan staff yang cukup mesra kerana sanggup membantu. Team AM PRO MOVERS juga gembira kerana beliau berpuas hati.