TIPS PINDAH RUMAH DENGAN HATI TENANG | BARANGAN PERIBADI | MOVERS MALAYSIA

TIPS PINDAH RUMAH DENGAN HATI TENANG.

BARANGAN PERIBADI.

Disebabkan pada hari perpindahan, rumah anda akan ada ramai orang yang akan keluar dan masuk. Pastikan anda menyimpan barangan peribadi anda dengan selamat. Pastikan tiada siapa yang dapat akses kepada maklumat peribadi anda- simpan credit card anda dan segala akses di dalam komputer dengan selamat. Pastikan anda sahaja yang boleh mengakses komputer dengan membuat sekuriti selain itu, anda juga perlu menghapuskan dokumen-dokumen lama bagi melindungi privasi anda dan mencegah kecurian identiti.




Lebih baik jika anda sendiri yang mengemas barangan tersebut dan bagi mengelakkan kehilangan data-data penting yang anda ada. Simpanlah file-file yang mengandungi data anda sekeluarga ke dalam satu bag yang berkunci. Pastikan anda sahaja yang mengetahui tentang beg tersebut.

Untuk barangan kemas dan duit yang ada di dalam rumah, pastikan anda telah mengasingkannya dan kalau boleh simpan lah di dalam bekas dan letakkan di tempat yang anda rasa selamat. Atau anda boleh simpan di dalam bekas dan letakkannya di bawah seat kereta anda.

Kepercayaan kepada movers untuk mengangkat barangan anda itu perlu ada cuma untuk barangan peribadi sahaja yang anda sendiri perlu bertanggungjawab dan memastikan barangan anda dalam keadaan selamat. Movers diberi tanggungjawab untuk membantu anda dalam menguruskan barangan rumah anda dan semuanya akan dilaksanakan dengan kebenaran pihak tuan/puan yang bersetuju dengan membenarkan kami untuk datang dan membantu perpindahan anda.

.
.
Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION.  Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-


AM PRO MOVERS, YOUR TRUSTED MOVERS

No comments:

Post a Comment