PENTINGKAH KASUT KESELAMATAN SEMASA MELAKUKAN KERJA? | MOVER MALAYSIA | MOVERS SELANGOR

PENTINGKAH KASUT KESELAMATAN SEMASA MELAKUKAN KERJA?


Oleh kerana peraturan kesihatan dan keselamatan, kebanyakkan industri hari ini menggalakkan atau menegaskan bahawa kakitangan mereka perlu memakai kasut pelindung yang sesuai. Jika tidak, tindakan tegas akan diambil.

Kasut keselamatan sering diperbuat daripada bahan tahan lama untuk menahan pelbagai bahaya tempat kerja. Terdapat pelbagai jenis kasut keselamatan. Jika anda terdedah kepada elektrik dan mesin voltan tinggi, pilih kasut bahaya elektrik dan sebagainya. Pilih kasut sesuai dengan pekerjaan yang anda lakukan.
Di sini saya ingin jelaskan beberapa faktor yang memerlukan anda untuk memakai kasut keselamatan dalam melakukan pekerjaan yang berat.

1. MELINDUNGI KAKI DARIPADA OBJEK YANG JATUH ATAU TERBANG

Apabila anda membawa barang berat atau bekerja dalam persekitaran yang dinamik dan ramai orang, dan dalam masa yang sama semua mesin sedang beroperasi, risiko untuk objek jatuh dan terbang adalah normal atau biasa terjadi. Kasut atau boot keselamatan inilah yang dapat membantu dan melindungi serta mencegah kecederaan yang boleh menghancurkan kaki.

2. MELINDUNGI DARIPADA BAHAYA ELEKTRIK

Elektrik menimbulkan pelbagai risiko di tempat kerja. Pekerja boleh menghasdapi kejutan elektrik yang berpotensi mengakibatkan percikan elektrik di kawasan tertenti. Bagi mengurangkan kemungkinan kemalangan elektrik, kasut yang diperbuat daripada kulit.getah atau bahan yang tida

k boleh mengalirkan elektrik amat sesuai dipakai. Dengan ini, anda dapat mengurangkan jumlah statik yang terkumpul di dalam badan dan dalam masa yang sama menghalang percikan yang dihasilkan daripada arus statik.


3. MENGURANGKAN RISIKO TERGELINCIR ATAU JATUH

Terjatuh atau tergelincir boleh berlaku semasa anda sedang melakukan kerja. Syarikat selalunya perlu mengambil inisiatif seperti melaksanakan langkha-langkah pengemasan atau memasang pita lantai/anti lincir untuk mengurangkan risiko kecelakaan. Kasut dengan daya tarikan yang sesuai juga membantu mencegah anda daripada jatuh dari tangga atau di atas permukaan yang licin. Kasut yang sesuai juga boleh meningkatkan keseimbangan dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan risiko daripada terjatuh dan tergelincir.

Haa amcam dengan tips mengenai kepentingan Kasut/Boot Keselamatan kali ini?

Mahukan lebih lagi? Nantikan.

.
.
Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION.  Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-


AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS

No comments:

Post a Comment