TIPS UNTUK PINDAH RUMAH TANPA STRESS | MOVERS AND PACKERS KUALA LUMPUR | MOVERS AND PACKERS SELANGOR

Memindah rumah adalah satu proses yang melecehkan! Elakkan daripada mencabut rambut kerana stress dengan 29 tips berguna ini. Movers and Packers Kuala Lumpur nak share tips niii.. Tak payah nak pening kepala, stress, sakit jiwa nak fikir semua tu. Yang tak tahu jadi tahu...

1. Pastikan anda tiada apa-apa komitmen atau temu janji pada hari perpindahan.
Susah juga kalau pada saat terakhir baru anda teringat tentang temu janji yang dibuat 2 minggu lepas. Pastikan anda betul-betul lapang pada hari tersebut. Sebaiknya, pilihlah hari minggu atau cuti umum.
2. Buat Senarai Semak (‘Checklist’) 
Tuliskan kesemua perkara yang perlu dilakukan sebelum dan semasa hari perpindahan. Ini memastikan anda membuat kerja secara tersusun dan sistematik.
3. Hantar notis kepada tuan rumah
Sekiranya anda menyewa, jangan lupa hantar notis kepada tuan rumah mengikut terma dan syarat yang dipersetujui kedua belah pihak.
4. Hubungi pihak bank, syarikat utiliti (TNB, SYABAS), Astro, insurans, dll untuk kemas kini alamat.
Penting untuk meneruskan komunikasi anda dengan syarikat-syarikat di atas.



5. Jangan lupa langsaikan kesemua bil

Bil telefon, bil Astro, bil TNB dan lain-lain seeloknya dibayar sebelum perpindahan.



6. Pastikan ada air, elektrik dan gas di rumah baru

Susah pula nak buat kerja di rumah baru tanpa air dan elektrik, kan?

Movers and Packers Selangor nak share banyak lagi tauuuuuu !! kena tunggu la esok kita akan share lagi tauuu.. tunggu.. moga bermanfaat untuk semua.. bye bye 




No comments:

Post a Comment