(DONE) PINDAH GUDANG DENGAN MUDAH | Music Bliss | MOVERS MUDAH| PINDAH SEGERA | MOVERS AMPANG

PINDAH GUDANG MUSIC BLISS


   Sesuatu Bisnes atau Entiti sudah pastinya mahu menjadi lebih dari yang sedia ada. Yang kecil ingin menjadi BESAR. Yang selesa mahu diselesakan lagi. Begitulah perniagaan. “Keep growing” bak kata orang putih. Hal yang sama terjadi pada Music Bliss yang terletak di Taman Seri Manja Petaling Jaya mahu berpindah ke lokasi yang lebih selesa dan mempunyai gudang yang lebih besar iaitu di Petaling Utama Avenue.

   Urusan pemindahan gudang ini bukanlah mudah dan memerlukan  ramai tenaga kerja yang mahir kerana barang yang hendak dipindahkan adalah sangat memerlukan penjagaan rapi. Sebagai seorang peniaga yang mahu mengekalkan kualiti produk, ianya menjadi satu permasalahan dan cabaran yang selalu berlegar di fikiran Encik Jonathan yang merupakan orang yang bertanggungjawab atas urusan pemindahan Music Bliss kali ini. “Gudang” semestinya tempat penyimpanan barang yang banyak. Ditambah pula barang yang hendak dipindahkan adalah alatan muzik seperti MIDI Controlles, Electronic Drums, USB Audio Interface dan banyak lagi.


Music Bliss Malaysia

   Takdir telah menumukan Encik Jonathan yang merupakan manager kepada Music Bliss dengan AM PRO MOVERS TRANSPORTATION. Dengan hanya satu kik di Facebook Encik Jonathan telah berbincang untuk meminta quotation. Disini tekanan yang dihadapi Encik Jontahan juga telah mula surut. Untuk tambahan, proses  quotation ini adalah PERCUMA untuk pengetahuan semua, Quotation pemindahan gudang atau pun office adalah berbeza dengan pemindahan rumah. Sedia maklum, hal ini kerana barang yang hendak dipindahkan adalah berbeza dengan barangan rumah.

   Setelah pihak kami menilai semuanya dari pelbagai aspek seperti mileage dari tempat lama ke tempat baru, jenis lori yang hendak digunakan (1,3,5 tan), berapa biji lori yang diperlukan untuk memunggah kesemua barang, tenaga kerja yang diperlukan dan sebagainya. Proses ini adalah sangat penting untuk memastikan urusan pemindahan berjalan dengan lancer tanpa sebarang kesilapan yang tidak diingini. Proses pemindahan gudang telah dipersetujui dan terus dimulakan seawal jam 9 pagi selama 3 hari.

Pagi Selasa 14 Ogos 2018. Seawal jam 8.30 pagi.

   Team AM PRO MOVERS seramai 10 orang  diberi taklimat oleh Boss, Encik Syawwil Idham untuk prosess pemindahan gudang Music Bliss. Taklimat ini penting kerana ia melibatkan pemindahan yang besar dan barang yang banyak. Taklimat diakhiri dengan bacaan doa sebelum bergerak ke Music Bliss. 1 buah lori 3 tan bergerak dari Hq kami ke destinasi yang dituju.

https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/
Briefing


https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/
Gudang Lama Music Bliss


https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/
Memunggah
  Seramai 10 orang team Movers bertungkus-lumus untuk memindahkan barang dari gudang lama ke gudang baru. Pemindahan bermula pada jam 9 pagi dan selesai pada jam 6 petang.

Rabu 15 Ogos 2018, 9 pagi.

   Pemindahan hari ini berjalan dengan lancar dengan tambahan tenaga kerja seramai 2 orang atas permintaan Music Bliss sendiri. Kerja pemunggahan telah selesai pada jam 6 petang, tetapi pihak Music Bliss meminta AM PRO MOVERS TRANSPORTATION untuk membantu pemindahan barang kedalam gudang dengan tambahan masa satu jam.

https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/
Pembahagian Kerja


https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/
Muatan Penuh


Khamis 16 Ogos 2018, 9 pagi.

   Dengan itu selesai la urusan pemindahan gudang bagi Music Bliss. Kerjasama di antara AM PRO MOVERS TRANSPORTATION dan Music Bliss ini harap dapat dikekalkan. Terima kasih kepada semua team kerana memberikan sepenuh tenaga untuk urusan pemindahan gudang kali ini.



https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/
Selesai!

Jadi apa tunngu lagi?! Boleh call kami dan dapatkan harga terbaik untuk urusan pemindahan anda sekarang!

Untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan dari Team AM PRO MOVERS TRANSPORTATION anda boleh menghubungi kami melalui:-