(DONE) PINDAH PEJABAT | BUKA PASANG MEJA PEJABAT | MOVER AMPANG



Kita sering kali dengar perabot, almari atau meja rosak dan pecah semasa proses perpindahan. Kadang-kadang barang atau pekakas sikit tapi perlu menggunakan saiz lori yang lebih besar. Mereka yang mempunyai pengalaman berpindah akan memahami keadaan ini. Perangcangan awal dalam perpindahan adalah lebih penting.

Saya nak memindahkan beberapa meja dan kerusi untuk pejabat cawangan kami baru.  Pemindahan hanya melibat 5 biji meja dan beberapa biji kerusi pejabat. Saiz meja kami juga agak besar dan jika di letakkan di dalam lori 1 tan mungkin tidak akan muat. Demikian luahan Puan Aini. Saiz meja yang besar kan mengganggu ruangan lori, bahkan ianya akan membazirkan ruangan lori. Untuk pemindahan beberapa biji meja sahaja amat tidak berbaloi untuk menggunakan saiz lori yang besar.  



Sebelum memilih kami sebagai medium pemindahan barang pejabat beliau Puan Aini telah membuat penelitian terhadap beberapa movers. Akhirnya beliau telah memilih untuk menggunakan perhidmatan dari AM PRO MOVERS, setelah beliau melihat beberapa review customer terdahulu di https://web.facebook.com/pg/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/reviews/?ref=page_internal. Oleh itu, beliau telah menghubungi pihak AM PRO MOVERS sebagai pengendali perpindahan syarikat beliau. 


Setelah beliau menghubungi team AM PRO MOVERS, kami amatlah memahami permasalah beliau ini. Oleh itu, kami menasihati agar kesemua meja pejabat beliau di buka dan pasang semula. Kebaikan buka dan pasang perabot adalah ianya akan lebih menjimatkan ruangan lori. Selain itu, perabot pula akan kurang terdedah kepada sebarang geseran atau perlanggaran semasa dalam perjalanan ke tempat baru. Perabot pula akan lebih senang dan ringan untuk di angkat. Kerosakkan pada meja juga dapat di kurangkan. 


Pada hari pemindahan barangan pejabat beliau team AM PRO MOVERS telah sampai tepat pada masanya. Kami bertanggungjawab untuk menghantar barangan pejabat beliau ke cawangan baru yang akan di buka tidak lama lagi. Team AM PRO MOVERS mempunyai peralatan untuk buka dan pasang yang lengkap seperti drill dan juga cordless. Kegunaan barangan ini adalah untuk memudahkan proses membuka skru dan menebuk lubang. Staff kami juga mempunyai kepakaran untuk buka dan pasang perabot. Setelah kesemua perabot di buka dan di masukkan ke dalam lori, barangan tersebut terus di hantar ke pejabat baru. Apabila tiba di tempat yang baru, perabot tersebut di pasang semula dan di susun mengikut permintaan beliau. Dalam 4 jam sahaja pemindahan barangan pejabat beliau berjaya dilakukan tanpa sebarang permasalahan. 


Puan Aini amat berpuas hati dengan perkhidmatan kami. Beliau amat gembira kerana dapat bekerjasama dengan kami, layanan staff yang mesra dan profesional. I will recommed AM PRO MOVERS to others". Demikian kata-kata beliau. Kami juga amat berbesar hati kerana dapat membantu beliau. Kepuasan anda adalah kegembiraan bagi kami