KAKITANGAN KERAJAAN | ELAUN PINDAH RUMAH | MOVERS ADA UNTUK BANTU ANDA | PINDAH RUMAH | SATU MALAYSIA |

KAKITANGAN KERAJAAN DAN ELAUN PINDAH RUMAH.


Tahukah anda, sebagai kakitangan kerajaan anda boleh dapatkan elaun pindah rumah sekali seumur hidup. Tapi dengan syarat rumah yang anda hendak berpindah itu dibeli dengan loan kerajaan. Haa yang ini cerita bagi mereka yang ingin berpindah ke rumah sendiri.

Cara nak mohon elaun pindah rumah sendiri ni, pastikan tidak lebih daripada 6 bulan dari tarikh kita duduk rumah. Dan jarak RUMAH BARU dengan PEJABAT tidak boleh melebihi 33 km.




Dapatkan borang rasmi Permohonan Kelulusan Tuntutan Elaun-Elaun Kerana Berpindah Rumah Dalam Stesen Yang Sama (Lampiran A). Borang ini boleh dimuat turun di Internet atau website rasmi pejabat yang berkaitan. Isi borang dan lengkapkan 3 salinan.

2. Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan Kerajaan perlu disediakan sebanyak 3 salinan. Minta ketua jabatan untuk buat pengesahan agar lebih mudah.

3. Minta tanda tangan dan cop daripada Ketua Jabatan di ruangan khas pada borang tersebut.

4. Poskan borang tersebut ke Jabatan Pelajaran Negeri atau kepada kerani di tempat anda yang boleh menyelesaikan proses elaun anda. Hanya perlu tunggu jawapan di antara diterima atau ditolak sahaja. Jika lulus, hal-hal akaun bank akan diuruskan oleh kerani. 



.
.
Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION.  Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-


AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS

1 comment:

  1. Nak Tanya ada pekeliling ke sekali seumur hidup blh buat tuntutan

    ReplyDelete