LORI SEWA ATAU PINDAH GUNA KERETA | MOVERS AND PACKERS MALAYSIA | MOVERS AND PACKERS | MOVERS AND PACKERS AMPANG

LORI SEWA ATAU PINDAH GUNA KERETA?

Zaman menjadi pelajar, bukannya semua mampu menyewa lori. Kalau ada kereta Kancil yang disewa, sumbat selagi boleh. Melainkan ada kawan-kawan yang sudi ‘tong-tong’, mungkin murah sedikit. Itu zaman tiada apa-apa tanggungjawab.

PERALIHAN ZAMAN

Benar, itu semasa zaman jadi pelajar. Bila sudah berkahwin, bagaimana pula? Bagaimana pula dengan peralihan status, dari bujang kepada sudah berkahwin? Dan kini akan memasuki rumah baru bersama suami atau isteri yang baru dinikahi. Tentu serabut kepala memikirkannya. Dapatkan tips mudah ini.

1. BELI BARANG KEPERLUAN ASAS

Kalau rumah sewa, beli perkakas yang perlu sahaja. Yang penting-penting sahaja. Mesin basuh penting. Peti sejuk penting. Tempat masak dan tempat tidur juga penting. Ada empat barang ini, sudah boleh survive. Yang lain hanya aksesori. Tunggu sehingga sudah beli rumah sendiri, baru berbaloi untuk hias sepenuhnya. Fokus pada keperluan asas dahulu. Ini juga satu cara untuk recover duit yang sudah banyak habis waktu kenduri. Mari kita berjimat!

2. ELAKKAN ADA 2 BARANG YANG SAMA

Lihat balik rumah lama. Suami kemas barang sendiri. Isteri juga akan kemas barang sendiri. Kalau dua-dua ada peti sejuk, tinggalkan satu.
Tidak perlu mahu sentimental sangat ingin bawa dua-dua sekali. Rumah bukan besar sangat, ruang sudah tentu terbatas. Elektrik pula mahal, lebih jimat guna satu sahaja..
Kalau ada tong gas, mesti bawa. Yang ini tidak mengapa kalau bawa dua sekali. Boleh standby untuk tukar kalau gas sudah habis!

3. CUCI RUMAH BARU TERLEBIH DAHULU

Kalau rumah baru ini tidak pernah didiami, elok cuci terlebih dahulu. Walaupun nampak bersih, lebih baik basuh dan mop secara keseluruhan. Dapat isteri atau suami baru, takkan rumah tidak mahu nampak baru?

4. RANCANG BUAT KENDURI DOA SELAMAT

Tidak salah buat housewarming, ajak kawan-kawan dan saudara-mara makan-makan. Rumah barulah katakan.
Apa yang salah ialah bila buat housewarming, tidak ada buat kenduri doa selamat berserta bacaan doa. Buat bakal suami, kenal-kenallah dengan AJK surau dan masjid yang berdekatan.
Allah sudah beri kita nikmat bernikah, apa salahnya berkongsi kegembiraan itu dengan anak-anak yatim juga. Jemput mereka datang dan raikan mereka sekali. Kenduri kahwin puluh ribu ada bajet, takkan pula kenduri ajak anak yatim tiada langsung peruntukan.

5. CARI LORI SEWA YANG BERPATUTAN

Zaman Internet, apa susah? Boleh cari guna Mudah.my atau Google sahaja. Tidak sampai beberapa saat, sudah boleh jumpa.

No comments:

Post a Comment