(DONE) MASUK RUMAH BARU GOYANG KAKI | MOVERS AND PACKERS MALAYSIA | MOVERS AND PACKERS KUALA LUMPUR

Pernahkah anda dengar pindah rumah tanpa anda perlu kemas? Mustahil kan? kalau nak pindah perkara yang wajib anda lakukan anda adalah mengemas segala peralatan rumah termasuk pinggan mangkuk, pakaian dan juga perbagai peralatan rumah yang lain. 


       Cik Admin nak kongsikan pengalaman pindah pindah rumah yang takkan di lupakan sampai bila-bila. Pindah rumah tanpa stress dan tuan rumah boleh duduk jadi BIG BOS sambil makan kuaci. Tuan Khairi, Pegawai Bank terkemuka di Malaysia adalah di antara pelanggang yang mencipta pengalaman indah pindah rumah bersama AM PRO MOVERS. Suatu hari team AM PRO MOVERS menerima panggilan dari Tuan Khairi yang menyatakan hasrat beliau untuk pindah  rumah tanpa beliau tanpa perlu mengemas. Tuan Khairi dan isteri masing-masing mempunyai kerjaya tersendiri dan mempunyai jadual kerja yang padat. Selain itu, beliau juga mempunyai anak yang masih kecil dan bersekolah. Kekangan masa dan kerja melimitkan  beliau untuk melakukan persiapan untuk pindah rumah beliau. 
       Tuan Khairi telah menyatakan hasrat beliau untuk pindah rumah namun begitu beliau tidak mempunyai masa untuk mengemas segala peralatan rumah. Setelah hampir setengah jam perbincangan melalui telefon, team AM PRO MOVERS menasihati supaya beliau memilih pakej PREMIUM MOVERS AND PACKERS PACKAGE. Di AM PRO MOVERS kami mempunyai 3 jenis pakej yang berbeza iaitu BASIC, ADVANCE dan PREMIUM pakej yang mengikut kehendak dan permasalahan pelanggang. Kami telah mencadangkan agar Tuan Khairi mengambil pakej PREMIUM AND PACKERS pakej yang amat sesuai dengan permasalahan beliau yang  tidak mempunyai masa untuk untuk mengemas rumah. Melalui  pakej ini, tuan rumah tidak perlu melakukan apa-apa pun, semua urusan pindah rumah termasuklah urusan mengemas rumah, mengemas pakaian, pinggan mangkuk, perabot dan juga segala peralatan rumah. Selain itu, di dalam PREMIUM MOVERS AND PACKERS juga pelanggang tidak perlu menyediakan sebarang peralatan movers seperti  pita pelekat, plastik gelembung, plastiks boleh rengang, kotak dan juga pelbagai alatan untuk proses buka dan pasang perabot. Setelah berbincang hampir setengah jam Tuan Khairi telah bersetuju untuk menggunakan khidmat movers dari AM PRO MOVERS untuk pakej pindah rumah goyang kaki. Beliau juga yakin untuk memilih kami sebagai rakan pindah rumah beliau setelah melihat pelbagai cara kerja dan juga review pelanggang yang telah menggunakan khidmat AM PRO MOVERS di https://web.facebook.com/apmt.com.my/?ref=aymt_homepage_panel&eid=ARCaPSPi1_MHdxhuKAZZv9kZrK7ifzRatjTD-NPxF7SiBzafCidBEBOwO_R1-rKK2JpFAAIQpPwFPaCM .


https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/
Proses membuka penghawa dingin di rumah lama



https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/
Proses membuka langsir di rumah lama

