HAD LAJU LORI / KENDERAAN BERAT | YANG SEWAJARNYA DIBERI PENEKANAN! | MOVERS AMBIL TAHU | SEKADAR PERKONGSIAN UNTUK BACAAN UMUM |

HAD LAJU LORI / KENDERAAN BERAT YANG SEWAJARNYA DIBERI PENEKANAN!


Had Laju Kebangsaan adalah satu set had laju yang ditetapkan bagi semua jalan raya dan lebuh raya di Malaysia. Memandu melebihi Had Laju Kebangsaan adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dikompaun sehingga maksimum RM300, bergantung kepada perbezaan di antara kelajuan pemandu dengan had laju yang berkenaan.


Tahukah anda? Had laju bagi kenderaan berat (lori & bas) di Malaysia sebenarnya tidak sama seperti had laju kenderaan ringan.(kereta & motosikal). Jika had laju bagi kenderaan ringan ialah 110 km/j di lebuh raya ekspres & 90 km/j di jalan persekutuan & negeri, had laju kenderaan berat pula ialah 80-90 km/j di lebuh raya ekspres (BUKAN 110 km/j) & 70-80 km/j di jalan persekutuan & negeri (BUKAN 90 km/j).

Pakar kejuruteraan mekanikal dan keselamatan jalan raya berpendapat had laju 90 kilometer/sejam (km/j) wajar dikurangkan kepada kadar lebih selamat dengan mengambil kira kedudukan momentum kenderaan berat di jalan raya yang ditentukan melalui kuantiti fizikal yang menggabungkan jisim dan had laju, selain faktor jumlah kenderaan semakin banyak di negara ini.

Menurut mereka, momentum penting kerana menentukan kadar impak diterima sekiranya berlaku perlanggaran, dengan lebih besar kadar momentum lebih besarlah impak perlanggaran diterima yang turut berisiko ‘membunuh’ pengguna.
Kesedaran mengenai status momentum dalam had laju termasuk bagi kenderaan berat, mampu mengurangkan risiko kemalangan termasuk kematian di jalan raya perlu dititikberatkan dalam kalangan pemandu tidak kira la kenderaan berat atau ringan.

Justeru, kepada para pemandu kenderaan berat, sila patuhi had laju kenderaan berat yang ditampal atau dicat pada kenderaan anda bagi mengelakkan diri daripada disaman semasa memandu mengikut had laju kenderaan ringan. Sayangilah poket anda. Anda mampu mengubahnya.
.
.
Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION.  Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-


AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS

No comments:

Post a Comment