TIPS MEMBELI AIRCOND | BUKA PASANG AIRCOND | MOVERS MALASYSIA | MOVERS PROFFESIONAL

Assalamualaikum, Hakak Movers in the house !! Hari ini hakak movers nak story morries dan share "TIPS MEMBELI AIRCOND". Hahhh !! yang kakak makcik pakcikk nak pakai aircond tapi tak tahu apa - apa pasal aircond. Jadi, pagi ni hakak share sikitlah tak banyakkk lahh..


1. Kuasa Kuda (HP)
-> Secara asas, ruangan yang lebih besar akan memerlukan penyaman udara dengan kapasiti HP yang lebih tinggi. Faktor lain yang perlu diambil kira ialah jumlah matahari yang masuk ke ruangan itu pada waktu siang.



2. Jenis Penyaman Udara apa yang sesuai dengan rumah
-> Penyaman udara jenis unit pisah (split unit) yang digantung di dinding sering digunakan di kebanyakkan rumah. Setiap set penyaman udara jenis ini akan datang dengan satu unit luar (kompresor) dan satu unit dalam. Unit dalam haruslah dipasang pada ketinggian 7-8 kaki bagi bilik yang mempunyai ketinggian siling 10 kaki. Jadi, untuk bilik yang mempunyai ruang di bahagian atas dinding, penyaman udara jenis ini ialah pilihan yang terbaik.

Penyaman udara jenis kaset juga sesuai untuk kegunaan rumah, terutama sekali untuk rumah yang mempunyai kawasan yang jarak antara lantai ke siling melebihi 10 kaki. Setiap set penyaman udara jenis kaset akan datang dengan satu unit luar (kompresor) dan satu unit dalam. Unit dalam akan digantung di siling rasuk (ceiling beam), iaitu di bahagian belakang siling plaster dan hanya panel yang nipis sahaja akan kelihatan. Bahagian yang tersorok dibelakang siling plaster biasanya setebal 700mm. Oleh sebab itu, penyaman udara kaset ini sesuai dipasang di ruang tamu yang mempunyai kawasan ‘void’ yang sangat tinggi atau di bilik loteng.


3. Adakah cara Penggunaan Akan Mempengaruhi Jenis Penyaman Udara Yang Akan Dibeli?
-> Untuk rumah yang sentiasa kosong pada waktu siang, tidak ada salahnya jika anda melabur untuk penyaman udara yang mempunyai HP yang lebih tinggi. Ini adalah kerana penyaman udara dengan 2HP akan mengambil masa yang lebih singkat untuk menyejukkan sesuatu ruang berbanding penyaman udara dengan 1.5HP. Jadi, anda dapat berasa selesa dengan lebih cepat setiap kali pulang dari kerja.

Bagi rumah yang sentiasa mempunyai orang di rumah pada waktu siang, ciri utama yang perlu diberi perhatian adalah tahap kecekapan tenaga (energy efficiency) untuk penyaman udara itu menyejukkan sesuatu ruang. Suhu yang selesa bukanlah terlalu sejuk sehinggakan anak anda perlu pakai selimut semasa tidur petang, tapi cukup selasa untuk dia melakukan aktiviti di dalam rumah. Ciri lain yang perlu dipertimbangkan adalah sama ada penyaman udara tersebut mempunyai kualiti penjimatan elektrik yang tinggi. Ini adalah kerana penyaman udara tersebut akan dipasang lebih 12 jam setiap hari.



4. Apakah Cara Untuk Memastikan Yang Penyaman Udara Itu Jimat Tenaga?
-> Semak bilangan bintang yang tertera pada penyaman udara itu!




5. Apakah Fungsi Yang Paling Berguna Pada Alat Kawalan Jauh Penyaman Udara?
- > Fungsi yang paling penting sudah tentu butang ON/OFF. Jika alat kawalan jauh tersebut tidak mempunyai fungsi ini, anda terpaksa menggunakan tangga untuk panjat dan tekan butang ON/OFF secara manual pada unit dalam penyaman udara tersebut (dan sesetengah jenama penyaman udara tidak mempunyai butang manual ini!).

Kini terdapat terlalu banyak jenama dan versi penyaman udara yang sentiasa diperbaharui dengan pelbagai jenis fungsi baru. Tetapi secara asasnya, ini adalah senarai ringkas fungsi pada alat kawalan jauh yang perlu anda ketahui:
Kawalan Suhu (Temperature setting)
Fungsi ini digunakan untuk set suhu yang sesuai. Suhu yang paling rendah ialah 16°c dan paling tinggi 30°c.

Kelajuan Kipas (Fan speed)
Tentukan kelajuan kipas sama ada perlahan, sederhana, laju atau automatik, bergantung kepada suhu bilik serta suhu yang telah disetkan pada penyaman udara tersebut.

Pemasa (Timer) ON/OFF
Setkan waktu penyaman udara tersebut untuk ON atau OFF secara automatik. Fungsi ini amat berguna jika anda mahu pulang ke rumah yang nyaman setelah terperangkap dalam kesesakan lalulintas selama dua jam!

Mod Tidur (Sleep mode)
Tukar ke mod ini sebelum anda tidur dan penyaman udara itu akan ON dan OFF secara automatik apabila ruang tersebut sudah mencapai suhu yang dikehendaki.



6. Berapa Kerap Penyaman Udara Perlu Diservis?
- > Jika anda telah pun membeli penyaman udara, semestinya ianya perlu dijaga dengan baik supaya dapat tahan lebih lama dan untuk mengelakkan pembaziran. Servis berkala akan dapat meningkatkan kadar kecekapan (efficiency) penyaman udara. Menurut pakar, setiap tahun kadar kecapan penyaman udara akan turun 5% jika tidak diservis. Jika penyaman udara itu tidak diservis selama tiga tahun, kadar kecekapannya akan turun 15% dan seterusnya akan memberi kesan pada prestasi dan jangka hayatnya.
Selain itu servis berkala juga akan memastikan penyaman udara itu sentiasa berada dalam keadaan balik. Sebarang kerosakan kecil boleh dibaiki dengan segera sebelum menjadi lebih teruk dan lebih mahal untuk dibaiki. Menurut kajian, servis berkala dapat memastikan penyaman udara tersebut berada pada kadar kecekapan 95% seperti asal dan membantu untuk menyahlembapkan (dehumidify) rumah anda.
.
Haa, ni lahhh hakak movers nak share. Yang tak tahu jadi tahu kannn. So beli lah sekarang !!. Jumpa lagi di tips lain..


Untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari AM PRO MOVERS TRANSPORTATION.  Anda boleh menghubungi seperti yang di bawah:-

No comments:

Post a Comment