       Persiapan sehari sebelum perpindahan rumah Tuan Khairi, team AM PRO MOVERS menyediakan segala peralatan yang perlu untuk pindah rumah beliau. Ini adalah untuk memastikan segala barangan yang di perlukan tidak tertinggal. Ini juga dapat membantu memudahkan proses pindah rumah beliau nanti. Antara barang yang team AM PRO MOVERS sediakan adalah :-

https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/


1) 100 biji kotak untuk segala barang kecil atau besar yang perlu di kemas. Antara barang yang boleh di letakkan di dalam kotak adalah pakaian, cadar, selimut, tuala, ubat-ubatan, pinggang mangkuk, alat tulis dan juga pelbagai barang kecil yang mudah hilang atau tercicir. Oleh itu, semua kotak hendaklah di label mengikut nama dan kegunaanya.
2) Plastic boleh rengang (strech film) yang boleh digunakan untuk membalut segala perabot atau alatan elektrik termasuklah peti air dan juga televisyen. Ini adalah untuk memastikan segala peralatan tidak tercalar atau rosak semasa proses pemindahan ke rumah baru.
3) Plastik gelembung ( bubble wrap) juga di gunakan untuk melindungi segala pelaratan kaca seperti meja kaca atau almari kaca yang senang pecah.
4) Pita pelekat dan juga fragile tape untuk memastikan segala kotak ditutup degan kemas dan teratur.
5) Cordless dan pelbagai peralatan untuk proses buka dan pasang perabot.



https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/
Proses packing barangan alatan dapur

       Semasa hari pertama pindah rumah beliau, team AM PRO MOVERS seramai 6 orang tenaga kerja telah sampai ke rumah beliau tepat masa yang ditetapkan. Team dipecahkan kepada beberapa bahagia, setiap team memainkan peranan masing-masing. Team pertama akan menguruskan semua barangan dapur termasuklah pinggan dan mangkuk. Kesemua pelaratan kaca akan di balut dengan menggunakkan bubble wrap dan di letakkan di dalam kotak dan di label berdasarkan kepada jenis barangan untuk memudahkan proses unloading di rumah baru. Team kedua pula akan lebih fokus kepada untuk buka dan pasang kesemua barang perabot beliau. Selain itu, terdapat juga perabot yang tidak perlu di buka dan untuk melindunginya dari sebarang kerosakan atau kesan calar balar, kami menggunakan corrugated paper dan juga strech film untuk melindunginya. Team ketiga ditugaskan untuk mengangkat barangan dan perabot yang telah dibungkus dan di buka. Setelah kesemua barangan dipindahkan ke dalam lori team AM PRO MOVERS ditugaskan untuk membersihkan rumah lama beliau. Setelah siap proses membersihkan rumah, team AM PRO MOVERS terus bergerak ke rumah baru beliau yang terletak di Ipoh, Perak.

https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/
Proses membuka katil di rumah lama


https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/
Proses membungkus kusyen di rumah lama

       Hari kedua di rumah Tuan Khairi, Team AM PRO MOVERS akan mengangkat barang-barang dan perabot di rumah baru. Team AM PRO MOVERS akan menbawa kesemua barangan dan di susun atur mengikut kehendak tuan rumah. Selain itu, kesemua barang seperti baju dan alatan dapur akan di letakkan di tempat yang sepatutnya. Untuk peralatan perabot juga akan dipasangkan semula di rumah baru seperti di rumah lama. Dalam masa 5 jam sahaja kami berjaya menyiapkan segala susun atur di dalam rumah baru Tuan Khairi.


https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/
Proses membalut perabot menggunakan bubble wrap dan strech film


       "Good Job Guys", demikian kata-kata Tuan Khairi kepada team kami. Terserlah wajah kegembiraan Tuan Khairi setelah kami berjaya menyelesaikan pindah randah beliau. Kami jua amat berterima kasih kepada Tuan Khairi kerana memilih kami sebagai rakan pindah rumah beliau. APMT Pakar Pindah Rumah Goyang Kaki !!!!.

https://web.facebook.com/APMTpakarPindahRumahPejabatWarehouseEvent/
Proses unpacking di rumah baru


Pindah Rumah Dengan Mudah bila ada Team Yang Boleh Membantu. Alangkah Seronoknyaaaaa
Am Pro Movers Sedia Membantu Anda yang Ingin Berpindah.

Informasi lanjut maklumat perpindahan anda🚚🚚🚚
Sebut harga PERCUMA📋📋




AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS

No comments:

Post a Comment